Ahad, 30 November 2014

SET KOMBO KULIT CANTIK

Untuk kulit cantik, sihat dan awet muda kita harus berikan sel kulit kita makanan sel iaitu vitamin dan mineral secukupnya untuk sel-sel kulit menjalankan fungsinya dengan sempurna. 
Jadi apakah vitamin untuk kulit cantik, sihat dan awet muda?

1. Vitamin E

Vitamin untuk kulit cantik, sihat dan awet muda yang paling utama semestinya Vitamin E. Kenapa? Sebab Vitamin E adalah tinggi antioksidan untukmelawan radikal bebas yang menyebabkan sel tua lebih cepat. Bagi mereka yang mengamalkan diet tinggi Vitamin E, kulit mereka akan tampak awet muda berbanding usia sebenar. Bonusnya, Vitamin E juga membakar kolesterol dan lemakmalah membantu mencegah sel kanser. 

2. Vitamin C

Vitamin untuk kulit cantik, sihat dan awet muda yang kedua mestilah Vitamin C. Sama seperti Vitamin E, Vitamin C juga merupakan antioksidan yang hebat dalam melawan penuaan sel kulit. Paling utama Vitamin C menggalakkan pembentukan kolagen iaitu sejenis protein yang membuatkan kulit tegang dan merawat bintik hitam, jeragat dan tona kulit tidak sekata. 

0189090120

Jumaat, 28 November 2014

Solat Sunat Istikharah


Cara mengerjakan Solat Sunat Istikharah



Umat Islam disuruh mengerjakan solat sunat Istikharah bagi menyelesaikan jalan buntu atau untuk membuat suatu pilihan atau keputusan dalam segala urusan kehidupan.

Terdapat beberapa hadis Rasulullah SAW yang menggalakkan solat Istikharah.
Di antaranya;Rasulullah SAW bersabda:  “Di antara kebahagiaan anak Adam ialah Solat Istikharah (minta pilih) daripada Allah Taala dalam segala urusannya dan di antaranya kecelakaan anak Adam ialah meninggalkan solat Istikharah daripada Allah pada segala urusannya.



”la boleh dikerjakan dua rakaat atau sehingga dua belas rakaat (enam salam). Waktunya siang atau malam. Sebaik-baiknya dikerjakan pada waktu sebelum tidur malam. Insya-Allah Tuhan akan menggerakkan hati anda dan memberi petunjuk untuk membuat sesuatu keputusan atau penentuan yang betul.

Cara Solat Istikharah

a.  Lafaz niatnya:


Daku solat sunat Istikharah dua rakaat kerana Allah Taala.

b.  Antara surah yang dianjurkan ulama ialah:
Rakaat pertama, bacalah Al-Kafirun (1 kali).
Rakaat ke-dua, dibacakan Al-Ikhlas (1 kali).
Atau;Rakaat pertama, bacalah ayat Al-Kursi (7 kali).Rakaat ke-dua, dibacakan Al-Ikhlas (11 kali).

c.  Dalam sujud akhir, baca tasbih berikut sebanyak 40 kali:


Maha Suci Dikau yang tiada ilmu bagi kami kecuali apa yang Dikau ajarkan (tunjukkan) kepada kami. Sesungguhnya Dikau Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana!

d.  Sebelum bangkit dari sujud, mohonlah kepada Allah SWT. dipertunjukkan jalan yang betul dalam membuat keputusan dan pilihan.

e.  Selesai memberi salam, bacalah selawat untuk dihadiahkan kepada Rasulullah SAW., para sahabat Baginda, para wali Allah dan seluruh umat Islam.

f.   Membaca doa solat sunat Istikharah:



g.  Ulangilah doa tersebut sebanyak 3 kali.
Dalam berdoa sebaik-baiknya sebutkan permintaan yang ingin diberikan petunjuk oleh Allah SWT. misalnya: “Ya Allah! Jika Dikau mengetahui urusan ini..….. (sebutkan perkaranya).”

h.  Serahkanlah sepenuh keyakinan kepada Allah SWT. sambil bermohon kepada-Nya agar diberikan petunjuk, sama ada didatangkan melalui mimpi, gerak hati atau dengan dipermudahkan urusan yang mana baik. Tidurlah dalam keadaan berwuduk dan berpakaian bersih.

i.  Lakukan solat Istikharah 3 atau 7 hari berturut-turut, mengikut kepentingannya. Insya-Allah akan diberi kecenderungan atau digerakkan hati untuk membuat sesuatu keputusan atau pilihan yang betul.

