Jumaat, 10 Oktober 2014

KENAPA KITA PERLUKAN SUPLEMEN

Kenapa Kita Perlukan VITAMIN

Sesetengah orang merasakan mereka tidak perlu mengambil vitamin atau supplement sbb setiap hari mereka mengambil makanan yg seimbang..mengambil makanan seimbang mmg sgt2 bagus..tp adakah vitamin dan zat2 yang terkandung dalam makanan yg kita ambil itu sempurna???
Jika anda mengalami atau menghadapi salah satu dari keadaan di bawah, mungkin anda perlu pertimbangkan semula dengan untuk mengambil makanan tambahan/ vitamin.

~PENGHADAMAN MAKANAN YG TIDAK SEMPURNA.   
Penghadaman makanan yang tidak sempurna juga boleh menjadi sebab kita memerlukan vitamin tambahan seperti suplement. Bila kita tidak mengunyah makanan dengan secukupnya atau kita makan dengan kadar yang agak cepat,menyebabkan saiz makanan yang kita telan agak besar. Saiz partikel makanan yg agak besar tidak boleh dicerna dengan sempurna oleh sistem penghadaman kita. Orang yang memakai gigi palsu juga harus lebih berhati-hati dengan situasi ini.

~PEMAKANAN & MINUMAN  
Minuman yang terlalu panas atau pengambilan kopi,teh, jeruk dan rempah ratus yang berlebihan boleh menyebabkan berlakunya RADANG pada saluran penghadaman kita. Ini boleh menyebabkan penyerapan vitamin bekurangan.

~PROSES PEMASAKAN 
Makanan yang dimasak dengan lama boleh menyebabkan kehilangan vitamin-vitamin B kompleks dan C. Ada juga vitamin B yang dirosakkan oleh radiasi yang dihasilkan  oleh ketuhar gelombang mikro.

~MAKANAN YANG DIPROSES 
Penyejukbekuan makanan yang mengandungi vit E mengurangkan kandungannya bila dikeluarkan dari freezer.

~PENGAMBILAN ANTIBIOTIK 
Antibiotik membunuh semua kuman termasuk kuman-kuman baik dalam perut. Kuman-kuman ini membantu menghasilkan vitamin-vitamin B.

~SAKIT 
Pembedahan menyebabkan badan kita memerlukan lebih zink, vitamin E dan sebagainya. Tulang yang pernah patah memerlukan kalsium, vit D dan C yang lebih banyak.

~TEKANAN 
Badan kita memerlukan lebih vitamin B kompleks dan C bila anda dalam keadaan tertekan (stress).

~PMT (Pre - Menstrual Symdrome) 
Tanda-tanda sperti sakit kepala dan sebagainya semasa dtg haid dapat dikurangkan dengan pengambilan vit B.

~MENGANDUNG 
Keperluan semasa mengandung adalah lebih tinggi. Kita perlu lebih vitamin B (termasuk asid folik), A,D,E dan mineral-mineral kalsium, zat besi, magnesium,zink dan phosporus.

~KURANG PENDEDAHAN PADA CAHAYA MATAHARI. 
Golongan ini kekurangan vitamin D yang penting dalam metabolisma kalsium.

~MEROKOK 
Sekiranya anda seorang perokok,keperluan vit C dalam badan anda meningkat. Sebatang rokok dikatakan menyebabkan kehilangan 30mg vit C.

~PENGAMBILAN JULAP 
Pengambilan julap atau laxatif yang berlebihan menyebabkan penyerapan vitamin berkurangan. ini adalah kerana makanan yang diambil dibuang dgn cepat- waktu transit untuk penyerapan berkurangan. Penggunaan paraffin dan minyak mineral yg lain meneyebabkan kehilangan vitamin larut minyak seperti vitamin A dan E.

~PENGAMBILAN ALKOHOL 
Alkohol yang berlebihan merosakkan hati dan pankreas. Organ-organ ini penting dalam proses penghadaman makanan. Pengambilan alkohol yang banyak dan berterusan meningkatkan keprluan vitamin-vitamin thiamin, niacin, pyridoxin,asid folik, vitamin B12, vitamin C dan vitamin A.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan