Jumaat, 12 Disember 2014

CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Assalamualaikum,
Berkongsi sedikit ilmu… dari JAKIM.

Mandi wajib yg betul…..
Mandi wajib merupakan perkataan yang mudah disebut, tetapi jangan terkejut jika dikatakan banyak umat Islam di tanahair kita yang tidak sah mandi wajibnya kerana tidak melakukannya dengan betul.
Untuk melakukan mandi wajib yang betul, seseorang itu tidak boleh melakukannya dengan hanya mandi secara berdiri atau duduk mencangkung sahaja.
Sebaliknya, ia mesti dilakukan dalam kedua2 keadaan bagi membolehkan seseorang itu meratakan air ke seluruh anggota badannya yang zahir.

Penolong Pengarah Bahagian Dakwah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Uztaz Haji Mat Jais Kamos, 49, menegaskan, bagaimanapun, berdasarkan pengalamannya sebagai bekas kadi di Pejabat Agama Islam Gombak Timur dan penceramah, didapati banyak umat Islam yang tidak mengetahui perkara ini.
“Akibatnya, mandi wajibnya menjadi tidak sah kerana tidak memenuhi salah satu rukun mandi wajib iaitu meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir. Apabila mandi wajib tidak sah, ibadat yang dilakukan oleh seseorang itu juga turut tidak sah. Itulah akibatnya jika tidak melakukan mandi wajib dengan betul,” tegas beliau ketika ditemui di rumahnya di Taman Sri Keramat Kuala Lumpur .

Mandi wajib yang juga sebagai mandi junub atau janabah tidak boleh dipandang ringan oleh umat islam. Setiap orang yang melakukannya mestilah mengetahui dan memenuhi rukun2nya. Jika tidak mandi wajib seseorang itu tidak akan sah. 

Rukun mandi wajib ada 3 perkara 
Pertama: niat. 
Kedua: menghilangkan najis di badan. 
Ketiga: meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir.

Niat mandi wajib: “Sahaja aku mengangkat hasar besar kerana Allah Taala.” Atau ” Sahaja aku mandi wajib kerana Allah Taala.”

Niat itu di dalam hati dan ia hendaklah disertakan ketika air sampai ke mana2 bahagian anggota badan.
Bagi perempuan yang habis haid, niat mandi wajib ialah: ” Sahaja aku mengangkat hadas haid kerana Allah Taala.” Manakala bagi perempuan yang habis nifas, niat mandi wajibnya ialah: ” Sahaja aku mengangkat hadas nifas kerana Allah Taala”.

Niat itu jika dilambatkan atau ketika seseorang itu memulakannya selepas dia telah membasuh salah 1 anggota badannya akan menjadikan mandi wajibnya tidak sah. Oleh itu dia mestilah memulakan kembali niatnya ketika dia mula menyampaikan air keseluruh anggota badannya. Sekiranya dia berniat sebelum air sampai ke badan, niat itu juga tidak sah. Oleh itu mandi wajibnya tidak sah.

Mengenai rukun mandi wajib yang ke2, iaitu menghilangkan najis yang ada pada badan , menurut Ustaz Haji Mat Jais, menurut Imam Nawawi, jika kita ada najis di badan, najis itu boleh dibasuh serentak dengan mandi wajib. Ertinya membasuh najis dengan mandi itu boleh disekalikan.

Sementara rukun mandi wajib yang ke3, iaitu meratakan air ke seluruh anggota badan yang zahir , meliputi kulit, rambut dan bulu yang ada di badan, sama ada bulu2 yang jarang atau lebat.
Jika rambut seseorang itu ditocang atau disanggul, sekiranya tidak sampai air ke dalamnya, tocang atau sanggul itu wajiblah dibuka. Bulu2 dalam lubang hidung pula, tidak wajib dibasuh kerana dianggap batin. Tetapi sekiranya, bulu2 di dalam hidung itu bernajis, ia wajiblah dibasuh.
Mengenai kuku pula, jika di dalam kuku ada kotoran yg boleh menghalang sampai air ke badan khususnya di bahagian bawah kuku, kotoran itu wajiblah dibuang. Membuang kotoran di dalam kuku itu pula boleh dilakukan ketika sedang mandi.

Tentang rambut yg diwarnakan pula selain inai, inilah yang merumitnya. Sebenarnya jika rambut seseorang itu diwarnakan dengan pewarna selain inai, mandi wajib seseorang itu tidak sah. Oleh itu, seseorang yang mewarnakan rambutnya dengan pewarna selain inai, jika dia hendak mandi wajib, dia mestilah membuang pewarna pada rambutnya terlebih dahulu. Tetapi untuk membuang pewarna itu pula bagaimana?.. Inilah yang rumitnya. Sedangkan pewarna pada rambut itu sebenarnya tidak boleh dibuang begitu mudah.Yang menyebabkan mandi wajib orang yang menggunakan pewarna pada rambutnya tidak sah kerana pewarna itu akan menyalut rambutnya yang menghalang air sampai ke rambut. Ini berbeza dengan inai. Inai sebenarnya akan meresap ke rambut, tetapi pewarna pula akan menyalut rambut menyebabkan air terhalang ke rambut.Tetapi dalam hal ini, jangan pula ada yang salah faham. Sebenarnya pewarna itu jika dikeluarkan sijil halal oleh JAKIM dan sekiranya pewarna itu tidak bernajis, bukanlah bermaksud menjadi tidak sah.

Dalam hal ini, sukalah saya menyatakan bahawa sembahyang dan mandi wajib itu berbeza. Jadi, mestilah dipandang dari sudut yg berbeza.Dalam hal ini juga, sukalah saya menyatakan, huraian mengenai rukun mandi wajib seperti yang telah saya nyatakan ini adalah merupakan perbezaan sah atau tidak mandi wajib.
Jadi, ia perlulah diberikan perhatian yang lebih oleh umat Islam.

Mengenai sebab2 seseorang itu wajib mandi wajib pula, Ustaz Haji Mat Jais menegaskan, sebab2nya terdiri daripada 6 sebab.
3 sebab melibatkan lelaki dan perempuan iaitu kerana bersetubuh walaupun tidak keluar air mani, keluar air mani dan mati.
Manakala 3 sebab lagi hanya melibatkan kaum perempuan sahaja, iaitu keluar darah haid, nifas dan melahirkan anak(wiladah).

Mandi wajib boleh dilakukan di mana2 dengan menggunakan air mutlak sama ada air telaga, air paip, sungai laut dan tasik. Bagi pasangan suami isteri yang bersetubuh pula, mereka tidak semestinya mandi selepas bersetubuh, tetapi diwajibkan mandi ketika ingin beribadat.Selepas bersetubuh pula, jika ia dilakukan pada waktu malam, jika tidak mahu mandi wajib, seelok2nya ambillah wuduk sebelum tidur itu adalah sunat, manakala tidak berwuduk sebelum tidur adalah makruh.

Panduan Tambahan :

1. Agar wajah selalu segar, berseri-seri dan cantik, cucilah minima 5 kali sehari dengan air wudhu. Jangan langsung dikeringkan, biarkan menitis dan kering sendiri. Lalu ambillah sajadah, shalat, berdzikir, dan berdo’a.
2. Untuk menghilangkan stress, perbanyaklah ‘olahraga’. Cukup dengan memperbanyakkan solat. Ketika solat, kita mengerakkan seluruh tubuh. Lalu berkonsultasilah pada Allah SWT dengan dzikir dan doa.
3. Untuk pelembab, agar awet muda, gunakanlah senyuman. Tidak hanya di bibir tapi juga di hati. Jangan lupa bisikkan ‘kata kunci’, “Allahuma Kamma Hassanta Khalqii Fahassin Khuluqii” (Ya Allah sebagaimana engkau telah memperindah kejadianku, maka perindah pula akhlaqku). (HR Ahmad).- (DOA TENGOK CERMIN).
4. Untuk punya bibir cantik, bisikkan kalimat-kalimat Allah, tidak berbohong atau menyakiti hati orang lain, tidak menyombongkan diri atau takbur.
5. Agar tubuh langsing, mulus, diet yang teratur dengan berpuasa seminggu 2 kali, Isnin dan Khamis. Jika kuat, lebih bagus lagi puasa Nabi Daud AS i.e. selang satu hari. Makanlah makanan halal, perbanyak sayuran, buah-buahan, dan air putih.
6. Untuk mengembangkan diri, sebarkan salam dan sapaan. Dengan demikian kita akan banyak dikenal dan disayangi.

Rahsia 13
Inilah dia rahsia as-solat, sebagai peringatan bagi yang sudah tahu atau panduan bagi yang baru tahu……

1. Niat Sembahyang Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.
2. Berdiri Betul Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.
3. Takbir-ratul Ihram Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.
4. Fatihah Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.
5. Ruqu’ Sebagai tikar kita di dalam kubur.
6. I’tidal Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika di dalam kubur.
7. Sujud Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.
8. Duduk antara 2 Sujud Akan menaung panji-panji nabi kita di dalam kubur.
9. Duduk antara 2 Sujud (akhir) Menjadi kenderaan ketika kita di padang Mahsyar.
10.Tahhiyat Akhir Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir di dalam kubur.
11.Selawat Nabi Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.
12.Salam Memelihara kita di dalam kubur.
13.Tertib Akan pertemuan kita dengan Allah S.W.T.

Dari Abdullah bin ‘Amr R. A., Rasulullah S. A. W.bersabda : “Senarai di atas adalah salah satu sebab mengapa orang Yahudi / Kafir tidak sukakan angka 13 dan juga Hari Jumaat. Itulah sebab mengapa mereka mencipta cerita yang begitu seram sekali iaitu ” FRIDAY the 13th ” jika ada di kalangan kamu yang perasan!!!”