Selasa, 25 November 2014

SUPLEMEN

Dulu lain..
Sekarang lain...

Anda mampu MENGUBAHnya..

Jika anda sedang mencari suplemen untuk :

■SET JERAWAT/ JERAGAT
■SET IBU MENGANDUNG
■SET BERPANTANG
■SET MENYUSU
■SET KESUBURAN
■SET KAWAL BERAT BADAN
■SET ANAK SIHAT & PINTAR
■SET GOUT
■SET MIGRAIN
■SET ANTI PENUAAN
■SET DIABETES
■SET SENDI
Dan lain-lain lagi..

Hubungi saya 0189090120 untuk KONSULTASI PERCUMA

Saya Arieda Wanda pengedar SHAKLEE bagi kawasan KUALA TERENGGANU, KUALA NERUS dan GONG BADAK.

Menyediakan perkhidmatan COD bagi kawasan berhampiran dan POSLAJU seluruh Malaysia.

#READYSTOCK

Isnin, 24 November 2014

KEBAIKAN VITAMIN DAN MINERAL

KEBAIKAN VITAMIN DAN MINERAL

Tubuh badan kita apabila mula meningkat dewasa memerlukan lebih perhatian dari segi kesihatan dalaman dan luaran.
Penjagaannya perlu di ambil berat kerana kekuatan kesihatan tubuh badan tidak lagi sama ketika usia kanak-kanak dan remaja. 

Pengambilan vitamin yang cukup dalam badan dapat membantu dalam menjaga kesihatan tubuh badan sama ada fizikal mahupun dalaman. Jom ketahui jenis dan kebaikan vitamin serta mineral buat tubuh badan yang sihat dan lebih kuat seperti zaman muda. 

■Vitamin A
Ia kaya dengan antioksidan yang menguatkan daya tahan imun sistem tubuh badan, memperbaiki masalah penglihatan, mengurangkan risiko penyakit jantung dan melambatkan penuaan kulit. Namun ia boleh menjadi toksik dalam badan jika pengambilan secara berlebihan. Jadi pastikan anda mengambil dengan amaun yang disarankan. 

■Vitamin B
Vitamin B boleh mengimbangkan metabolisme, menguatkan otot dan minda yang lebih tajam serta lebih peka. Penting untuk wanita muda mengambil vitamin B9 (asid folik) yang memastikan kesihatan sel darah merah dan menghindarkan diri dari penyakit kanser dan masalah kecacatan pada kehamilan. 

■Vitamin C
Ia dikenali sebagai satu vitamin yang kuat dalam memerangi demam dan selesema. Kandungan antioksidan yang banyak dalam vitamin C meningkatkan daya tahan imun sistem tubuh dan mengelakkan dari penyakit jantung, masalah pranatal, dan penyakit mata. Bahkan ia membantu dalam mempercepatkan luka sembuh dengan lebih cepat dan menghilangkan masalah kedutan pada wajah. 

■Vitamin D
Menurut doktor, Vitamin D boleh mengurangkan risiko penyakit kanser sebanyak 50% dan ia boleh mengelakkan dari penyakit kanser ovari dan diabetes. Bahkan, ia juga membantu dalam memberikan penyerapan kalsium dengan lebih cepat dan memainkan peranan penting dalam fungsi otot yang baik. 

■Kalsium
Kalsium adalah the best defense buat tulang dan wanita khususnya perlu mengambil kalsium kerana wanita mula hilang ketumpatan tulang pada lingkungan umur 20-an. Mineral ini juga membantu dalam memberikan gigi yang kuat dan menyuburkan sistem saraf. 

■Zat Besi
Jika terlalu kurang mineral ini dalam badan ia akan mengakibatkan anemia iaitu kekurangan sel darah merah dan melemahkan daya tahan sistem imun. Zat besi juga penting untuk wanita yang sering mengalami haid yang terlampau banyak.

★Kredit : EH!

