Memaparkan catatan dengan label suplemen. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label suplemen. Papar semua catatan

Khamis, 2 April 2015

SUPLEMEN UNTUK ORANG YANG MALAS

Suplemen untuk orang malas

Assalamualaikum w.b.t

Jujurnya, saya bukan jenis yang suka nak makan banyak-banyak suplemen. Hajat di hati memang nak jadi seorang yang setia dalam pengambilan suplemen. Dengar orang ambil kolagen, kita pun nak jugak! Tengok orang tu ambil vitamin C, kulit flawless tanpa cacat cela, kita pun terikut-ikut! Orang lain konsisten.. Kita berhenti di tengah jalan! Maka kesudahannya, tak dapatlah hasil yang memberangsangkan.. so sad.. :(Kalau anda juga alami masalah macam saya ni, apa kata kita cuma ambil 1-2 jenis suplemen sahaja dan kita cuba konsisten.  

Dah tahu tahap ‘kerajinan’ kita makan suplemen tak macam orang lain, jadi tak perlulah nak ambil 5-6 suplemen terus. Akhirnya nanti merugikan saja.. (Zaman sekarang kan kena banyak berjimat! Taraf hidup kita di Malaysia dah semakin naik.. Bla..bla..bla.. Eh, masuk cerita lain pulak!).

Bila katanya nak ambil 1-2 jenis suplemen sahaja, mesti timbul soalan, suplemen mana yang boleh cover untuk keseluruhan kesihatan tubuh badan kita, betul kan?

✔ Saya rasa kebanyakan orang pun dah tahu suplemen tu tentunya multivitamin yang mengandungi kebanyakan vitamin dan mineral yang diperlukan oleh tubuh badan kita. Kalau multivitamin shaklee, tentunya vitalea pujaan ramai!

✔ Let say, anda ni bukan jenis yang suka nak telan-telan vitamin, anda juga boleh mencuba untuk amalkan mealshakes berperisa vanilla yang manis tu. Mealshakes juga turut dikategorikan sebagai multivitamin dan multimineral dalam bentuk minuman.

✔ And last but not least, protein soya ESP! Nak ambil ESP sesaja boleh, nak campurkan dengan mealshakes pun ok! Saya suka gabungkan ESP dan mealshakes untuk imbangkan rasa manis yang ada pada mealshakes tu. Oh! Kenapa ESP? Sebab ESP adalah sumber protein yang tinggi. Dan tahukah anda yang kebanyakan elemen dalam badan kita ni diperbuat daripada protein? 

✔ Ataupun, anda boleh ambil vitalea shaklee dan ESP sebagai sumber tenaga untuk kekal cergas, cerdas dan bersemangat!! Syaratnya, DILARANG ambil vitalea dan ESP secara serentak atau bersama-sama.. Ambillah 2 biji vitalea pada waktu pagi, dan bancuhan ESP pada tengahari atau malam. Saya prefer ambil ESP ni pada malam hari sebagai alas perut, jadi tak perlu dinner, so cut calorie intake.. hehe..

✔ Nak lagi best, ambillah ketiga-tiga suplemen di atas! VITALEA, MEALSHAKES dan ESP..

Rasa-rasa mudah tak? Pilihan kita hanya antara tiga suplemen ni sahaja! VITALEA dengan/atau MEALSHAKES dengan/atau ESP. Yang lain-lain kita lupakan dulu. Bila dah konsisten dengan suplemen-suplemen ni, maka sedikit demi sedikit kita tambah senara suplemen yang kita perlukan.

Tapi andai kata anda mempunyai masalah kesihatan yang khusus, maka rujuklah kepada para doktor dahulu. Dapatkan nasihat dan pandangan daripada yang pakar. Terasa nak ambil suplemen, minta doktor sarankan suplemen yang bersesuaian. Mudah kan?

Marilah kita bersama-sama tingkatkan kesihatan tubuh badan kita. EAT WELL + MOVE MORE = LIVE LONGER. In shaa Allah.. Have a nice day, peeps! Assalamualaikum..

Isnin, 24 November 2014

KEBAIKAN VITAMIN DAN MINERAL

KEBAIKAN VITAMIN DAN MINERAL

Tubuh badan kita apabila mula meningkat dewasa memerlukan lebih perhatian dari segi kesihatan dalaman dan luaran.
Penjagaannya perlu di ambil berat kerana kekuatan kesihatan tubuh badan tidak lagi sama ketika usia kanak-kanak dan remaja. 

Pengambilan vitamin yang cukup dalam badan dapat membantu dalam menjaga kesihatan tubuh badan sama ada fizikal mahupun dalaman. Jom ketahui jenis dan kebaikan vitamin serta mineral buat tubuh badan yang sihat dan lebih kuat seperti zaman muda. 

■Vitamin A
Ia kaya dengan antioksidan yang menguatkan daya tahan imun sistem tubuh badan, memperbaiki masalah penglihatan, mengurangkan risiko penyakit jantung dan melambatkan penuaan kulit. Namun ia boleh menjadi toksik dalam badan jika pengambilan secara berlebihan. Jadi pastikan anda mengambil dengan amaun yang disarankan. 

■Vitamin B
Vitamin B boleh mengimbangkan metabolisme, menguatkan otot dan minda yang lebih tajam serta lebih peka. Penting untuk wanita muda mengambil vitamin B9 (asid folik) yang memastikan kesihatan sel darah merah dan menghindarkan diri dari penyakit kanser dan masalah kecacatan pada kehamilan. 

■Vitamin C
Ia dikenali sebagai satu vitamin yang kuat dalam memerangi demam dan selesema. Kandungan antioksidan yang banyak dalam vitamin C meningkatkan daya tahan imun sistem tubuh dan mengelakkan dari penyakit jantung, masalah pranatal, dan penyakit mata. Bahkan ia membantu dalam mempercepatkan luka sembuh dengan lebih cepat dan menghilangkan masalah kedutan pada wajah. 

■Vitamin D
Menurut doktor, Vitamin D boleh mengurangkan risiko penyakit kanser sebanyak 50% dan ia boleh mengelakkan dari penyakit kanser ovari dan diabetes. Bahkan, ia juga membantu dalam memberikan penyerapan kalsium dengan lebih cepat dan memainkan peranan penting dalam fungsi otot yang baik. 

■Kalsium
Kalsium adalah the best defense buat tulang dan wanita khususnya perlu mengambil kalsium kerana wanita mula hilang ketumpatan tulang pada lingkungan umur 20-an. Mineral ini juga membantu dalam memberikan gigi yang kuat dan menyuburkan sistem saraf. 

■Zat Besi
Jika terlalu kurang mineral ini dalam badan ia akan mengakibatkan anemia iaitu kekurangan sel darah merah dan melemahkan daya tahan sistem imun. Zat besi juga penting untuk wanita yang sering mengalami haid yang terlampau banyak.

★Kredit : EH!

Khamis, 13 November 2014

Saya & Suplemen

Tahukah anda...

Ini adalah makanan saya setiap hari sejak setahun yang lalu..
Bermula dengan ESP.. OMEGA GUARD.. ALFALFA..VITAMIN E..
Ia semakin bertambah dari bulan ke bulan..

Kenapa saya begitu SETIA dengan SHAKLEE..
Kerana saya yakin ia SELAMAT ..

Anda bagaimana..
Saya sudah shaklee..sudahkah anda??

0189090120  |  Arieda Wanda

Sabtu, 18 Oktober 2014

PERLU KE AMBIL SUPLEMEN ???

KENAPA KITA PERLUKAN SUPLEMEN / VITAMIN

Kita bukan lagi hidup di zaman dahulu kala di mana airnya bersih, sungainya bersih, tanamannya fresh..
Kita sekarang duduk di zaman teknologi, zaman yang mengejar kemajuan, zaman yang semuanya nak cepat, zaman yang semua orang sibuk.

Penyakit pun dah macam2.. Jangkitan kuman disana sini... penyakit2 baru dah banyak muncul...

Sebab tubuh kita perlu suplemen / vitamin :

★Melengkapkan dos vitamin yang kita perlukan setiap hari. 
Vitamin yang diperolehi dari makanan sahaja tidak mencukupi untuk memberi pencegahan kepada penyakit & anti penuaan.

★Cara penanaman sayur & buah-buahan yang tidak sihat
Kebanyakkan tanaman disembur racun seranggaTanah kebun yang tidak subur & kurang bahan galian (tidak organik)Terdapat juga buan & sayur yang di 'wax' untuk memastikan ianya tahan lama

★Zat makanan mudah hilang
Zat dalam makanan mudah hilang semasa proses pengangkutan, penyimpanan & penyediaan.
Sayur dimasak terlalu lama akan merosakkan vitamin di dalamnya.
Makanan yang disimpan lama mengalami penyusutan vitamin

★Pengambilan ubat-ubatan
Pengambilan ubat-ubatan seperti pil tahan sakit, laksatif, antibiotik, boleh mengurangkan keupayaan badan menyerap vitamin dari makanan.

★Makanan seharian tidak seimbang
Sukar untuk mengambil makanan seimbang seperti yang disyorkan piramid makanan.
Amalan diet yang tinggi lemak, gula, garam, kafien menyebabkan simpanan zat dalam badan berkurangan.

★Gaya hidup tidak sihat
Pengambilan makanan rapu / makanan segera membekalkan badan dengan bahan yang tidak perlu seperti MSG, garam & gula berlebihan.
Tabiat tidak menjaga pemakanan seperti tidak makan pada waktu makan, terlalu banyak makan, boleh memudaratkan kesihatan.Amalan merokok & mengambil alkohol juga menyebabkan nutrisi dalam badan berkurangan.