Wassalam.
“Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat…”
Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manafa’at kepada manusia lain…

PROMOSI AL-QURAN DIGITAL FOCUS 1

Al-Quran Digital Murah (RM155)

Model Al Quran Digital Read Pen Model Focus 1 

Model Eksecutive Terbaru 2014
Memperkenalkan read pen digital yang boleh membaca sepatah demi sepatah ayat Al Quran bagi tujuan pembelajaran sama ada untuk anda,anak-anak,ibu bapa dan sesiapa sahaja.Ianya juga amat sesuai bagi mereka yang belum lancar bacaan agar setiap ayat dapat disebut dengan makhraj dan tajwid dengan betul.

Fungsi Al-Quran ini adalah sama dengan Al-Quran yang lain,keistimewaannya ialah teknologi read pen yang membaca ayat per ayat dan surah per surah.Sentuh saja mata pen pada mana mana Ayat atau Surah,read pen ini akan mengeluarkan bacaan mengikut Qari pilihan kita.

 

 Kenapa Model Focus 1  ?

>>MODEL TERBAIK dipasaran dunia, Kualiti Tinggi, Lengkap, Asli pada Harga Termurah!

>>SETANDING, malah LEBIH BAIK dari model tempatan/import dipasaran.

>>PALING LENGKAP! PQ15, bentuk/kotak sama, cuma lebel kotak berlainan.

>>Keluaran ENMAC EGINEERING LIMITED, produk import terpilih dari serata dunia.

>>NO1, Pelopor Produk Digital Islamic dunia selama 10 tahun (since 2002)

>>PENGELUAR ASAL, jenama lain seperti 8990, 786, MyQalam dll.

Berikut adalah antara Qari pilihan dalam Al Quran Digital ini 

       o    Sheikh Abdul Basit ‘Abd us-Samad       
        o    Sheikh Maher Bin Hamad Al-Mueaqly

       o    Sheikh Ahmed Al-Ajmy

       o    Sheikh Saad Al-Ghamdi

       o    Sheikh Mohamed Siddiq Al-Minshawi

       o    Sheikh Mishary bin Rashid Al-Afasy

       o    Sheikh Mahmoud Khalil Al-Hussary

       o    Sheikh Ali Abdul Rahman Al Huzaifi

       o    Sheikh Abdul Rahman Al-Sudais


Pakej Dalam Produk Al-Quran Ini Adalah :

[1] Al-Quran Saiz A5 (6 Qari, 3 Bahasa Terjemahan)

[2] Kotak Eksekutif Brief Case 2014[3] Pena Pembaca (ReadPen 4GB)

[4] Charger (Cas 2-3 jam, Running 4-5 jam)

[5] Kabel USB

[6] Fon Telinga

[7] Kad Index (Short cut)

[8] Qaida Noorania (Muqaddam)*

[9] Panduan Haji/Umrah, Solat/Doa*

[10] Kamus Terjemahan Bahasa (14 Negara)*

[11] Sahih Al Bukhari *

[12] Tasbih Digital(PERCUMA)

* Kesemua 4 buah buku tambahan boleh dibaca oleh PEN DIGITAL

Firman Allah Dalam Surah Al An’aam ayat 155 – 157 Yang Bermaksud :

Dan Al-Quran itu adalah kitab yang Kami turunkan yang diberkati, maka ikutilah dia dan bertakwalah agar kamu diberi rahmat,(Kami turunkan al-Quran itu) agar kamu (tidak) mengatakan: “Bahwa kitab itu hanya diturunkan kepada dua golongan saja sebelum kami, dan sesungguhnya kami tidak memperhatikan apa yang mereka baca .Atau agar kamu (tidak) mengatakan: “Sesungguhnya jikalau kitab ini diturunkan kepada kami, tentulah kami lebih mendapat petunjuk dari mereka.” Sesungguhnya telah datang kepada kamu keterangan yang nyata dari Tuhanmu, petunjuk dan rahmat. Maka siapakah yang lebih zalim daripada orang yang mendustakan ayat-ayat Allah dan berpaling daripadanya? Kelak Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang berpaling dari ayat-ayat Kami dengan siksa yang buruk, disebabkan mereka selalu berpaling.Al An’aam 155-157

Ahad, 30 November 2014

SET KOMBO KULIT CANTIK

Untuk kulit cantik, sihat dan awet muda kita harus berikan sel kulit kita makanan sel iaitu vitamin dan mineral secukupnya untuk sel-sel kulit menjalankan fungsinya dengan sempurna. 
Jadi apakah vitamin untuk kulit cantik, sihat dan awet muda?

1. Vitamin E

Vitamin untuk kulit cantik, sihat dan awet muda yang paling utama semestinya Vitamin E. Kenapa? Sebab Vitamin E adalah tinggi antioksidan untukmelawan radikal bebas yang menyebabkan sel tua lebih cepat. Bagi mereka yang mengamalkan diet tinggi Vitamin E, kulit mereka akan tampak awet muda berbanding usia sebenar. Bonusnya, Vitamin E juga membakar kolesterol dan lemakmalah membantu mencegah sel kanser. 

2. Vitamin C

Vitamin untuk kulit cantik, sihat dan awet muda yang kedua mestilah Vitamin C. Sama seperti Vitamin E, Vitamin C juga merupakan antioksidan yang hebat dalam melawan penuaan sel kulit. Paling utama Vitamin C menggalakkan pembentukan kolagen iaitu sejenis protein yang membuatkan kulit tegang dan merawat bintik hitam, jeragat dan tona kulit tidak sekata. 

0189090120

Jumaat, 28 November 2014

Solat Sunat Istikharah


Cara mengerjakan Solat Sunat Istikharah



Umat Islam disuruh mengerjakan solat sunat Istikharah bagi menyelesaikan jalan buntu atau untuk membuat suatu pilihan atau keputusan dalam segala urusan kehidupan.

Terdapat beberapa hadis Rasulullah SAW yang menggalakkan solat Istikharah.
Di antaranya;Rasulullah SAW bersabda:  “Di antara kebahagiaan anak Adam ialah Solat Istikharah (minta pilih) daripada Allah Taala dalam segala urusannya dan di antaranya kecelakaan anak Adam ialah meninggalkan solat Istikharah daripada Allah pada segala urusannya.



”la boleh dikerjakan dua rakaat atau sehingga dua belas rakaat (enam salam). Waktunya siang atau malam. Sebaik-baiknya dikerjakan pada waktu sebelum tidur malam. Insya-Allah Tuhan akan menggerakkan hati anda dan memberi petunjuk untuk membuat sesuatu keputusan atau penentuan yang betul.

Cara Solat Istikharah

a.  Lafaz niatnya:


Daku solat sunat Istikharah dua rakaat kerana Allah Taala.

b.  Antara surah yang dianjurkan ulama ialah:
Rakaat pertama, bacalah Al-Kafirun (1 kali).
Rakaat ke-dua, dibacakan Al-Ikhlas (1 kali).
Atau;Rakaat pertama, bacalah ayat Al-Kursi (7 kali).Rakaat ke-dua, dibacakan Al-Ikhlas (11 kali).

c.  Dalam sujud akhir, baca tasbih berikut sebanyak 40 kali:


Maha Suci Dikau yang tiada ilmu bagi kami kecuali apa yang Dikau ajarkan (tunjukkan) kepada kami. Sesungguhnya Dikau Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana!

d.  Sebelum bangkit dari sujud, mohonlah kepada Allah SWT. dipertunjukkan jalan yang betul dalam membuat keputusan dan pilihan.

e.  Selesai memberi salam, bacalah selawat untuk dihadiahkan kepada Rasulullah SAW., para sahabat Baginda, para wali Allah dan seluruh umat Islam.

f.   Membaca doa solat sunat Istikharah:



g.  Ulangilah doa tersebut sebanyak 3 kali.
Dalam berdoa sebaik-baiknya sebutkan permintaan yang ingin diberikan petunjuk oleh Allah SWT. misalnya: “Ya Allah! Jika Dikau mengetahui urusan ini..….. (sebutkan perkaranya).”

h.  Serahkanlah sepenuh keyakinan kepada Allah SWT. sambil bermohon kepada-Nya agar diberikan petunjuk, sama ada didatangkan melalui mimpi, gerak hati atau dengan dipermudahkan urusan yang mana baik. Tidurlah dalam keadaan berwuduk dan berpakaian bersih.

i.  Lakukan solat Istikharah 3 atau 7 hari berturut-turut, mengikut kepentingannya. Insya-Allah akan diberi kecenderungan atau digerakkan hati untuk membuat sesuatu keputusan atau pilihan yang betul.

Selasa, 25 November 2014

SUPLEMEN

Dulu lain..
Sekarang lain...

Anda mampu MENGUBAHnya..

Jika anda sedang mencari suplemen untuk :

■SET JERAWAT/ JERAGAT
■SET IBU MENGANDUNG
■SET BERPANTANG
■SET MENYUSU
■SET KESUBURAN
■SET KAWAL BERAT BADAN
■SET ANAK SIHAT & PINTAR
■SET GOUT
■SET MIGRAIN
■SET ANTI PENUAAN
■SET DIABETES
■SET SENDI
Dan lain-lain lagi..

Hubungi saya 0189090120 untuk KONSULTASI PERCUMA

Saya Arieda Wanda pengedar SHAKLEE bagi kawasan KUALA TERENGGANU, KUALA NERUS dan GONG BADAK.

Menyediakan perkhidmatan COD bagi kawasan berhampiran dan POSLAJU seluruh Malaysia.

#READYSTOCK

Isnin, 24 November 2014

KEBAIKAN VITAMIN DAN MINERAL

KEBAIKAN VITAMIN DAN MINERAL

Tubuh badan kita apabila mula meningkat dewasa memerlukan lebih perhatian dari segi kesihatan dalaman dan luaran.
Penjagaannya perlu di ambil berat kerana kekuatan kesihatan tubuh badan tidak lagi sama ketika usia kanak-kanak dan remaja. 

Pengambilan vitamin yang cukup dalam badan dapat membantu dalam menjaga kesihatan tubuh badan sama ada fizikal mahupun dalaman. Jom ketahui jenis dan kebaikan vitamin serta mineral buat tubuh badan yang sihat dan lebih kuat seperti zaman muda. 