Isnin, 17 November 2014

RESEPI APAM BERAS


Apam Beras Tradisional

Bahan-bahan :
2 cawan nasi sejuk
2 cawan tepung gandum
2 cawan tepung beras
1 cawan brown sugar
3/4 cawan gula pasir
2 1/2 cawan air
2 sudu kecil yis kering - mauripan
pewarna makanan
Kelapa parut putih dikukus - gaul dengan sedikit garam 

Cara-cara :
1. Blend nasi dan air sehingga hancur.
2.Setelah hancur, campur brown sugar dan gula ke dalamnya dan blend sehingga sebati.
3. Dalam bekas lain, satukan tepung gandum, tepung beras dan yis. Kacau rata.
4. Masukkan bahan cecair tadi ke dalam bekas tepung. Kacau sehingga sebati.
5. Perap selama 3 jam.
6. Didihkan air dalam pengukus dan balut penutupnya dengan kain bersih.
7. Sapukan sedikit minyak pada acuan kecil.
8. Ambil sedikit adunan ke dalam mangkuk kecil. Masukkan beberapa titik pewarna yang digemari dan kacau rata-rata.
9. Masukkan adunan dalam acuan kecil dan kukus selama 15 minit dengan api besar.
10. Hidang bersama kelapa yang telah di gaul dengan sedikit garam.

Selamat mencuba..

Khamis, 13 November 2014

Saya & Suplemen

Tahukah anda...

Ini adalah makanan saya setiap hari sejak setahun yang lalu..
Bermula dengan ESP.. OMEGA GUARD.. ALFALFA..VITAMIN E..
Ia semakin bertambah dari bulan ke bulan..

Kenapa saya begitu SETIA dengan SHAKLEE..
Kerana saya yakin ia SELAMAT ..

Anda bagaimana..
Saya sudah shaklee..sudahkah anda??

0189090120  |  Arieda Wanda

Rabu, 5 November 2014

MULTIVITAMIN KANAK-KANAK

MERATAH SAYUR

Bertuahnya jika anak anda suka meratah sayur...
Lain plak citernya jika macam iklan kat tv tu..
Nampak sayur jer terus pengsan..hahaha...

Mealshakes dari shaklee boleh membantu mengatasi masalah ini...
Multivitamin yang lengkap untuk kanak-kanak..
Agar dapat membesar dengan sihat dan bijak..

Nak tahu lebih lanjut..
Hubungi saya
0189090120  |  Arieda Wanda

Selasa, 4 November 2014

OMEGA GUARD BAGUS UNTUK KANAK-KANAK


Omega Guard merupakan salah satu suplemen yang disyorkan kepada kanak-kanak.
Anda boleh mula memberi anak-anak Omega Guard seawal umur mereka 1 tahun lagi dengan kuantiti minimum iaitu sebiji sehari (selang sehari pun boleh). .

Akan tetapi perlu diingatkan, suplemen ini hanyalah makanan tambahan bagi melengkapkan keperluan nutrisi anak-anak. Selain membekalkan mereka dengan suplemen, ibu bapa perlulah sentiasa menjaga pemakanan anak-anak. Berikan mereka dengan makan yang berkhasiat dan sihat.

KENAPA OMEGA GUARD BAIK UNTUK KANAK-KANAK?

□Penting bagi perkembangan dan fungsi otak
□Meningkatkan sistem imunisasi
□Menapis segala virus dan bakteria dari badan
□Kanak-kanak yang mengambil Omega-3 sejak kecil dapat mengurangkan jangkitan pernafasan
□Disyorkan juga untuk kanak-kanak hiperaktif dan autisme 

CARA MEMBERI KANAK-KANAK MAKAN OMEGA GUARD
 
*Omega Guard adalah dalam bentuk softgel yang mana akan cair apabila masuk ke dalam mulut.
InsyaAllah tidak akan timbul masalah tercekik.

Bagi kanak-kanak yang sudah pandai mengunyah, berikan mereka sebiji Omega Guard dan kunyah seperti menguyah chewing gum (pengawasan ibu bapa masih diperlukan bagi keselamatan anak-anak).
Bagi kanak-kanak yang belum pandai mengunyah, atau anda masih belum yakin dengan dengan kemampuan mengunyah mereka (yg baru belajar mengunyah makanan pejal), boleh memberikan mereka Omega Guard dengan memotong atau memecahkan ke dalam sudu dan suap terus kepada anak-anak. Jika mereka menolak, anda boleh cuba mencampurkan cairan Omega Guard ke dalam makanan atau minuman mereka.  

0189090120
Arieda Wanda

Isnin, 3 November 2014

Khasiat 10 Surah Sebagai Amalan Harian

Khasiat 10 Surah Sebagai Amalan Harian

1》SURAH AL-FATIHAH
Amalkan membaca Surah Al-Fatihah semasa hendak tidur diikuti dengan membaca Surah Al-Ikhlas 3 kali, Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas. Insya’Allah akan aman tenteram dan dijauhkan daripada gangguan syaitan. Dianjurkan juga membaca surah ini sebanyak 44 kali untuk mengubati sakit mata, perut, gigi dan lain-lainnya dengan izin Allah s.w.t. Untuk mencegah kemarahan Allah, bacalah surah ini sebanyak 17 kali sehari iaitu dengan mengerjakan solat 5 waktu.

2》SURAH YAASIN
Telah bersabda Rasulullah s.a.w., sesungguhnya bagi setiap sesuatu itu ada hati, dan hati Al-Qur’an ialah Surah Yaasin iaitu jantung Al-Qur’an. Sesiapa yang membaca Surah Yaasin, nescaya dituliskan oleh Allah pahala menyamai sepuluh kali membaca Al-Qur’an seluruhnya. (Hadis riwayat At-Tarmizi dari Anas r.a.) Rasulullah s.a.w. juga bersabda: Surah Yaasin dinamakan di dalam kitab Taurat dengan sebutan “At-Mu’ammah” (yang umum), yang mengumumkan pembacanya dengan kebaikan dunia dan akhirat, menanggung segala bala baik dari kesusahan di dunia mahu pun akhirat. Pembaca juga akan dilindungi dari setiap keburukan dan kejahatan serta segala hajat dan kemahuan akan Allah kabulkan. Jika dibaca dalam satu malam semata-mata mengharapkan keredaan Allah, nescaya Allah akan mengampunkan dosanya. (Hadis riwayat Malik, Ibnu-Sunni dan Ibnu Hibban). Surah Yaasin ni juga jika diamalkan, akan terselamatlah kita dari kehausan di hari KIAMAT.

3》SURAH AD-DHUKHAN
Dibaca sekali pada malam Jumaat agar kita terselamat dari huru hara di Padang Mahsyar.

4》SURAH AL-WAQI’AH
Menurut beberapa hadis Rasulullah s.a.w., mereka yang mengamalkan membaca Surah Al-Waqi’ah pada tiap-tiap malam, insya’Allah tidak akan merasai kepapaan. Mereka yang membacanya sebagai wirid, insya’Allah akan beroleh kesenangan selama-lamanya. Mereka yang membacanya sebanyak 14 kali setiap lepas solat Asar, insya’Allah akan dikurniakan dengan rezeki yang banyak. Selepas solat Isyak, ambillah segelas air lalu bacalah Surah Al-Fatihah sekali, Ayat Qursi sekali dan Surah Al-Waqi’ah ayat 35-38 sebanyak 7 kali. Tiup dalam air dan minum. Dalam hati, niat untuk menjaga kecantikan diri dan kebahagiaan rumahtangga kita. Makna Surah Al-Waqi’ah Ayat 35-38 ialah : “Sesungguhnya, Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa. Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh), yang tetap mencintai jodohnya serta yang sebaya dengan umurnya.

5》SURAH AL-KAUTSAR
Sesiapa yang mengamalkan membaca surah ini sebanyak 1,000 kali, maka Allah s.w.t. akan menghasilkan hajatnya termasuk rezeki dan kenaikan pangkat. Sesiapa yang membaca 1,000 kali juga selepas solat Isyak hingga dia tertidur, insya’Allah dia dapat melihat Rasulullah s.a.w. dalam tidurnya.

6》SURAH AL-KAFIRUN
Sesiapa yang membaca Surah Al-Kaafiruun, maka bandingannya seperti membaca seperempat Al-Qur’an, disamping terlepas dari syirik, terjauh dari godaan syaitan dan terlepas dari peristiwa yang mengejutkan (Riwayat At-Tarmizi). Sebelum tidur, bacalah surah ini agar kita mati dalam iman serta membersihkan kotoran dalam diri kita.

7》SURAH AL-MULK
Sebuah lagi Surah dari Al-Qur’an iaitu Surah Al-Mulk mempunyai fadhilat dan faedah yang amat besar bagi sesiapa yang mengamalkan dengan membacanya serta memahami isi kandungan surah ini. Menurut beberapa hadis Rasulullah s.a.w., mereka yang mengamalkan membaca akan surah ini, akan mendapat syafaat dan keampunan dosa-dosanya. Mereka yang membacanya pada setiap malam sebelum tidur, insya’Allah, akan terselamat dari azab kubur.

8》SURAH AL-IKHLAS
Rasulullah s.a.w. pernah bersabda kepada isteri kesayangan baginda, Siti Aisyah, antara mafhumnya: “Wahai Aisyah isteri ku, sebelum kamu tidur, khatamlah dulu Al-Qur’an.” Siti Aisyah lalu berkata, “Wahai suami ku, saya tidak mampu khatam Al-Qur’an sebanyak 30 juzuk itu.” Apabila mendengar kata-kata Siti Aisyah tersebut, Rasulullah s.a.w. sambil tersenyum lalu menjawab, “Barangsiapa yang membaca 3 kali Surah Al-Ikhlas sebelum tidur, seolah-olah ia telah khatam Al-Qur’an keseluruhannya”. Dari Rasulullah s.a.w.. pernah bersabda kepada Saidina Ali r.a., “Sesiapa hendak pergi musafir, kemudian ketika dia hendak meninggalkan rumahnya, ia membaca surah Al-Ikhlas 11 kali, maka Allah memelihara rumahnya sampai ia kembali. Ibnu Said Al-Khanafi menerangkan: “Surah ini dinamakan Surah Al-Ikhlas, ertinya bersih atau lepas. Maka barang siapa yang membacanya dan mengamalkannya dengan hati yang ikhlas, maka ia akan dilepaskan kesusahan duniawi, dimudahkan di dalam gelombang sakaratulmaut, dihindarkan dari kegelapan kubur dan kengerian hari kiamat.”

9》SURAH AL-FALAQ
Siti Aisyah menerangkan: “Bahawa Rasulullah s.a.w. pada setiap malam apabila hendak tidur, Baginda membaca Surah Al-Ikhlas, Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas lalu ditiupkan pada kedua telapak tangan, kemudian disapukan keseluruh tubuh dan kepala. Barang siapa terkena penyakit kerana perbuatan syaitan atau manusia, hendaklah membaca Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas sebanyak 41 kali selama 3 hari, 5 hari atau 7 hari berturut-turut. Barang siapa yang takut akan godaan syaitan dan manusia, takut dalam kegelapan malam atau takut dengan kejahatan manusia, bacalah Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas sebanyak 100 kali.

10》SURAH AN-NAS
Surah An-Nas adalah surah yang terakhir (114) dalam Al-Qur’an. Nama An-Nas diambil dari kata An-Nas yang berulang kali disebut dalam surah ini yang bermaksud manusia. Surah ini termasuk dalam golongan surah makkiyah. Isi surah ini adalah bagi menganjurkan manusia memohon perlindungan kepada Allah dari godaan syaitan baik yang berasal dari golongan manusia mahu pun jin. Surah An-Nas ini juga adalah penerang hati.

Agak-agak berat ke untuk kita amalkan surah-surah ni? Rasanya lebih berat lagi Allah nak bagi syurga pada kita yang jahil ni. Mudah-mudahan dengan amalan yang sedikit ni, atas belas kasihan Allah Yang Maha Pengasih mengampunkan dosa-dosa kita serta sudi membawa kita ke syurga-Nya. InsyaAllah, ameen...Wasallam.

Disalin dari:http://fathulhanaf.blogspot.com/2011/10/khasiat-10-surah-sebagai-amalan-harian.html

SET KESUBURAN BAJET SHAKLEE

Set Kesuburan Suami Isteri

Zuriat adalah pengikat kasih sayang antara suami isteri dan juga sebagai penyambung ataupun sebagai pewaris keluarga.
Namun terdapat banyak faktor yang mempengaruhi tahap kesuburan baik suami ataupun isteri.
Antara faktor yang mempengaruhi tahap kesuburan suami isteri ialah:

1. Kitar haid isteri yang tidak tetap
2. Selalu sakit sengugut
3. Tekanan daripada tempat kerja samada isteri ataupun suami
4. Suami adalah perokok tegar
5. Persekitaran kerja yang terdedah pada bahan kimia
6. Sperma yang dihasilkan tidak berkualiti
7. Masa bersama tidak berkualiti

Sebagai salah satu usaha adalah SET KESUBURAN SUAMI ISTERI daripada Shaklee.
Set ini mengandungi ZINK untuk suami dan GLA untuk isteri. Set ini adalah basis ataupun asas untuk membantu kepada punca-punca ketidaksuburan suami isteri. Mari kita tengok bagaimana set ini boleh bantu anda untuk menangani masalah kesuburan.

Zink Shaklee

Zink dirumuskan daripad glukonat semulajadi bergabung dengan nutrient semulajadi yang lain seperti kalsium dan serbuk alfalfa untuk menjadikan zink mudah diserap oleh tubuh badan kita.

