Sabtu, 18 Oktober 2014

PERLU KE AMBIL SUPLEMEN ???

KENAPA KITA PERLUKAN SUPLEMEN / VITAMIN

Kita bukan lagi hidup di zaman dahulu kala di mana airnya bersih, sungainya bersih, tanamannya fresh..
Kita sekarang duduk di zaman teknologi, zaman yang mengejar kemajuan, zaman yang semuanya nak cepat, zaman yang semua orang sibuk.

Penyakit pun dah macam2.. Jangkitan kuman disana sini... penyakit2 baru dah banyak muncul...

Sebab tubuh kita perlu suplemen / vitamin :

★Melengkapkan dos vitamin yang kita perlukan setiap hari. 
Vitamin yang diperolehi dari makanan sahaja tidak mencukupi untuk memberi pencegahan kepada penyakit & anti penuaan.

★Cara penanaman sayur & buah-buahan yang tidak sihat
Kebanyakkan tanaman disembur racun seranggaTanah kebun yang tidak subur & kurang bahan galian (tidak organik)Terdapat juga buan & sayur yang di 'wax' untuk memastikan ianya tahan lama

★Zat makanan mudah hilang
Zat dalam makanan mudah hilang semasa proses pengangkutan, penyimpanan & penyediaan.
Sayur dimasak terlalu lama akan merosakkan vitamin di dalamnya.
Makanan yang disimpan lama mengalami penyusutan vitamin

★Pengambilan ubat-ubatan
Pengambilan ubat-ubatan seperti pil tahan sakit, laksatif, antibiotik, boleh mengurangkan keupayaan badan menyerap vitamin dari makanan.

★Makanan seharian tidak seimbang
Sukar untuk mengambil makanan seimbang seperti yang disyorkan piramid makanan.
Amalan diet yang tinggi lemak, gula, garam, kafien menyebabkan simpanan zat dalam badan berkurangan.

★Gaya hidup tidak sihat
Pengambilan makanan rapu / makanan segera membekalkan badan dengan bahan yang tidak perlu seperti MSG, garam & gula berlebihan.
Tabiat tidak menjaga pemakanan seperti tidak makan pada waktu makan, terlalu banyak makan, boleh memudaratkan kesihatan.Amalan merokok & mengambil alkohol juga menyebabkan nutrisi dalam badan berkurangan.

★Pencemaran udara
Pencemaran udara menjadikan tubuh kita banyak menghasilkan radikal bebas yang memudaratkan kesihatan.

Langkah pencegahan
Pengambilan suplemen / vitamin dapat membantu kita mencegah dari terkena penyakit2 merbahaya seperti penyakit jantung, darah tinggi, arthritis, kencing manis dan sebagainya.

Suplemen bukan pengganti makanan tetapi sebagai makanan tambahan yang melengkapkan nutrisi dalam badan. 

Makanan + suplemen = nutrisi lengkap

Tiada ulasan:

Catat Ulasan