■Vitamin A
Ia kaya dengan antioksidan yang menguatkan daya tahan imun sistem tubuh badan, memperbaiki masalah penglihatan, mengurangkan risiko penyakit jantung dan melambatkan penuaan kulit. Namun ia boleh menjadi toksik dalam badan jika pengambilan secara berlebihan. Jadi pastikan anda mengambil dengan amaun yang disarankan. 

■Vitamin B
Vitamin B boleh mengimbangkan metabolisme, menguatkan otot dan minda yang lebih tajam serta lebih peka. Penting untuk wanita muda mengambil vitamin B9 (asid folik) yang memastikan kesihatan sel darah merah dan menghindarkan diri dari penyakit kanser dan masalah kecacatan pada kehamilan. 

■Vitamin C
Ia dikenali sebagai satu vitamin yang kuat dalam memerangi demam dan selesema. Kandungan antioksidan yang banyak dalam vitamin C meningkatkan daya tahan imun sistem tubuh dan mengelakkan dari penyakit jantung, masalah pranatal, dan penyakit mata. Bahkan ia membantu dalam mempercepatkan luka sembuh dengan lebih cepat dan menghilangkan masalah kedutan pada wajah. 

■Vitamin D
Menurut doktor, Vitamin D boleh mengurangkan risiko penyakit kanser sebanyak 50% dan ia boleh mengelakkan dari penyakit kanser ovari dan diabetes. Bahkan, ia juga membantu dalam memberikan penyerapan kalsium dengan lebih cepat dan memainkan peranan penting dalam fungsi otot yang baik. 

■Kalsium
Kalsium adalah the best defense buat tulang dan wanita khususnya perlu mengambil kalsium kerana wanita mula hilang ketumpatan tulang pada lingkungan umur 20-an. Mineral ini juga membantu dalam memberikan gigi yang kuat dan menyuburkan sistem saraf. 

■Zat Besi
Jika terlalu kurang mineral ini dalam badan ia akan mengakibatkan anemia iaitu kekurangan sel darah merah dan melemahkan daya tahan sistem imun. Zat besi juga penting untuk wanita yang sering mengalami haid yang terlampau banyak.

★Kredit : EH!

Isnin, 17 November 2014

RESEPI APAM BERAS


Apam Beras Tradisional

Bahan-bahan :
2 cawan nasi sejuk
2 cawan tepung gandum
2 cawan tepung beras
1 cawan brown sugar
3/4 cawan gula pasir
2 1/2 cawan air
2 sudu kecil yis kering - mauripan
pewarna makanan
Kelapa parut putih dikukus - gaul dengan sedikit garam 

Cara-cara :
1. Blend nasi dan air sehingga hancur.
2.Setelah hancur, campur brown sugar dan gula ke dalamnya dan blend sehingga sebati.
3. Dalam bekas lain, satukan tepung gandum, tepung beras dan yis. Kacau rata.
4. Masukkan bahan cecair tadi ke dalam bekas tepung. Kacau sehingga sebati.
5. Perap selama 3 jam.
6. Didihkan air dalam pengukus dan balut penutupnya dengan kain bersih.
7. Sapukan sedikit minyak pada acuan kecil.
8. Ambil sedikit adunan ke dalam mangkuk kecil. Masukkan beberapa titik pewarna yang digemari dan kacau rata-rata.
9. Masukkan adunan dalam acuan kecil dan kukus selama 15 minit dengan api besar.
10. Hidang bersama kelapa yang telah di gaul dengan sedikit garam.

Selamat mencuba..

Khamis, 13 November 2014

Saya & Suplemen

Tahukah anda...

Ini adalah makanan saya setiap hari sejak setahun yang lalu..
Bermula dengan ESP.. OMEGA GUARD.. ALFALFA..VITAMIN E..
Ia semakin bertambah dari bulan ke bulan..

Kenapa saya begitu SETIA dengan SHAKLEE..
Kerana saya yakin ia SELAMAT ..

Anda bagaimana..
Saya sudah shaklee..sudahkah anda??

0189090120  |  Arieda Wanda

Rabu, 5 November 2014

MULTIVITAMIN KANAK-KANAK

MERATAH SAYUR

Bertuahnya jika anak anda suka meratah sayur...
Lain plak citernya jika macam iklan kat tv tu..
Nampak sayur jer terus pengsan..hahaha...

Mealshakes dari shaklee boleh membantu mengatasi masalah ini...
Multivitamin yang lengkap untuk kanak-kanak..
Agar dapat membesar dengan sihat dan bijak..

Nak tahu lebih lanjut..
Hubungi saya
0189090120  |  Arieda Wanda

Selasa, 4 November 2014

OMEGA GUARD BAGUS UNTUK KANAK-KANAK


Omega Guard merupakan salah satu suplemen yang disyorkan kepada kanak-kanak.
Anda boleh mula memberi anak-anak Omega Guard seawal umur mereka 1 tahun lagi dengan kuantiti minimum iaitu sebiji sehari (selang sehari pun boleh). .

Akan tetapi perlu diingatkan, suplemen ini hanyalah makanan tambahan bagi melengkapkan keperluan nutrisi anak-anak. Selain membekalkan mereka dengan suplemen, ibu bapa perlulah sentiasa menjaga pemakanan anak-anak. Berikan mereka dengan makan yang berkhasiat dan sihat.

KENAPA OMEGA GUARD BAIK UNTUK KANAK-KANAK?

□Penting bagi perkembangan dan fungsi otak
□Meningkatkan sistem imunisasi
□Menapis segala virus dan bakteria dari badan
□Kanak-kanak yang mengambil Omega-3 sejak kecil dapat mengurangkan jangkitan pernafasan
□Disyorkan juga untuk kanak-kanak hiperaktif dan autisme 

CARA MEMBERI KANAK-KANAK MAKAN OMEGA GUARD
 
*Omega Guard adalah dalam bentuk softgel yang mana akan cair apabila masuk ke dalam mulut.
InsyaAllah tidak akan timbul masalah tercekik.

Bagi kanak-kanak yang sudah pandai mengunyah, berikan mereka sebiji Omega Guard dan kunyah seperti menguyah chewing gum (pengawasan ibu bapa masih diperlukan bagi keselamatan anak-anak).
Bagi kanak-kanak yang belum pandai mengunyah, atau anda masih belum yakin dengan dengan kemampuan mengunyah mereka (yg baru belajar mengunyah makanan pejal), boleh memberikan mereka Omega Guard dengan memotong atau memecahkan ke dalam sudu dan suap terus kepada anak-anak. Jika mereka menolak, anda boleh cuba mencampurkan cairan Omega Guard ke dalam makanan atau minuman mereka.  

0189090120
Arieda Wanda

Isnin, 3 November 2014

Khasiat 10 Surah Sebagai Amalan Harian

Khasiat 10 Surah Sebagai Amalan Harian

1》SURAH AL-FATIHAH
Amalkan membaca Surah Al-Fatihah semasa hendak tidur diikuti dengan membaca Surah Al-Ikhlas 3 kali, Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas. Insya’Allah akan aman tenteram dan dijauhkan daripada gangguan syaitan. Dianjurkan juga membaca surah ini sebanyak 44 kali untuk mengubati sakit mata, perut, gigi dan lain-lainnya dengan izin Allah s.w.t. Untuk mencegah kemarahan Allah, bacalah surah ini sebanyak 17 kali sehari iaitu dengan mengerjakan solat 5 waktu.

2》SURAH YAASIN
Telah bersabda Rasulullah s.a.w., sesungguhnya bagi setiap sesuatu itu ada hati, dan hati Al-Qur’an ialah Surah Yaasin iaitu jantung Al-Qur’an. Sesiapa yang membaca Surah Yaasin, nescaya dituliskan oleh Allah pahala menyamai sepuluh kali membaca Al-Qur’an seluruhnya. (Hadis riwayat At-Tarmizi dari Anas r.a.) Rasulullah s.a.w. juga bersabda: Surah Yaasin dinamakan di dalam kitab Taurat dengan sebutan “At-Mu’ammah” (yang umum), yang mengumumkan pembacanya dengan kebaikan dunia dan akhirat, menanggung segala bala baik dari kesusahan di dunia mahu pun akhirat. Pembaca juga akan dilindungi dari setiap keburukan dan kejahatan serta segala hajat dan kemahuan akan Allah kabulkan. Jika dibaca dalam satu malam semata-mata mengharapkan keredaan Allah, nescaya Allah akan mengampunkan dosanya. (Hadis riwayat Malik, Ibnu-Sunni dan Ibnu Hibban). Surah Yaasin ni juga jika diamalkan, akan terselamatlah kita dari kehausan di hari KIAMAT.

3》SURAH AD-DHUKHAN
Dibaca sekali pada malam Jumaat agar kita terselamat dari huru hara di Padang Mahsyar.

4》SURAH AL-WAQI’AH
Menurut beberapa hadis Rasulullah s.a.w., mereka yang mengamalkan membaca Surah Al-Waqi’ah pada tiap-tiap malam, insya’Allah tidak akan merasai kepapaan. Mereka yang membacanya sebagai wirid, insya’Allah akan beroleh kesenangan selama-lamanya. Mereka yang membacanya sebanyak 14 kali setiap lepas solat Asar, insya’Allah akan dikurniakan dengan rezeki yang banyak. Selepas solat Isyak, ambillah segelas air lalu bacalah Surah Al-Fatihah sekali, Ayat Qursi sekali dan Surah Al-Waqi’ah ayat 35-38 sebanyak 7 kali. Tiup dalam air dan minum. Dalam hati, niat untuk menjaga kecantikan diri dan kebahagiaan rumahtangga kita. Makna Surah Al-Waqi’ah Ayat 35-38 ialah : “Sesungguhnya, Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa. Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh), yang tetap mencintai jodohnya serta yang sebaya dengan umurnya.

5》SURAH AL-KAUTSAR
Sesiapa yang mengamalkan membaca surah ini sebanyak 1,000 kali, maka Allah s.w.t. akan menghasilkan hajatnya termasuk rezeki dan kenaikan pangkat. Sesiapa yang membaca 1,000 kali juga selepas solat Isyak hingga dia tertidur, insya’Allah dia dapat melihat Rasulullah s.a.w. dalam tidurnya.

6》SURAH AL-KAFIRUN
Sesiapa yang membaca Surah Al-Kaafiruun, maka bandingannya seperti membaca seperempat Al-Qur’an, disamping terlepas dari syirik, terjauh dari godaan syaitan dan terlepas dari peristiwa yang mengejutkan (Riwayat At-Tarmizi). Sebelum tidur, bacalah surah ini agar kita mati dalam iman serta membersihkan kotoran dalam diri kita.

7》SURAH AL-MULK
Sebuah lagi Surah dari Al-Qur’an iaitu Surah Al-Mulk mempunyai fadhilat dan faedah yang amat besar bagi sesiapa yang mengamalkan dengan membacanya serta memahami isi kandungan surah ini. Menurut beberapa hadis Rasulullah s.a.w., mereka yang mengamalkan membaca akan surah ini, akan mendapat syafaat dan keampunan dosa-dosanya. Mereka yang membacanya pada setiap malam sebelum tidur, insya’Allah, akan terselamat dari azab kubur.

8》SURAH AL-IKHLAS
Rasulullah s.a.w. pernah bersabda kepada isteri kesayangan baginda, Siti Aisyah, antara mafhumnya: “Wahai Aisyah isteri ku, sebelum kamu tidur, khatamlah dulu Al-Qur’an.” Siti Aisyah lalu berkata, “Wahai suami ku, saya tidak mampu khatam Al-Qur’an sebanyak 30 juzuk itu.” Apabila mendengar kata-kata Siti Aisyah tersebut, Rasulullah s.a.w. sambil tersenyum lalu menjawab, “Barangsiapa yang membaca 3 kali Surah Al-Ikhlas sebelum tidur, seolah-olah ia telah khatam Al-Qur’an keseluruhannya”. Dari Rasulullah s.a.w.. pernah bersabda kepada Saidina Ali r.a., “Sesiapa hendak pergi musafir, kemudian ketika dia hendak meninggalkan rumahnya, ia membaca surah Al-Ikhlas 11 kali, maka Allah memelihara rumahnya sampai ia kembali. Ibnu Said Al-Khanafi menerangkan: “Surah ini dinamakan Surah Al-Ikhlas, ertinya bersih atau lepas. Maka barang siapa yang membacanya dan mengamalkannya dengan hati yang ikhlas, maka ia akan dilepaskan kesusahan duniawi, dimudahkan di dalam gelombang sakaratulmaut, dihindarkan dari kegelapan kubur dan kengerian hari kiamat.”

9》SURAH AL-FALAQ
Siti Aisyah menerangkan: “Bahawa Rasulullah s.a.w. pada setiap malam apabila hendak tidur, Baginda membaca Surah Al-Ikhlas, Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas lalu ditiupkan pada kedua telapak tangan, kemudian disapukan keseluruh tubuh dan kepala. Barang siapa terkena penyakit kerana perbuatan syaitan atau manusia, hendaklah membaca Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas sebanyak 41 kali selama 3 hari, 5 hari atau 7 hari berturut-turut. Barang siapa yang takut akan godaan syaitan dan manusia, takut dalam kegelapan malam atau takut dengan kejahatan manusia, bacalah Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas sebanyak 100 kali.

10》SURAH AN-NAS
Surah An-Nas adalah surah yang terakhir (114) dalam Al-Qur’an. Nama An-Nas diambil dari kata An-Nas yang berulang kali disebut dalam surah ini yang bermaksud manusia. Surah ini termasuk dalam golongan surah makkiyah. Isi surah ini adalah bagi menganjurkan manusia memohon perlindungan kepada Allah dari godaan syaitan baik yang berasal dari golongan manusia mahu pun jin. Surah An-Nas ini juga adalah penerang hati.

Agak-agak berat ke untuk kita amalkan surah-surah ni? Rasanya lebih berat lagi Allah nak bagi syurga pada kita yang jahil ni. Mudah-mudahan dengan amalan yang sedikit ni, atas belas kasihan Allah Yang Maha Pengasih mengampunkan dosa-dosa kita serta sudi membawa kita ke syurga-Nya. InsyaAllah, ameen...Wasallam.

Disalin dari:http://fathulhanaf.blogspot.com/2011/10/khasiat-10-surah-sebagai-amalan-harian.html

SET KESUBURAN BAJET SHAKLEE

Set Kesuburan Suami Isteri

Zuriat adalah pengikat kasih sayang antara suami isteri dan juga sebagai penyambung ataupun sebagai pewaris keluarga.
Namun terdapat banyak faktor yang mempengaruhi tahap kesuburan baik suami ataupun isteri.
Antara faktor yang mempengaruhi tahap kesuburan suami isteri ialah:

1. Kitar haid isteri yang tidak tetap
2. Selalu sakit sengugut
3. Tekanan daripada tempat kerja samada isteri ataupun suami
4. Suami adalah perokok tegar
5. Persekitaran kerja yang terdedah pada bahan kimia
6. Sperma yang dihasilkan tidak berkualiti
7. Masa bersama tidak berkualiti

Sebagai salah satu usaha adalah SET KESUBURAN SUAMI ISTERI daripada Shaklee.
Set ini mengandungi ZINK untuk suami dan GLA untuk isteri. Set ini adalah basis ataupun asas untuk membantu kepada punca-punca ketidaksuburan suami isteri. Mari kita tengok bagaimana set ini boleh bantu anda untuk menangani masalah kesuburan.

Zink Shaklee

Zink dirumuskan daripad glukonat semulajadi bergabung dengan nutrient semulajadi yang lain seperti kalsium dan serbuk alfalfa untuk menjadikan zink mudah diserap oleh tubuh badan kita.

Bagaimana Zink membantu Kesuburan Lelaki

 1. Zink meningkatkan dan memperbaiki seks lelaki iaitu dengan meninggikan  kualiti dan bilangan sperma  
2. Pengambilan zink yang secukupnya meningkatkan keupayaan seks dan lebih bertenaga.  
3. Membaiki masalah prostat dan penyembuhan benign prostatomegaly. Menurut kajian dilakukan, pengambilan zink berterusan mampu mengurangkan pembengkakan prostat hingga dalam kadar 70%.  
4. Membantu mempercepatkan pemulihan luka dalaman dan luaran seperti luka pembedahan.   

Kekurangan Zink kepada Lelaki menyebabkan:

1. Kematangan organ seks yang lambat  
2. Impoten  
3. Perkembangan yang kecil untuk testikel  
4. Bilangan sperma yang rendah dan kurang berkualiti  
5. Fungsi untuk seksual merosot

GLA

GLA adalah Gamma Linolenic Acid yang mengandungi asid lemak Omega-6 tak tepu. GLA Shaklee digabungkan dengan minyak sunflower dan Vitamin E untuk meningkatkan keberkesanan dan kestabilannya.

Bagaimana GLA membantu Kesuburan Wanita.

GLA bertindak untuk membantu wanita menghasilkan lendir servik yang berkualiti untuk subur yang berwarna keputihan seperti putih telur .
Kadang-kadang ia seperti datang keputihan.
Setiap sebulan dalam satu kitar period cecair lendir ini akan terhasil untuk melambangkan kesuburan namun tidak semua orang akan menghasilkan lendir “subur” itu.

Disinilah peranan GLA untuk memastikan kesuburan iaitu apabila sperma berenang melalui uterus hingga ke tiub fallapio untuk mendapatkan telur ovum untuk disenyawakan. GLA ini untuk membantu sperma hidup dalam tiub fallapio untuk tempoh hingga ke 5 hari. 

Kebaikan GLA

1. Membantu mengurangkan sengugut   
2. Membantu mengawal paras hormon wanita   
3. Membantu kitar haid kembali normal.   
4. Membantu mengurangkan keradangan seperti sengal-sengal.  

Bagi anda yang masih mencari alternative untuk mendapatkan zuriat, boleh cuba Set Kesuburan Suami Isteri ini.

0189090120

Sabtu, 1 November 2014

RAHSIA KULIT CANTIK

Bagaimana caranya untuk mendapatkan kulit yang cantik berseri dan bebas parut. 

Apa kata cuba amalkan Set Skin Care.
Buat yang masih baru, apa yang terkandung dalam Set Skin Care ni?

♥B-complex– mengelakkan kulit jadi kering, mengawal jerawat, menaikkan seri muka dan muka tampak ‘glowing’ aje!

♥Vitamin C– merawat masalah pigmentasi (tona wajah tidak sekata), meningkatkan pembentukan kolagen, merawat dan mengatasi masalah kedutan serta mencerahkan kulit

♥Vitamin E – bersifat anti-oksidan sebagai agen anti penuaan, membantu menghilangkan parut dan mencerahkan kulit. Bonusnya buat para isteri, Vitamin E membantu mengatasi masalah ‘dingin’ bersama suami.  

Tidak seperti produk-produk kecantikan di pasaran yang rata-ratanya menggunakan bahan kimia yang kadangkala merbahaya untuk kulit, kelebihan Set Skin Care adalah ia merawat dan mengembalikan kecantikan anda dari dalam. Ingat diri kita adalah apa yang kita makan.

Jadi ketiga-tiga vitamin di atas adalah vitamin WAJIB yang harus anda ambil jika mahukan kulit yang cantik, cerah dan berseri serta bebas dari jerawat dan parut.

Jika anda ada budget lebih dan mempunyai masalah kulit.. anda boleh ADD ON beberapa produk berikut:

Masalah jerawat yang teruk, disarankan ambil :

★ Alfalfa (untuk tujuan detoks atau buang toksin punca jerawat)

★ ESP untuk bantu memudarkan parut jerawat ,  ESP(membantu menghasilan sel-sel kulit yang sihat dan cantik dengan cepat)
Masalah kulit kusam dan tidak sekata, disarankan ambil ESP bagi mempercepatkan proses menggantikan sel kulit mati dengan sel kulit yang baru, cantik dan sihat  

★Masalah jeragat disarankan ambil GLA (bantu kurangkan jeragat)

Sebarang pertanyaan boleh hubungi saya
0189090120

Jumaat, 31 Oktober 2014

KOMBINASI OMEGA GUARD

Selamat datang November
Selamat datang OMEGA GUARD

Promosi beli 6 percuma 1

1OMEGA GUARD + ADVANCE JOINT HEALTH
★kesihatan sendi
★memudahkan pergerakkan
★meningkatkan kesihatan pesakit arthritis dan gout

2 OMEGA GUARD + ALFALFA COMPLEX
★detox dan bantu bakar lemak
★kawalan kolestrol
★kesihatan jantung
★bermanfaat untuk pesakit gout dan arthritis
★kesihatan sendi
★meringankan sembelit dan buasir

3OMEGA GUARD + CAROTOMAX
★kesihatan mata
★mengurangkan risiko mata kering
★melegakan masalah kulit
★kesihatan tisu kulit
★meningkatkan imuniti

4 OMEGA GUARD + CHEWABLE VIT C
★meningkatkan kesihatan anak
★manfaat untuk pesakit asma
★kulit yang sihat

5OMEGA GUARD + COQ HEALTH PLUS
★kesihatan jantung
★kawalan kolestrol
★mencegah salur darah tersumbat
★kecantikan kulit
★kesuburan lelaki

6OMEGA GUARD + ESP
★tenaga berpanjangan
★kawalan paras kolestrol
★kecantikkan
★sesuai untuk ibu mengandung dan menyusukan anak
★kulit yang sihat berseri
★slimming

7OMEGA GUARD + GARLIC COMPLEX
★mengawal darah tinggi
★kawalan kolestrol
★mengurangkan pemendapan atesklerosis dan lemak
★bantu rawat asma

8OMEGA GUARD + GLA COMPLEX
★kawalan kolestrol
★kecantikan
★melembapkan kulit
★menangani jeragat
★kesihatan sendi
★anti radang
★kesuburan wanita
★mengimbangi perubahan dan kepekatan hormon pms wanita

9OMEGA GUARD + HERB LAX
★slimming
★meringankan sembelit dan buasir
★mengempiskan perut

10OMEGA GUARD + LECITHIN
★slimming
★kawalan paras kolestrol
★kesihatan jantung
★kesihatan sendi
★tingkatkan perkembangan memori(janin..knk2..org dewasa)
★mengurangkan @ mencegah penyakit berkaitan hati

11OMEGA GUARD + NUTRIFERON
★meningkatkan pertahsnan tubuh
★melindungi dari batuk n selsema
★manfaat untuk pesakit asma dan eczema

12OMEGA GUARD + OSTEMATRIX
★membantu melegakan simptom senggugut
★menggalakkn kulit yg cantik
★menggalakkn tulang yg kuat
★membantu mengurangkan risiko penyakit jantung
★melegakan sakit2 sendi

13OMEGA GUARD + SR VIT C
★manfaat kesihatan kulit
★meringankan asma
★meringankan eczema
★meningkatkn sistem pertahanan bdn
★meringankn batuk n selsema
★kawalan kolestrol
★mempertingkatkan kecerdasan mental
★kecantikan
★manfaat utk perkembangan saraf dan otak bayi
★sesuai utk ibu mengandung n menyusukan anak

14OMEGA GUARD + VIT E COMPLEX
♡kesihatan jantung
★kecantikan kulit
★kesuburan lelaki
★mencegah saluran darah dr tersumbat

15OMEGA GUARD + ZINC COMPLEX
★kawalan diabetis
★tingkatkan sistem imun
★kesuburan lelaki
★kesihatan lelaki

16OMEGA GUARD + MEALSHAKES
★manfaat utk mssalah asma n eczema knk2
★tingkatkn kesihatan
★kuatkan daya ingatan n tumpuan
★beri tenaga dan selera
meningkatkan daya tumpuan

ARIEDA
018-9090120

Rabu, 29 Oktober 2014

TIPS PERCUTIAN BAJET

Melancong Dengan Bajet Kecil

Perkara terbaik untuk mendapatkan percutian impian adalah dengan mengetahui jenis pengalaman yang anda dambakan. Sebelum anda mula menempah tiket, berbincanglah bersamakeluarga atau  teman dan  beberapa ejen pelancongan untuk mengetahui destinasi-destinasi yang sesuai dengan bajet anda. Jika anda sudah mempunyai lokasi, ikuti tip ini untuk membantu anda bercuti dengan bajet yang ada. 

■1. Melancong ketika luar daripada musim.
Anda boleh periksa tarikh-tarikh yang dijangka luar dari musim di pusat ejen pelancongan. Selalunya, tarikh-tarikh yang tidak ramai orang bercuti adalah paling murah. 

■2. Berkongsi.
Apabila anda melancong bersama teman, pastikan anda tidak kisah untuk berkongsi bilik. Menempah satu bilik semestinya lebih murah berbanding menempah dua bilik berasingan. Di tempat penginapan nanti, anda boleh meminta ekstra bantal atau tilam. 

■3. Tempahan awal.
Mulai sekarang, anda sudah boleh menempah tiket lebih awal untuk percutian pada masa akan datang. Anda boleh mendapatkan harga tiket penerbangan yang murah jika anda menempah hari ini untuk bertarikh melancong pada tahun hadapan! Tetapi ada juga penerbangan yang menawarkan tiket murah ketika promosi dan seeloknya anda sentiasa periksa agenda promosi mereka setiap masa. 

■4. Fleksibel.
Jika anda mahu lebih murah, anda boleh menaiki kenderaan awam seperti bas atau keretapi untuk melancong asalkan anda mampu bertahan berjam-jam di atas jalan. Anda bukan saja banyak berjimat tetapi boleh melihat keindahan di setiap perhentian. 

■5. Tempahan berpakej.
Percutian akan menjadi lebih murah apabila apabila anda menempah percutian berpakej. Misalnya, tempahan tiket penerbangan merangkumi penginapan, kenderaan dan makanan. Malah, anda tidak perlu risau untuk keluar wang kerana semuanya sudah dibayar awal ketika anda menempah tiket. 

■6. Penginapan berdapur.
Selalunya, wang percutian lebih banyak dihabiskan untuk sesi makan-makan. Bukan semua destinasi mempunyai harga makanan yang murah lebih-lebih lagi jika mereka tahu anda seorang pelancong. Sebaiknya, tempah hotel atau apa saja penginapan yang ada menyediakan dapur. Memasak boleh menjimatkan wang makan anda. 

■7. Perbincangan dengan ejen pelancongan.
Anda perlu rajin melayari Internet dan menghubungi ejen kerana mereka sentiasa membantu anda untuk mendapatkan harga yang terbaik untuk pelancongnya. 

■8. Pilih pertukaran wang asing termurah.
Jika anda melancong ke luar negara, elak menukar mata wang anda dalam saat terakhir. Tanya pendapat rakan di mana lokasi ejen tukar mata wang asing yang boleh memberi pertukaran yang baik dan menguntungkan sebelum anda berlepas. 

■9. Kereta jimat minyak.
Bagi anda yang memilih untuk memandu kereta sendiri, pastikan anda menggunakan kenderaan yang jimat minyak. Kenderaan jenis kompak dan hibrid adalah pilihan terbaik saat melancong. Tip untuk lebih penjimatan adalah dengan mengurangkan kelajuan, mengurangkan tahap penghawa dingin dan tidak membawa banyak muatan. 

■10. Satu beg memadai.
Elak membawa banyak barangan di mana kesudahannya anda tidak memerlukannya ketika melancong. Barang-barang untuk membersihkan diri biasanya ada disediakan oleh hotel. Elak membawa seluar atau baju yang tebal  tetapi sebaiknya pakai siap jika anda melancong ke negara sejuk. Jika tidak, bawa baju nipis sudah mencukupi.

Jom jalan-jalan..

Isnin, 27 Oktober 2014

CARA MAKAN SUPLEMEN SHAKLEE


Jadual Pengambilan Vitamin Shaklee



Ramai yang pening ataupun terkeliru dengan jadual pengambilan vitamin Shaklee.
Ini adalah antara peranan penting distributor untuk menasihatkan ataupun mencadangkan vitamin yang betul dan pengambilan pada masa yang betul.

Anda sebagai pembeli perlu menitik beratkan konsultansi yang ditawarkan oleh penjual (distributor) kepada anda kerana ia akan mempengaruhi tahap keberkesanan vitamin-vitamin kepada tubuh badan anda.

Jadual pengambilan vitamin akan berbeza setiap orang kerana ia akan ditentukan oleh sejarah (history) sakit anda  yang anda ceritakan pada distributor anda.
Contohnya sebegini yea. Anda masih menyusu tetapi ingin kurus pada masa yang sama. Pengambilan alfalfa untuk menyusu adalah kurus adalah berbeza. Sebab alfalfa akan bertindak sebagai milk booster untuk penyusuan dan pada masa yang sama bertindak untuk buang lebihan air atau lelemak pada badan.

Cadangan pengambilan ini adalah untuk orang dewasa yea.

#Vitalea - Jika untuk ibu hamil disarankan ambil 2 biji disebabkan kandungan HB (Hemoglobin Blood) perlu sekurang-kurang pada bacaan 11 ke atas.Namun perlu dipantau jika HB dah melebihi paras bacaan sepatutnya,dosage vitalea dikurangkan pada 1 biji sahaja

# Omega Guard - saya lebih suka cadangkan pengambilan Omega Guard pada waktu pagi ataupun tengahari berbanding malam kerana  elepas pengambilan Omega akan menyebabkan kita dahaga.Pada waktu siang lebih banyak minum air kan.                             ( Ini adalah pengalaman saya sendiri)

# Pengambilan Vitalea lebih baik diambil bersama Vitamin C untuk mengoptimumkan penyerapan.

# Vitamin C (100mg) diambil selang 2 jam sebiji sekurang-kurangnya bagi    memperolehi khasiat yang optimum.

# Zink diambil semasa perut kosong dan disarankan semasa bangun pagi sebelum sarapan.Ini untuk memastikan perut yang dalam keadaan kosong adalah berasid untuk bertindak balas dengan zink.