Bagaimana Zink membantu Kesuburan Lelaki

 1. Zink meningkatkan dan memperbaiki seks lelaki iaitu dengan meninggikan  kualiti dan bilangan sperma  
2. Pengambilan zink yang secukupnya meningkatkan keupayaan seks dan lebih bertenaga.  
3. Membaiki masalah prostat dan penyembuhan benign prostatomegaly. Menurut kajian dilakukan, pengambilan zink berterusan mampu mengurangkan pembengkakan prostat hingga dalam kadar 70%.  
4. Membantu mempercepatkan pemulihan luka dalaman dan luaran seperti luka pembedahan.   

Kekurangan Zink kepada Lelaki menyebabkan:

1. Kematangan organ seks yang lambat  
2. Impoten  
3. Perkembangan yang kecil untuk testikel  
4. Bilangan sperma yang rendah dan kurang berkualiti  
5. Fungsi untuk seksual merosot

GLA

GLA adalah Gamma Linolenic Acid yang mengandungi asid lemak Omega-6 tak tepu. GLA Shaklee digabungkan dengan minyak sunflower dan Vitamin E untuk meningkatkan keberkesanan dan kestabilannya.

Bagaimana GLA membantu Kesuburan Wanita.

GLA bertindak untuk membantu wanita menghasilkan lendir servik yang berkualiti untuk subur yang berwarna keputihan seperti putih telur .
Kadang-kadang ia seperti datang keputihan.
Setiap sebulan dalam satu kitar period cecair lendir ini akan terhasil untuk melambangkan kesuburan namun tidak semua orang akan menghasilkan lendir “subur” itu.

Disinilah peranan GLA untuk memastikan kesuburan iaitu apabila sperma berenang melalui uterus hingga ke tiub fallapio untuk mendapatkan telur ovum untuk disenyawakan. GLA ini untuk membantu sperma hidup dalam tiub fallapio untuk tempoh hingga ke 5 hari. 

Kebaikan GLA

1. Membantu mengurangkan sengugut   
2. Membantu mengawal paras hormon wanita   
3. Membantu kitar haid kembali normal.   
4. Membantu mengurangkan keradangan seperti sengal-sengal.  

Bagi anda yang masih mencari alternative untuk mendapatkan zuriat, boleh cuba Set Kesuburan Suami Isteri ini.

0189090120

Sabtu, 1 November 2014

RAHSIA KULIT CANTIK

Bagaimana caranya untuk mendapatkan kulit yang cantik berseri dan bebas parut. 

Apa kata cuba amalkan Set Skin Care.
Buat yang masih baru, apa yang terkandung dalam Set Skin Care ni?

♥B-complex– mengelakkan kulit jadi kering, mengawal jerawat, menaikkan seri muka dan muka tampak ‘glowing’ aje!

♥Vitamin C– merawat masalah pigmentasi (tona wajah tidak sekata), meningkatkan pembentukan kolagen, merawat dan mengatasi masalah kedutan serta mencerahkan kulit

♥Vitamin E – bersifat anti-oksidan sebagai agen anti penuaan, membantu menghilangkan parut dan mencerahkan kulit. Bonusnya buat para isteri, Vitamin E membantu mengatasi masalah ‘dingin’ bersama suami.  

Tidak seperti produk-produk kecantikan di pasaran yang rata-ratanya menggunakan bahan kimia yang kadangkala merbahaya untuk kulit, kelebihan Set Skin Care adalah ia merawat dan mengembalikan kecantikan anda dari dalam. Ingat diri kita adalah apa yang kita makan.

Jadi ketiga-tiga vitamin di atas adalah vitamin WAJIB yang harus anda ambil jika mahukan kulit yang cantik, cerah dan berseri serta bebas dari jerawat dan parut.

Jika anda ada budget lebih dan mempunyai masalah kulit.. anda boleh ADD ON beberapa produk berikut:

Masalah jerawat yang teruk, disarankan ambil :

★ Alfalfa (untuk tujuan detoks atau buang toksin punca jerawat)

★ ESP untuk bantu memudarkan parut jerawat ,  ESP(membantu menghasilan sel-sel kulit yang sihat dan cantik dengan cepat)
Masalah kulit kusam dan tidak sekata, disarankan ambil ESP bagi mempercepatkan proses menggantikan sel kulit mati dengan sel kulit yang baru, cantik dan sihat  

★Masalah jeragat disarankan ambil GLA (bantu kurangkan jeragat)

Sebarang pertanyaan boleh hubungi saya
0189090120