★Pencemaran udara
Pencemaran udara menjadikan tubuh kita banyak menghasilkan radikal bebas yang memudaratkan kesihatan.

Langkah pencegahan
Pengambilan suplemen / vitamin dapat membantu kita mencegah dari terkena penyakit2 merbahaya seperti penyakit jantung, darah tinggi, arthritis, kencing manis dan sebagainya.

Suplemen bukan pengganti makanan tetapi sebagai makanan tambahan yang melengkapkan nutrisi dalam badan. 

Makanan + suplemen = nutrisi lengkap

Jumaat, 10 Oktober 2014

KENAPA KITA PERLUKAN SUPLEMEN

Kenapa Kita Perlukan VITAMIN

Sesetengah orang merasakan mereka tidak perlu mengambil vitamin atau supplement sbb setiap hari mereka mengambil makanan yg seimbang..mengambil makanan seimbang mmg sgt2 bagus..tp adakah vitamin dan zat2 yang terkandung dalam makanan yg kita ambil itu sempurna???
Jika anda mengalami atau menghadapi salah satu dari keadaan di bawah, mungkin anda perlu pertimbangkan semula dengan untuk mengambil makanan tambahan/ vitamin.

~PENGHADAMAN MAKANAN YG TIDAK SEMPURNA.   
Penghadaman makanan yang tidak sempurna juga boleh menjadi sebab kita memerlukan vitamin tambahan seperti suplement. Bila kita tidak mengunyah makanan dengan secukupnya atau kita makan dengan kadar yang agak cepat,menyebabkan saiz makanan yang kita telan agak besar. Saiz partikel makanan yg agak besar tidak boleh dicerna dengan sempurna oleh sistem penghadaman kita. Orang yang memakai gigi palsu juga harus lebih berhati-hati dengan situasi ini.

~PEMAKANAN & MINUMAN  
Minuman yang terlalu panas atau pengambilan kopi,teh, jeruk dan rempah ratus yang berlebihan boleh menyebabkan berlakunya RADANG pada saluran penghadaman kita. Ini boleh menyebabkan penyerapan vitamin bekurangan.

~PROSES PEMASAKAN 
Makanan yang dimasak dengan lama boleh menyebabkan kehilangan vitamin-vitamin B kompleks dan C. Ada juga vitamin B yang dirosakkan oleh radiasi yang dihasilkan  oleh ketuhar gelombang mikro.

~MAKANAN YANG DIPROSES 
Penyejukbekuan makanan yang mengandungi vit E mengurangkan kandungannya bila dikeluarkan dari freezer.

~PENGAMBILAN ANTIBIOTIK 
Antibiotik membunuh semua kuman termasuk kuman-kuman baik dalam perut. Kuman-kuman ini membantu menghasilkan vitamin-vitamin B.

~SAKIT 
Pembedahan menyebabkan badan kita memerlukan lebih zink, vitamin E dan sebagainya. Tulang yang pernah patah memerlukan kalsium, vit D dan C yang lebih banyak.

~TEKANAN 
Badan kita memerlukan lebih vitamin B kompleks dan C bila anda dalam keadaan tertekan (stress).

~PMT (Pre - Menstrual Symdrome) 
Tanda-tanda sperti sakit kepala dan sebagainya semasa dtg haid dapat dikurangkan dengan pengambilan vit B.

~MENGANDUNG 
Keperluan semasa mengandung adalah lebih tinggi. Kita perlu lebih vitamin B (termasuk asid folik), A,D,E dan mineral-mineral kalsium, zat besi, magnesium,zink dan phosporus.

~KURANG PENDEDAHAN PADA CAHAYA MATAHARI. 
Golongan ini kekurangan vitamin D yang penting dalam metabolisma kalsium.

~MEROKOK 
Sekiranya anda seorang perokok,keperluan vit C dalam badan anda meningkat. Sebatang rokok dikatakan menyebabkan kehilangan 30mg vit C.

~PENGAMBILAN JULAP 
Pengambilan julap atau laxatif yang berlebihan menyebabkan penyerapan vitamin berkurangan. ini adalah kerana makanan yang diambil dibuang dgn cepat- waktu transit untuk penyerapan berkurangan. Penggunaan paraffin dan minyak mineral yg lain meneyebabkan kehilangan vitamin larut minyak seperti vitamin A dan E.

~PENGAMBILAN ALKOHOL 
Alkohol yang berlebihan merosakkan hati dan pankreas. Organ-organ ini penting dalam proses penghadaman makanan. Pengambilan alkohol yang banyak dan berterusan meningkatkan keprluan vitamin-vitamin thiamin, niacin, pyridoxin,asid folik, vitamin B12, vitamin C dan vitamin A.