# Vitamin E dan GLA tidak boleh diambil serentak. So bagi anda yang memang mengambil kedua-dua vitamin nie, digalakkan alternate pengambilannya. Contohnya malam ini ambil GLA dan malam esok ambik Vitamin E.Dalam GLA terdapat kandungan vitamin E.

# ALFALFA COMPLEX - Maksimum pengambilan Alfalfa adalah 10 biji untuk 1 hari. Bagi anda yang menyusukan bayi disarankan pantau sebarang perubahan yang berlaku sebelum atau selepas pengambilan Alfalfa.
Sebagai permulaan Alfalfa diambil pada dosage yang kecil    dahulu untuk mengelakkan badan anda ‘terkejut’..

# ESP, MealShakes dan Performance Drink perlulah dibancuh pada suhu air yang tidak panas ataupun bersama air suam. Ini mengelakkan khasiat yang terkandung di   dalamnya tidak musnah.Lebih sedap dan menarik dibancuh dan dishake   bersama air sejuk. Yummy…..

#Peppermint Ginger Plus ~ 3-5 biji boleh dilarutkan dalam air panas dalam air panas untuk teh herba bagi merawat masalah gastric dan batuk.

#Nutriferon ~ untuk kanak-kanak 3 tahun ke atas jika demam boleh diberikan Nutriferon dalam suku sachet dan diberikan minum air banyak.

#VIVIX ~ disaran elakkan pengambilan cecair VIVIX dalam sudu besi yang biasa kita gunakan di rumah kerana kandungan antioksida yang tinggi akan mempengaruhi.Cuma untuk mendapatkan kesan yang optimum.

#Collagen Powder ~ Boleh dibancuh deangan apa-apa jus ataupun minuman kegemaran yang lain dan elakkan bancuh bersama air panas.
 #Cinch Energy Tea Mix ~ boleh pelbagaikan bancuhan dengan menambah hirisan lemon.Elakkan letak gula kerana gula mengandungi kalori yang agak tinggi.

#Cinch Shake Mix ~  sebagai replacement meal so sesiapa yang mengambil Cinch Shake akan dinasihatkan skip makan. Contohnya jika anda selalu terlepas atau skip ambik sarapan so Cinch Shake dibancuh pada waktu pagi.                                        Keadaannya sama jika diambil waktu lunch.                                  Dinasihatkan kepada anda yang ingin berdiet kurus dengan                                   Cinch Shake agar senaman perlu diseiringkan sekali kerana Cinch Shake menukar lemak menjadi otot.


Sekali lagi ingin mengingatkan dan menasihati bahawa jadual pengambilan di atas adalah sebagai asas ataupun garis panduan sahaja. Ia akan berbeza mengikut keadaan kesihatan anda terdahulu iaitu background kesihatan. Kerana jadual ini akan berubah mengikut tahap kesihatan anda.

Saya mengharapkan sharing daripada entri ini dan terdahulu sedikit sebanyak banyak membantu anda yea..Untuk sebarang pertanyaan atau pembelian atau sesi kaunseling adalah secara percuma boleh hubungi saya:

0189090120
FB : ariedawanda


ESP PRODUK SHAKLEE PALING HOT

Produk SHAKLEE yang paling hot...

Yang minum ESP je tau kehebatannya...
Bila dah dapat kesan yang baik...
Pasti repeat  order dan repeat...
Sebab tu saya sentiasa pastikan stok sentiasa ada..
Bila customer order..
Ada yang tak sabar-sabar nak dapatkannya segera..

Minum secara konsisten pasti dapat kesan yang hebat...

♥JERAGAT HILANG..
♥PARUT LENYAP..
♥KULIT LICIN..
♥TAPAK KAKI GEBU..
♥MUKA BERSERI..
♥TENAGA POWER..
♥PENAWAR GASTRIK ..
♥SUSU IBU MERIAH..

Dan banyak lagi..
Anda patut cuba dan saya pasti anda pasti akan jatuh hati dengan ESP..

Promosi ESP hanya tinggal 4 hari lagi...
Grab now..

0189090120 | Arieda Wanda

KUCING SAKIT

KUCING DAN KLINIK

Pagi tadi bawa HERO dan KIKO ke klinik...
KIKO cucuk vaksin..
HERO dapatkan rawatan harian hari ke2 hari ini..
P masuk air..
Lumpuh dah hampir 2minggu...
Doktor suspek kena gigitan lipan sebab kaki jadi kejang..
Dan melibatkan saraf..

Kesiannya...langsung tak boleh bergerak..
Hanya mata je yang berkelip2...
Bila orang panggil nama HERO..
Dia mengiau tapi dalam nada yang lemah..

Makan minum bersuap...
Buang air pun kat tempat tidur jer..
Saya memang pantau HERO 24jam..
Layan dia..berbual dengan dia..
Lap badan dia..suap makan minum dia...

Doktor kata HERO kuat semangat..
Sebab masih bertahan..
Peluang hidup 50-50 jer..
Kita kena sentiasa gosok-gosok dia..
Supaya dia rasa selamat dan di sayangi..

Alhamdulillah..sangat berpuashati dengan layanan doktor dan staff Klinik Haiwan Kuala Terengganu..

Semoga HERO akan sembuh seperti dulu...

*Gambar du bawah srmasa HERO sihat dan sakit..

Ahad, 26 Oktober 2014

PISANG GORENG CHEESE VS JERUK MANGGA ASAM BOI

Hai semua...

Hari ni hajat untuk buat pisang goreng cheese dan jeruk mangga asam boy terlaksana...

Pagi-pagi lagi aku dan suami tersayang ke Pasar Payang untuk mencari pisang nangka dan buah mangga..
Dapat lah 2kilo setiap satu...hihi.

Jeruk mangga asam boy aku sediakan pada sebelah tengahari di bantu oleh anak buah aku Aza..
Dalam masa tak sampai sejam dah siap..
So letak dalam peti ais dulu..dah sebati masam manis dia baru kita makan...

Sebelah petang pulak baru aku sediakan goreng pisang cheese di bantu oleh adik aku.. Zue...
Kerja-kerja membancuh tepung tak menjadi masalah sebab dah biasa bancuh sebelum ni..
Senang jer pun..goreng macam biasa je.. lepas tu baru tabur cheese dan coklat urai..

Kebetulan kat rumah ramai adik beradik dan anak sedara yang datang..
Apalagi..masing2 teruja nak mencuba keenakkan goreng pisang cheese yang menjadi sebutan ramai...
Sekejap jer 2 pinggan dah habis..
Sedap dan rasa kelainan sebab cheese jer pun..hihi...

Ok..jom layan gambar2 kat bawah...
Jika nak resepi..boleh lihat pada entry aku sebelum ni okay..

Sabtu, 25 Oktober 2014

KESAN MUDARAT TOKSIN KEPADA TUBUH

SET SUPER DETOX SHAKLEE

Adakah anda tahu apa itu toksin?

Toksin dalam tubuh manusia terjadi akibat pencemaran. Antara pencemarannya adalah Pencemaran Makanan. Pencemaran makanan ini berpunca dari penggunaan bahan kimia secara berleluasa seperti racun perosak, serangga dan baja kimia untuk aktiviti pertanian.

Kesihatan tubuh anda akan menjadi lebih parah, apabila anda mengambil makanan yang mengandungi bahan pengawet, perasa tiruan, bahan tambahan dan sebagainya. Ia merupakan punca utama terjadinya toksin di dalam badan.

Pelbagai masalah kesihatan akan timbul akibat daripada pengumpulan toksin di dalam badan. Antaranya, tumor, kanser, migrain dan sebagainya. Di dapati, kebanyakkan kes penyakit yang dirujuk, hampir 90% adalah berpunca daripada toksin badan.

Di dalam sistem fisiologi tubuh, apabila seseorang itu sakit, badan sedang berusaha untuk menyingkirkan sisa-sisa buangan, mukus, namun, toksin telah menghalang fungsi tersebut. Toksin yang berada di dalam saluran darah akan dibawa ke pelbagai organ dan boleh merosakkannya.

Kesan Mudarat Toksin Kepada Tubuh
Hakikatnya, pengambilan makanan yang terlalu berasid seperti daging, makanan diperhalus seperti nasi, roti, gula, manisan, makanan goreng berminyak, protein berlebihan dan lain-lain adalah faktor yang menyumbang kepada masalah kesihatan.
Di samping itu, makanan yang mengandungi bahan kimia seperti pengawet, pewarna dan perasa tiruan, antibiotik, racun perosak dan lain-lain turut jadi penyumbang.
Jika badan terlalu berasid serta berlakunya proses penapaian di dalam usus, ia akan meningkatkan kandungan toksin di dalam badan anda. Toksin tersebut akan di serap dan melekat di dalam darah yang menyebabkan terjadinya pelbagai masalah kesihatan atau penyakit.

Antara penyakit yang kesan dari tindakbalas toksin di dalam darah, adalah seperti

1. Penyakit Kulit
Penyakit kulit terjadi apabila toksin dalam darah cuba keluar melalui kulit. Pengumpulan toksin di dalam kulit akan mengakibatkan penyakit seperti jerawat dan lain-lain

2. Tumor
Tumor berpunca daripada bahan buangan bertoksin yang berkumpul di dalam tisu badan.

3. Demam
Demam adalah proses semulajadi badan untuk membersihkan diri sendiri. Apabila sel darah putih menentang toksin di dalam badan, kadar metabolisme menjadi semakin cepat. Akibatnya, badan menjadi demam.

