Isnin, 30 Mac 2015

10 SEBAB KENAPA ANDA PERLUKAN MULTIVITAMIN


10 Sebab Mengapa Anda Harus Mengambil 1 biji Multivitamin Sehari

1) Nutrien yang Mencukupi Ketika Menurunkan Berat Badan
Kuning telur, tak dinafikan merupakan makanan paling tinggi nutriennya, dan tak keterlaluan jika saya katakan kuning telur merupakan ‘multivitamin’ yang di ambil oleh orang zaman dahulu pada sebelah pagi. Namun sayangnya, kuning telur tinggi kandungan kolestrolnya, disamping nilai kalorinya juga tinggi memandangkan ia kaya dengan lemak.Kebanyakan mereka yang mengamalkan diet untuk turun berat badan pasti akan mengelak makanan-makanan berkalori tinggi seperti ini. Itu baru saya ambil contoh satu jenis makanan, bagaimana pula dengan yang lain? Tubuh badan kita sememangnya memerlukan nutrien yang mencukupi untuk terus berfungsi. Kadar metabolisma pastinya terjejas apabila kekurangan nutrien tertentu, sekaligus ia menjadi rendah dan akhirnya progres untuk turun berat badan akan menjadi semakin perlahan!Pernah tak anda dengar ungkapan ini, “Ko ni aku tengok lemah lesu, macam tak cukup makan..”. Salah satu faktornya adalah disebabkan kekurangan micronutrient dalam diet.

2) Faktor Sibuk
Faktor kesibukan di zaman moden menyebabkan corak pemakanan kadang-kadang tidak seimbang (dari segi kandungan micronutriennya), terutamanya jika anda sering bekerja di luar dan jarang memasak di rumah.

3) Termusnah Akibat Dimasak
Haba merupakan faktor utama yang boleh menyebabkan satu-satu vitamin itu terurai. Vitamin boleh bekerja pada suhu optimum iaitu suhu badan manusia (dalam 35 darjah celcius), lebih daripada itu, ia mungkin akan musnah. Oleh sebab itu, belum terjamin 100% vitamin-vitamin yg terkandung dalam sesebuah makanan yang dimasak dapat digunakan oleh badan kita.

4) Stress (tekanan perasaan, kerja)
Dalam dunia yang serba sibuk dan mencabar, tidak sah jika seseorang itu menghidap tekanan mental. Kehilangan magnesium dan beberapa nutrien penting adalah lumrah dek kerana tekanan perasaan, mental, dan sebagainya.

5) Kualiti Makanan yang Semakin Rendah
Kualiti sayur-sayuran (juga buah) yang ada kini mungkin tidak lagi setanding kualitinya berbanding sayur-sayuran yang ditanam (secara organik) beberapa dekad yang lalu. Sayur-sayuran zaman kini terlalu banyak ‘dimanjakan’ dengan bahan-bahan kimia, yang mungkin memusnahkan kualiti nutrien yang terkandung di dalamnya.

6) Pencemaran Alam sekitar
Kemodenan dan kepesatan teknologi mengakibatkan alam sekitar kian tercemar berbanding beberapa dekad yang lalu. Saban hari, sistem ketahanan tubuh kita kian terancam, dan micronutrient yang hanya diperolehi daripada makanan sahaja (rujuk no.3 dan no.5) mungkin tidak mencukupi. 

7) Tabiat memilih
Terdapat individu yang tidak suka makan sayur, dan hanya bergantung kepada daging dan makanan laut sahaja untuk mendapatkan sumber micronutrient, dan ini tidak mencukupi kerana kebanyakan vitamin dan mineral wujud dalam tumbuh-tumbuhan. Terdapat pula individu yang mengamalkan diet vegetarian (tak makan daging, ayam, telur) dan individu sebegini mungkin tidak mendapat cukup vitamin B12, zinc dan calcium.

8) Tahap Penyerapan Nutrien yang Rendah
Tidak semua individu mampu menyerap nutrien dengan baik, terutamanya golongan yang sudah berumur. Supplemen multivitamin membantu dalam memastikan bekalan vitamin dan mineral kepada tubuh badan sentiasa mencukupi.

9) Harga Mampu Beli
Harganya yang mampu milik tetapi kualiti memang superb!

10) Role Model Kita
Yeaay!! Semestinya Tun Mahathir juga pengguna tegar Multi vitamin Shaklee

Dapatkan multivitamin anda hari ini..

Hubungi saya untuk konsultasi percuma
018-9090120
Arieda Wanda

Ahad, 29 Mac 2015

ANJE TELAH PERGI

ANJE TELAH PERGI..

Pagi ni airmata aku berlinang...
Mood sangat sedih hari ini..
Kucing yang paling aku sayang..
Telah pergi..

Anje yang aku bela sejak baby..
Bela sejak belum kahwin..
Hero kampung dan abang kawasan..
Anje tak pernah kena kurung..
Anje bebas keluar masuk tanpa syarat..

Walaupun Anje seekor kucing kampung..
Muka anje sangat cute..
Walau jantan tapi sangat sweet..
Anje seekor kucing yang sangat cerdik..
Berbadan sasa dan baka besar..
Semua kucing area rumah ni memang hormat kat dia...
Tak pernah mencuri makanan..
Setia tunggu sehingga tuan dia bagi makan..

