Memaparkan catatan dengan label detox. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label detox. Papar semua catatan

Rabu, 14 Januari 2015

KENAPA KITA PERLU DETOX???

Kenapa Kita Perlu Detox?

Assalam buat semua..
Selamat tahun baru 2015..
Hari nie saya nak berkongsi tentang detox.
Sebab akhir-akhir nie ramai yang tanya saya tentang detox, perlu ker kita detox badan kita, dan macam-macam soalan lagi.

Apakah Detox?
Detoksifikasi adalah proses penyingkiran himpunan toksin yang terkumpul di dalam tubuh badan terutamanya di hati, kolon, ginjal, darah dan sistem limfotik. 
Tubuh manusia secara fitrahnya mempunyai kekuatan dalaman yang mampu mengawal kesihatan diri, tetapi mekanisme ini tidak akan berfungsi apabila tubuh anda telah dilonggokkan dengan terlalu banyak himpunan toksin.
Keadaan menjadi semakin serius apabila toksin ini tidak dapat dikeluarkan dengan sempurna dan badan juga tidak mendapat zat nutrien yang secukupnya (40 jenis nutrien).

Masalah berat badan berlebihan berpunca daripada perut. Untuk kekal langsing (dan sihat), sistem gastrointertinal mesti berfungsi dengan sempurna. Usus anda sebagai saluran paip longkang dalam sinki dapur anda.Gris dan lain-lain bahan buangan sentiasa mengalir keluar melaluinya. Jika ianya tidak selalu dibersihkan, bahagian dalam paip itu akan berlekat dan menjadi tersumbat.
Bila ini berlaku dalam usus, metabolisme anda akan menjadi perlahan dan tubuh akan kehilangan keupayaan untuk menyerap nutrien daripada bahan makanan yang anda makan (jadi ianya akan menghantar isyarat untuk mendapatkan lebih banyak makanan).
Anda akan rasa letih dan tidak bermaya dan tubuh anda akan menyimpan air dan anda menghadapi masalah berat badan.

Pembersihan saluran gastrointestinal mempengaruhi kesihatan dan membawa kesan terhadap perubahan berat badan. Jika tubuh anda sihat, sistem anda hanya perlukan masa antara 24 hingga 48 jam untuk mencerna makanan, menyerap nutrien dan mengeluarkan bahan buangan.
Pada masa ini kebanyakan orang mengambil 2, 3 atau 5 kali lebih lama daripada ini. Ini bererti bahan buangan berada dalam usus bagi jangkamasa yang amat lama.
Bahan buangan menjadi "berlekat" atau "termampat", ini membawa kepada masalah membuang air besar dan masalah berat badan.

Usus manusia berfungsi untuk menyerap nutrition termasuklah trace mineral, vitamin air adan sebagainya.Setiap hari kita makan dan makanan melalui usus besar kita. Dan akhirnya lebihan makanan yang diserap tersebut akan menjadi bahan buangan.
Malangnya, tidak semua bahan buangan tersebut dapat dibuang. Ia melekat di dinding usus tersebut.
Akibatnya sel yang menyerap nutrition tersebut tersumbat dan menyebabkan organ badan tidak mendapat bekalan nutrition tersebut.

Sebab itu banyak penyakit berpunca dari kolon yang dipenuhi toksin di dalam usus. Contohnya, jika sering sakit kepala, bermaksud sel di kepala gagal mendapat nutrition, puncanya tiada nutrition yang diserap oleh usus yang menyerap nutrition kerana tersumbat.

Apakah Manfaat Detox?
■Mencegah penyakit
■Mengistirehatkan organ tubuh
■Membersihkan bahagian dalam tubuh
■Membersihkan jerawat
■Melambatkan proses penuaan
■Meningkatkat kesuburan

Jom detox dengan Shaklee ...
Lebih selamat dan semulajadi..

0189090120

Sabtu, 25 Oktober 2014

KESAN MUDARAT TOKSIN KEPADA TUBUH

SET SUPER DETOX SHAKLEE

Adakah anda tahu apa itu toksin?

Toksin dalam tubuh manusia terjadi akibat pencemaran. Antara pencemarannya adalah Pencemaran Makanan. Pencemaran makanan ini berpunca dari penggunaan bahan kimia secara berleluasa seperti racun perosak, serangga dan baja kimia untuk aktiviti pertanian.

Kesihatan tubuh anda akan menjadi lebih parah, apabila anda mengambil makanan yang mengandungi bahan pengawet, perasa tiruan, bahan tambahan dan sebagainya. Ia merupakan punca utama terjadinya toksin di dalam badan.

Pelbagai masalah kesihatan akan timbul akibat daripada pengumpulan toksin di dalam badan. Antaranya, tumor, kanser, migrain dan sebagainya. Di dapati, kebanyakkan kes penyakit yang dirujuk, hampir 90% adalah berpunca daripada toksin badan.

Di dalam sistem fisiologi tubuh, apabila seseorang itu sakit, badan sedang berusaha untuk menyingkirkan sisa-sisa buangan, mukus, namun, toksin telah menghalang fungsi tersebut. Toksin yang berada di dalam saluran darah akan dibawa ke pelbagai organ dan boleh merosakkannya.

Kesan Mudarat Toksin Kepada Tubuh
Hakikatnya, pengambilan makanan yang terlalu berasid seperti daging, makanan diperhalus seperti nasi, roti, gula, manisan, makanan goreng berminyak, protein berlebihan dan lain-lain adalah faktor yang menyumbang kepada masalah kesihatan.
Di samping itu, makanan yang mengandungi bahan kimia seperti pengawet, pewarna dan perasa tiruan, antibiotik, racun perosak dan lain-lain turut jadi penyumbang.
Jika badan terlalu berasid serta berlakunya proses penapaian di dalam usus, ia akan meningkatkan kandungan toksin di dalam badan anda. Toksin tersebut akan di serap dan melekat di dalam darah yang menyebabkan terjadinya pelbagai masalah kesihatan atau penyakit.

Antara penyakit yang kesan dari tindakbalas toksin di dalam darah, adalah seperti

1. Penyakit Kulit
Penyakit kulit terjadi apabila toksin dalam darah cuba keluar melalui kulit. Pengumpulan toksin di dalam kulit akan mengakibatkan penyakit seperti jerawat dan lain-lain

2. Tumor
Tumor berpunca daripada bahan buangan bertoksin yang berkumpul di dalam tisu badan.

3. Demam
Demam adalah proses semulajadi badan untuk membersihkan diri sendiri. Apabila sel darah putih menentang toksin di dalam badan, kadar metabolisme menjadi semakin cepat. Akibatnya, badan menjadi demam.

4. Penyakit Jantung dan Tekanan Darah Tinggi
Toksin yang melekat di dalam darah, akan menjejaskan kelancaran peredaran darah. Ini menyebabkan jantung terpaksa bekerja dengan lebih kuat, bagi melancarkan peredaran darah yang melalui saluran yang tersumbat akibat toksin. Ini menyebabkan berlakunya pembesaran jantung, sementara tekanan ke atas saluran darah yang tersumbat mengakibatkan tekanan darah tinggi.
Di samping itu, buah pinggang dan sistem endoktrin berusaha untuk membersihkan toksin, dengan merembes pelbagai jenis kimia yang menyebabkan terjadinya tekanan darah tinggi. Oleh sebab itu, langkah awal bagi menyingkirkan toksin dari dalam badan yang boleh menyebabkan masalah kesihatan dan timbulnya penyakit yang bahaya, adalah dengan mengambil ubat sahaja.

Jika kita lihat, fenomena di pasaran sekarang, pelbagai jenis detox yang boleh di pilih.
Ada yang lebih suka untuk mengambil detox yang jenis diguna di luaran. Malahan, ada yang mengambil supplemen, bagi menyingkirkan toksin dari dari dalam badan.

Set Shaklee Super Detox turut menawarkan supplemen untuk membantu mengeluarkan toksin dan bahan buangan daripada badan untuk mengembalikan tubuh yang sihat.

Antara supplemen untuk Set Shaklee Super Detox adalah:

1. Alfalfa Complex
2. DTX Complex
3. Garlic
4. Herblax

Kebaikan yang terdapat di dalam Set Shaklee Super Detox adalah seperti :

■Membantu menyingkirkan toksin berbahaya daripada badan
■Membantu meningkatkan kesihatan hati
■Meningkatkan seri wajah
■Meningkatkan sistem imun terhadap jangkitan tubuh

Dapatkan Set Shaklee Super Detox hari ini..

0189090120
Poslaju seluruh Malaysia