4. Penyakit Jantung dan Tekanan Darah Tinggi
Toksin yang melekat di dalam darah, akan menjejaskan kelancaran peredaran darah. Ini menyebabkan jantung terpaksa bekerja dengan lebih kuat, bagi melancarkan peredaran darah yang melalui saluran yang tersumbat akibat toksin. Ini menyebabkan berlakunya pembesaran jantung, sementara tekanan ke atas saluran darah yang tersumbat mengakibatkan tekanan darah tinggi.
Di samping itu, buah pinggang dan sistem endoktrin berusaha untuk membersihkan toksin, dengan merembes pelbagai jenis kimia yang menyebabkan terjadinya tekanan darah tinggi. Oleh sebab itu, langkah awal bagi menyingkirkan toksin dari dalam badan yang boleh menyebabkan masalah kesihatan dan timbulnya penyakit yang bahaya, adalah dengan mengambil ubat sahaja.

Jika kita lihat, fenomena di pasaran sekarang, pelbagai jenis detox yang boleh di pilih.
Ada yang lebih suka untuk mengambil detox yang jenis diguna di luaran. Malahan, ada yang mengambil supplemen, bagi menyingkirkan toksin dari dari dalam badan.

Set Shaklee Super Detox turut menawarkan supplemen untuk membantu mengeluarkan toksin dan bahan buangan daripada badan untuk mengembalikan tubuh yang sihat.

Antara supplemen untuk Set Shaklee Super Detox adalah:

1. Alfalfa Complex
2. DTX Complex
3. Garlic
4. Herblax

Kebaikan yang terdapat di dalam Set Shaklee Super Detox adalah seperti :

■Membantu menyingkirkan toksin berbahaya daripada badan
■Membantu meningkatkan kesihatan hati
■Meningkatkan seri wajah
■Meningkatkan sistem imun terhadap jangkitan tubuh

Dapatkan Set Shaklee Super Detox hari ini..

0189090120
Poslaju seluruh Malaysia

Jumaat, 24 Oktober 2014

RESEPI SAMBAL HITAM PAHANG

SAMBAL HITAM PAHANG YANG SEDAP




Penyediaan sambal ini tersangatlah mudah malah bahan-bahannya juga tak banyak.
Sambal ini juga sebenarnya lebih kurang dengan sambal tumis biasa tapi yang membezakannya dan membuatkan ianya istimewa ialah bahan utamanya iaitu asam belimbing buluh. Tanpa bahan utama ini, masakan ini tak dapat di sediakan.

Sebelum saya terangkan tentang  bahan-bahan dan cara penyediaannya saya nak kongsi cara penyediaan asam belimbing buluh terlebih dahulu.


Resepi Penyediaan Sambal Hitam Pahang

Bahan-bahan:
Belimbing buluh (ikut banyak mana yang anda mahu)
Garam (agak-agak sahaja)

Cara-cara:
Cuci buah belimbing buluh sebersihnya
Masukkan ke dalam kuali (jangan gunakan kuali yang baru atau cantik kalau anda tak mahu ia nya rosak sebab buah belimbing mengandungi asid yang boleh menghakis kuali anda. Seeloknya guna kuali yang sudah buruk atau lama)

Tak perlu isi air sebab buah belimbing itu akan keluarkan airnya sendiri
Masukkan garam (terpulang pada anda)
Masak sehingga buah belimbing tadi betul-betul kering atau kecut dan bertukar menjadi warna kehitaman (bukan hangus)

*Asam ini bolehlah di simpan di dalam bekas dan boleh di gunakan untuk tempoh yang sangat lama.

Berikut pula cara-cara penyediaan Sambal Hitam Pahang.

Bahan-bahan:10biji cili padi (kalau suka pedas,boleh tambah lagi)
Segenggam ikan bilis
Beberapa ulas bawang besar
Beberapa sudu Asam belimbing buluh(bahan utama dan wajib ada)
Minyak
Garam secukup rasa
sedikit kunyit (tak isi pun tak mengapa)

Cara-cara penyediaan:

1)         Basuh dahulu semua bahan sebersihnya
2)         Rendam ikan bilis dalam air seketika (3-5minit)
3)         Tumbuk cili padi,bawang besar dan ikan bilis hingga      separa lumat
4)         Kemudian masukkan asam belimbing dan tumbuk lagi hingga bahan-bahan tersebut sebati
5)         Panaskan minyak dan masukkan sedikit kunyit.
6)         Masukkan bahan yang di tumbuk tadi ke dalam kuali
7)         Tumis hingga garing
8)         Masukkan garam secukup rasa
9)         Selesai

Mudah kan cara penyediaannya?
Tiada sukatan khusus untuk menyediakan hidangan ini sebab setiap orang berbeza citarasa.
Bagi yang suka pedas, anda boleh tambah lagi kuantiti cili begitu juga sebaliknya. Kuantiti mungkin berbeza mengikut saiz hidangan. Sambal Hitam Pahang ini sesuai untuk di jamu bersama nasi putih, roti mahupun di makan bersama lempeng.

Kalau musim perayaan, anda boleh makan bersama nasi impit, ketupat ataupun lemang.
Pendek kata semua boleh lah.

Kelebihan Sambal Hitam Pahang:
Tahan lama (boleh di simpan untuk beberapa hari)

P/s: Selamat mencuba ya!

Khamis, 23 Oktober 2014

TAMBAH PENDAPATAN DENGAN SHAKLEE

Adakah ANDA masih tercari-cari
PERNIAGAAN SAMPINGAN atau secara SEPENUH MASA untuk MENAMBAH PENDAPATAN BULANAN? 

Tahukah anda keistimewaan Menjadi Ahli Shaklee / Pengedar / Distributor Shaklee :

1. Modal permulaan yang rendah (Serendah RM75) ataupun PERCUMA dengan pembelian berjumlah RM600++ (200 uv point)

2. HARGA AHLI. Penjimatan sehingga 35% dengan membeli SHAKLEE pada harga ahli!!

3. PROMOSI BULANAN SHAKLEE.  Setiap bulan, pihak SHAKLEE mengadakan promosi bagi setiap produk yang berbeza.  Jadi selain anda membeli pada harga ahli pada, anda juga dapat membeli produk promosi pada harga lebih jauh rendah dari harga ahli! Keuntungan BERGANDA-GANDA! 

4. KUMPUL UV POINT! Setiap pembelian produk memberi anda UV point yang terkumpul secara bulanan. Jumlah UV point terkumpul menentukan peratusan dan jumlah bonus yang diperoleh!

5. JANA PENDAPATAN SECARA PART TIME ATAU FULL TIME

6.  ZERO MODAL! Tidak perlu menyediakan stok kerana SHAKLEE  membantu membuat penghantaran secara terus kepada customer anda.

7. TIADA PAKSAAN. Keahlian tidak ditarik meskipun tiada pembelian pada mana-mana bulan.

8. HARGA PATUT berbanding KUALITI! 
Supplement Shaklee adalah semulajadi (bukan sintetik), selamat dan berkesan.
Rangkaian produk hebat untuk penggunaan seisi keluarga dari kanak-kanak ke warga emas.
Kehebatan Shaklee membuatkan produk ini senang untuk dijual.

Peluang MENIKMATI 3C BONUS Dari Shaklee :

1. Cash bonus – BONUS personal & BONUS kepimpinan
2. Car bonus – wang tunai
3. Convention bonus – Melancong ke luar dan dalam negara termasuk peluang mengerjakan umrah.

Wowwww..
Jika anda ingin mengubah hidup anda...
Shaklee adalah pilihan yang tepat...

Hubungi saya untuk konsultasi percuma..
0189090120
ARIEDA AWANG

Isnin, 20 Oktober 2014

AIR BARLI UNTUK KESIHATAN

Kebaikan dan Khasiat Air Barli

Selalunya apabila kita berada di kedai makan fikiran melayang-layang untuk minum air yang sedap-sedap.ABC..laici kang.. Air milo, nescafe, teh ais dan sebagainya mula menghujani fikiran.

Perasan atau tidak sewaktu berada di kedai makan pasti akan ada pelanggan yang memilih untuk minum air suam?

Samada mereka tiada wang untuk memilih air lain atau tidak, apa yang pasti mereka memilih untuk sihat.
Ya, Air suam adalah air yang elok untuk kesihatan berbanding air yang manis, banyak kafein dan mempunyai tahap gula yang melampau.

Sebaiknya anda memilih air yang tepat dan sesuai untuk kesihatan anda.
Apakata kita order air barli..
Ia sangat bagus untuk kesihatan..

Kebaikan air barli:

■Menyejukkan badan
■Melawaskan kencing
■Meningkatkan kesihatan buah pinggang
■Merendahkan kolesterol
■Meredakan sembelit
■Mencegah penyakit kanser 
■Mengurangkan risiko kencing manis

Jom amalkan gaya hidup sihat.

RESEPI KERABU MANGGA THAI

KERABU MANGGA (THAI)

Kerabu mangga!
Ada macam-macam cara buat kerabu mangga dan yang paling mudah ialah kerabu mangga stail Siam.

Jom buat kerabu mangga.

Bahan-bahannya:
1 biji mangga muda - dikupas dan disagat
1 sudu besar udang kering - digoreng dan ditumbuk
1 kuntum bunga kantan - dihiris halus
1biji tomato - dihiris nipis
1 batang serai - dihiris halus
2 ulas bawang merah di potong nipis
1 helai daun limau purut - dihiris halus
5 biji cili padi - jika takut pedas  gunakan cili besar
2 sudu besar kacang tanah - digoreng 
Sedikit garam dan gula
Sedikit minyak bijan
* jus limau nipis jika mangga kurang masam
* boleh add on kangkung dan kacang panjang jika suka..potong besar2 yea..

Cara menyediakannya:
Masukkan mangga yang diparut dalam mangkuk adunan.Masukkan bunga kantan, serai, udang kering, bawang , daun limau purut.
Masukkan gula dan garam secukup rasa.
Masukkan kacang dan cili padi.Hidangkan.

Sambil siapkan resepi ni..
Sure telan air liuq..
Sedappppp woooo..