Suka masuk tidur dalam bilik tuan dia..
Kadang2 dari pagi hingga ke petang..
Tidur tanpa peduli keadaan sekeliling..

Kali terakhir petang semalam..
Main2 dengan anje di depan tv..
Pagi ni tengok Anje terbaring kaku..
Tanpa luka tanpa lebam tanpa kesan..

Perginya tanpa sempat aku berada di sisinya..
Disaat akhir..

Anje dalam kenangan..
Aku akan merindui Anje..

Sabtu, 14 Mac 2015

KEPENTINGAN ZINC COMPLEX

11 Kebaikan Zinc Complex Shaklee

1. Mengaktifkan 200 jenis enzim

Zinc berkebolehan menggabung DNA, RNA, dan Protein, seterusnya merangsang regenerasi sel. Ia juga mengaktifkan lebih 200 jenis enzim di dalam badan untuk memelihara metabolisme gigi dan pertumbuhan para remaja.

2. Membentuk Kolagen

Zinc membantu pembentukan kolagen dan protein untuk pertumbuhan dan perkembangan kulit, kuku dan organ.

3. Memperbaiki Diabeties

Zinc membantu pengeluaran insulin, mengekalkan fungsi insulin, seterusnya memperbaiki Diabeties.

4. Bintik Putih di Kuku

Bintik putih di kuku adalah tanda defisiensi zinc, yang boleh menyebabkan depresi, lemah daya ingatan, mudah sakit, pemulihan luka yang lambat, pembengkakan prostat, anemia, lemah penglihatan atau hilang daya penglihatan.

5. Mempertingkatkan Sistem Imun

Membantu pengeluaran kelenjar thrymus. Kelenjar thrymus mempertingkatkan sistem imun dengan pengeluran T-Cellsuntuk menentang kanser dan menghalang infeksi penyakit.

6. Mempercepatkan Pemulihan Luka

Mempercepatkan pemulihan luka dalaman dan luaran, pemulihan selepas pembedahan, memperbaiki alergi dan bintik di kulit.

7. Memperbaiki masalah Prostat

Melindungi kesihatan prostat, memperbaiki dan menyembuh benign prostatomegaly dan keadaan kerap kencing. Kajian menunjukkan pengambilan harian zinc dapat mengurangkan prostatomegaly/pembengkakan prostat dalam kadar 70%.

8. Kemampuan Seks Lelaki

Pengambilan Zinc untuk jangkamasa panjang mampu memperbaiki kemampuan seks lelaki, impoten, meninggikan kiraan sperma. Zinc secukupnya penting untuk keupayaan seks yang bertenaga.

9. Ovulasi Wanita

Wanita memerlukan Zinc untuk ovulasi. Zinc juga membantu pengucupan uterus dan mengembalikan daya ketahanannya.

10. Memperbaiki Radang Kulit

Kajian menunjukkan pengambilan Zinc sebanyak 4-8 tablet akan memperbaiki radang kulit seperti akne dan jerawat.

11. Mengekalkan Deria Bau

Untuk mengekalkan deria bau yang sihat dan sensetif (rasa dan bau).

Ahad, 1 Mac 2015

VITA-LEA MULTIVITAMIN KANAK-KANAK

Kelebihan Supplement Vita-Lea for Children Chewable

>> Membekalkan 19 vitamin dan mineral yang sangat diperlukan untuk tumbesaran
>> Sumber kalsium untuk tulang, otak dan gigi
>> Meningkatkan tahap daya tahan melawan penyakit
>> Sumber lengkap 7 jenis vitamin B untuk fungsi tubuh yang betul
>> Menyediakan 150% nilai harian Vitamin D untuk menyerap kalsium dengan berkesan
>> Mengandungi 100% nilai harian Vitamin C yang diperlukan
>> Multivitamin yang kaya dengan antioksidan untuk kulit yang cantik
>> Untuk kanak-kanak 4 tahun ke atas
>> Kanak-kanak 2 hingga 3 tahun yang SUDAH PANDAI     kemam TABLET boleh ambil dengan PENGAWASAN ORANG DEWASA
>> Rasa yang sedap

Vita-Lea for Children Chewable Berbeza Dengan Lain-lain Produk Di Pasaran

>> Tidak mengandungi perasa, pewarna, pengawet dan pemanis tambahan
>> Mengadungi pemanis semulajadi dengan Xylitol yang melindungi gigi dari kaviti
>> Pembungkusan BPA free

Kanak-kanak yang perlukan Vita-lea For Children

- Yang kurang selera makan 
- Yang suka makan junk food 
- Untuk tingkatkan system imun 
- Yang kurang makan makanan berkhasiat 
- Yang kurang minum susu (bekalkan 200mg dalam setiap hidangan) 
- Yang tak suka makan sayur (vita lea ada vitamin k – bantu pembekuan darah dengan cepat jika luka) 
- Yang selalu jatuh sakit 
- Yang kurang aktif 

Bagi kanak-kanak yang tidak boleh menelan tablet boleh gantikan Vita-lea For Children dengan Mealshake Shaklee juga supplement multivitamin tetapi dalam bentuk bancuhan.

Hubungi saya untuk konsultasi percuma
018-9090120