ATASI KOLESTROL TINGGI DENGAN SHAKLEE

SET KOLESTROL

Ramai yang mengadu kolestrol tinggi bila semakin berumur malah ada yang sukar untuk menurunkan paras kolestrol dan darah tinggi dalam badan.
Malah masalah jantung merupakan antara pembunuh senyap utama di Malaysia.

Selalunya kolestrol yang tinggi dalam badan adalah disebabkan lemak-lemak yang terkumpul dam melekat di saluran darah anda.

Kenapa dan bagaimana boleh terjadinya kolestrol tinggi? 

PEMAKANAN menjadi puncak utama terjadinya kolestrol tinggi dan darah tinggi. Memakan makanan terlalu banyak lemak tepu dan kolesterol mempengaruhi tahap kolesterol anda. Lemak tepu dan kolesterol ialah berpunca daripada daging, susu, telur, mentega dan keju.
Begitu juga makanan dalam tin termasuk minyak kelapa, minyak kelapa sawit dan mentega.

Jom kawal kolestrol dan tekanan darah tinggi dengan SET JANTUNG SIHAT .

1. Mengurangkan risiko penyakit jantung dan strok 
2. Mengekalkan tahap kolestrol yang baik dalam badan
3. Mengekalkan tahap darah normal dalam badan 
4. Mengekalkan jantung yang sihat

SET JANTUNG SIHAT terdiri daripada Omega Guard & Garlic

★Khasiat Omega guard adalah asid lemak yang tinggi dapat memperbaiki kesihatan kardiovaskular di samping memelihara tekanan darah dan paras trigliserida yang normal, malah AHA & DHA yang terdapat dalam omega boleh mengurangkan risiko penyakit jantung koronari. 

★Garlic pula berfungsi untuk menurunkan kolestrol,LDL,trigliserid, dan kelikatan darah, mengurangkan blood clot, meningkatkan HDL, melindungi jantung dan menghalang strok serta penyakit koronari.

ARIEDA WANDA
0189090120

Sabtu, 18 Oktober 2014

TEKANAN DARAH RENDAH

AWAS TEKANAN DARAH RENDAH

NORAWAZNI YUSOF
October 19, 2014

Hipotensi atau darah rendah adalah suatu kondisi medis yang ditandai dengan tekanan darah yang lebih rendah dari pada keadaan normalnya.

TEKANAN darah rendah atau Hipotensi merupakan penyakit yang kerap dialami, namun ada segelintir masyarakat mengabaikan dan menganggap ia sebagai pening biasa atau masalah dehidrasi.
Malah ada segelintir daripada kita membiarkan tekanan darah rendah tanpa sebarang rawatan padahal penyakit ini boleh mengancam nyawa.

Tekanan darah setiap orang adalah berbeza tetapi jika seseorang yang mengalami tekanan darah rendah bacaan darah sistolik kurang  90 milimeter merkuri (mm Hg) atau tekanan darah diastolik kurang 60 mm Hg atau tekanan darah yang sentiasa berkurangan pada kedua-dua tahap berkenaan.

Apabila tekanan darah rendah berlaku, setiap organ badan tidak mendapat aliran darah mencukupi, menyebabkan gejala penyakit terbabit timbul.

Tanda tekanan darah rendah seperti pening atau pitam, pengsan, penumpuan kelam, penglihatan kabur, loya, kulit dingin, pucat dan lembap, pernafasan pendek dan cepat, keletihan dan dahaga.

Berkait masalah jantung
Tekanan darah rendah juga boleh dikaitkan dengan masalah jantung berikutan organ berkenaan tidak berupaya mengepam darah dengan baik dan akan  menyebabkan badan gagal mengedarkan darah yang membawa bekalan oksigen dan nutrien dikehendaki.
Selain itu,  masalah endokrin seperti penyakit paratiroid dan penyakit Addison yang menyebabkan kekurangan adrenal, gula dalam darah yang rendah atau hipoglisemia juga menyumbang kepada tekanan darah berkurangan. Malah, penyakit diabetes boleh mencetuskan tekanan darah rendah.

Mereka yang mengalami muntah-muntah atau cirit-birit yang teruk juga terdedah kepada risiko mendapat tekanan darah rendah berikutan mengalami dehidrasi kerana ketika dehidrasi, tubuh akan kehilangan banyak air.
Lebih buruk, komplikasi dehidrasi seperti hypovolemic berlaku apabila isipadu darah yang rendah menyebabkan penurunan mendadak tekanan darah dan pengurangan oksigen untuk sampai ke organ penting.
Jika tidak dirawat, hypovolemic teruk boleh menyebabkan kematian.

Hipotensi wanita hamil
Wanita hamil juga mudah mendapat serangan tekanan darah rendah dan menyebabkan rasa pening serta loya dalam tempoh berkenaan akibat  hormon kehamilan.
Jika wanita hamil mendapat serangan penyakit ini akan wujudnya masalah seperti anemia ( kekurangan haemoglobin atau darah merah) yang boleh menyebabkan  kelahiran  pramatang.
Tekanan darah masa mengandung biasanya akan turun semasa trimester kedua (13-26 minggu) dan naik balik ke tahap biasa semasa trimester yang ketiga ( 27-40 minggu).Jadi bacaan tekanan darah 90/53 atau 90/40 adalah biasa kalau puan adalah dalam linkungan trimester kedua.
Tanda seperti pitam bila bangun dari kedudukan baring adalah biasa sebab tekanan darah rendah. Namun demikian pertukaran posisi kena dibuat secara perlahan.Jikalau seseorang itu  bukan dalam trimester kedua tekanan darah seperti tersebut perlu diperiksa dengan lebih teliti lagi kerana kemungkinan akan berlaku penurunan berat badan seperti 3.7kg dalam 7 minggu agar merisaukan.

Tanda-tanda kesejukan, pitam adalah satu tanda yang tidak meyakinkan dan pemeriksaan jantung dan haemoglobin perlu dibuat. Pembesaran bayi pun perlu diperiksa secara ultrasound.

Boleh berlaku kepada sesiapa sahaja
Tekanan darah rendah boleh berlaku terhadap sesiapa sahaja namun risikonya lebih tinggi kepada mereka yang lebih berusia.
Diagnosis tekanan darah rendah dilakukan bagi memastikan punca penyakit terbabit, sekali gus membantu mendapatkan rawatan sesuai, di samping mengenal pasti masalah berkaitan jantung, otak atau sistem saraf yang menyumbang kepada penurunan tekanan darah.

Biasanya, pesakit dikehendaki menjalani ujian tekanan darah yang membaca tekanan sistolik dan diastolik.
Doktor juga akan menawarkan ujian elektrokardiogram (ECG) untuk mengesan kekurangan bekalan darah ke jantung atau aliran darah tersekat pada arteri koronari iaitu saluran darah yang membawa darah ke jantung.

Pemeriksaan tahap tekanan darah juga boleh dilakukan menerusi ujian darah bagi mengesan sama ada seseorang mengalami lebihan atau kekurangan gula dalam darah dan kekurangan sel darah merah yang menyebabkan tekanan darah menurun.

Pakar Perubatan Obstetrik & Ginekologi KPJ Klang,
Dr Lillian George

Sumber : SINAR HARIAN

PERLU KE AMBIL SUPLEMEN ???

KENAPA KITA PERLUKAN SUPLEMEN / VITAMIN

Kita bukan lagi hidup di zaman dahulu kala di mana airnya bersih, sungainya bersih, tanamannya fresh..
Kita sekarang duduk di zaman teknologi, zaman yang mengejar kemajuan, zaman yang semuanya nak cepat, zaman yang semua orang sibuk.

Penyakit pun dah macam2.. Jangkitan kuman disana sini... penyakit2 baru dah banyak muncul...

Sebab tubuh kita perlu suplemen / vitamin :

★Melengkapkan dos vitamin yang kita perlukan setiap hari. 
Vitamin yang diperolehi dari makanan sahaja tidak mencukupi untuk memberi pencegahan kepada penyakit & anti penuaan.

★Cara penanaman sayur & buah-buahan yang tidak sihat
Kebanyakkan tanaman disembur racun seranggaTanah kebun yang tidak subur & kurang bahan galian (tidak organik)Terdapat juga buan & sayur yang di 'wax' untuk memastikan ianya tahan lama

★Zat makanan mudah hilang
Zat dalam makanan mudah hilang semasa proses pengangkutan, penyimpanan & penyediaan.
Sayur dimasak terlalu lama akan merosakkan vitamin di dalamnya.
Makanan yang disimpan lama mengalami penyusutan vitamin

★Pengambilan ubat-ubatan
Pengambilan ubat-ubatan seperti pil tahan sakit, laksatif, antibiotik, boleh mengurangkan keupayaan badan menyerap vitamin dari makanan.

★Makanan seharian tidak seimbang
Sukar untuk mengambil makanan seimbang seperti yang disyorkan piramid makanan.
Amalan diet yang tinggi lemak, gula, garam, kafien menyebabkan simpanan zat dalam badan berkurangan.

★Gaya hidup tidak sihat
Pengambilan makanan rapu / makanan segera membekalkan badan dengan bahan yang tidak perlu seperti MSG, garam & gula berlebihan.
Tabiat tidak menjaga pemakanan seperti tidak makan pada waktu makan, terlalu banyak makan, boleh memudaratkan kesihatan.Amalan merokok & mengambil alkohol juga menyebabkan nutrisi dalam badan berkurangan.

★Pencemaran udara
Pencemaran udara menjadikan tubuh kita banyak menghasilkan radikal bebas yang memudaratkan kesihatan.

Langkah pencegahan
Pengambilan suplemen / vitamin dapat membantu kita mencegah dari terkena penyakit2 merbahaya seperti penyakit jantung, darah tinggi, arthritis, kencing manis dan sebagainya.

Suplemen bukan pengganti makanan tetapi sebagai makanan tambahan yang melengkapkan nutrisi dalam badan. 

Makanan + suplemen = nutrisi lengkap