Isnin, 13 Oktober 2014

Perubatan Al-Quran untuk menyembuhkan masalah kesuburan

SUMBER : PUSAT RAWATAN ISLAM AL-HIDAYAH
Coretan : Haji Lokman

Perubatan Al-Quran untuk menyembuhkan masalah kesuburan

Soalan:

Saya Puan Halimah daripada Kuala Terengganu. Saya berumur 37 tahun dan sudah berumahtangga selama 12 tahun dan tidak mempunyai cahaya mata. Saya dan suami sudah menjalani permeriksaan di hospital dan doktor telah mengesahkan tidak ada masalah kesuburan pada diri saya dan suami saya. Kami telah menjalani proses IUI sebanyak 3 kali dan semua usaha ini gagal. Dua tahun yang lalu, atas nasihat doktor,  kami telah menjalani proses IVF. Melalui proses IVF ini, saya berjaya mengandung, tetapi selepas 2 bulan mengandung saya mengalami keguguran. Bolehkah Tuan Haji Lokman memberikan saya ayat-ayat Al-Quran untuk menolong kami mendapat zuriat?

Jawapan:

Terima kasih Puan Halimah atas soalan tersebut. Sememangnya setiap pasangan yang telah mendirikan hubungan rumah tangga, pastinya mengidamkan anak, sebagai lambang kebahagian sesebuah keluarga, dan dapat mengembangkan zuriat serta keturuan. Namun, bukan semua yang bernasib baik, ada pasangan yang sudah menimang cahaya mata biarpun baru setahun mendirikan rumah tangga. Ada pula pasangan yang terpaksa menunggu hampir belasan tahun untuk menerima “amanah” dari ALLAH ini. Pokoknya, anak adalah kurniaan serta rezeki dari ALLAH. ALLAH lebih mengetahui hikmah di atas tiap takdir darinya.Namun, itu bukanlah alasan untuk kita berdiam diri dan menyalahkan takdir, sebagai manusia kita disarankan berikhtiar dan memohon doa kepada ALLAH agar dikurniakan zuriat. Puan, seperkara yang puan perlu tahu adalah, Puan dan suami, bukanlah satu-satunya pasangan didunia ini yang menerima ujian sebegini. Ramai lagi pasangan di luar sana yang turut mengalami nasib serupa seperti puan. Hal ini bukanlah menunjukan tuhan tidak memberikan rezeki, namun ia lebih bersifat ujian.

Malah Nabi Zakaria dan nabi Ibrahim sendiri yang merupakan kekasih ALLAH, turut diuji dengan ujian yang sama. Apa yang lebih penting di sini adalah kita berikhtiar di samping berdoa kepada-NYA. Nabi ALLAH Zakaria pernah berdoa kepada ALLAH untuk mendapatkan zuriat, yang mana doa tersebut ALLAH rakamkan di dalam AL Quran, surah Al-Anbiya’ ayat 89
“Dan ingatlah kisah zakaria, tatkala menyeru TuhanNya: “ Ya Tuhanku, Janganlah engkau membiarkan aku hidup seorang diri( tidak mempunyai zuriat kerturunan) dan Engkaulah waris yang paling baik (diserahkan segala urusan kepadaMu) -Surah Al-Anbiya’: ayat 89    

Anak merupakan saham atau aset penting untuk setiap ibu bapa. Malah, anak yang soleh, mampu berjasa kepada ibu bapanya selepas dari ketiadaan mereka. Sabda Nabi Muhammad saw:

“Apabila wafatnya manusia, maka terputuslah darinya segala amalan-amalannya (pahala) kecuali dari 3 perkara iaitu dari sedekah jariah (pahala yang mengalir), ilmu yang bermanfaat (kepada manusia lain yang masih hidup) atau anak soleh yang sentiasa mendoakan kebaikan kepadanya." - Hadis Riwayat Muslim"

Dalam hadis yang lain, Nabi Muhammad saw menggalakkan perkahwinan sehingga mendapat zuriat yang ramai. Rasulullah saw bersabda:

"Kahwinilah wanita yang melahirkan anak ramai dan memiliki kasih sayang yang tinggi, sesungguhnya aku berbangga dengan kamu (kerana umat yang ramai)". - Hadis Riwayat Abu Daud & An-Nasaei

Melalui dalil-dalil diatas, dapatlah kita  fahami bahawa Islam menggalakkan umatNya untuk melahirkan ramai zuriat. Tetapi, adakalanya pasangan suami isteri sukar untuk mendapat zuriat. Maka,  adalah kewajipan mereka untuk berusaha untuk mendapatkan zuriat melalui ikhtiar dengan perubatan moden atau melalui perubatan Islam disamping berdoa kepada ALLAH.

Statistik menunjukkan 1 dalam 6 pasangan suami isteri mengalami masalah kesuburan. Kira-kira 40 peratus daripada kes pasangan suami isteri yang mengalami masalah kesuburan adalah disebabkan oleh masalah kesuburan wanita, 40 peratus masalah kesuburan lelaki, dan sepuluh peratus melibatkan masalah kedua-dua pasangan, serta  baki selebihnya sepuluh peratus, adalah daripada punca yang tidak dapat diketahui oleh perubatan moden.

Banyak pasangan suami isteri yang datang ke Pusat Rawatan Islam Al-Hidayah untuk mendapatkan rawatan kesuburan. Antara masalah-masalah mereka adalah penyakit yang bersifat “medical” seperti :
Endometriosis ,Fibroid, Kerosakan tiub fallopio, Kitaran haid yang tidak menentu disebabkan oleh ketidakseimbagan hormon ,Masalah kekurangan sperma dan sebagainya.

Walaubagaimanapun, terdapat ramai juga pasangan yang sukar untuk mendapat zuriat disebabkan oleh gangguan jin dan sihir.  Perlu untuk kita fahami, rawatan kesuburan dengan menggunakan ayat-ayat suci Al Quran ini, bukanlah untuk penyakit kesuburan yang bersifat gangguan jin atau sihir semata-mata, malah kaedah suci ini, mampu untuk mengubati masalah kesuburan yang bersifat medical seperti yang saya senaraikan diatas tadi. 

Masalah untuk golongan wanita(isteri) adalah, Apabila janin yang berjantina perempuan terbentuk dalam rahim ibunya, ia dibekalkan dengan hampir 2 juta telur yang disimpan di dalam sepasang kilang telur atau ovari. Ovari wanita tidak mampu membuat telur baru dan pada hakikatnya, terdapat penurunan yang berterusan dalam jumlah bilangan telur setiap bulan. Menjelang masa seorang gadis mencapai umur baligh, hanya kira-kira 25% daripada jumlah telur itu kekal, iaitu kira-kira 300,000 telur. Penurunan jumlah telur ini disebabkan oleh telur yang tidak mencapai kematangan penuh dan mati disebabkan oleh proses yang dipanggil atresia. Semakin meningkat usia seseorang wanita itu, semakin berkurangan bekalan telur wanita sehingga menapous. Oleh itu, hanya kira-kira 300-500 telur (ovum) ini akan matang lebih jangka hayat wanita.     

Untuk kaum lelaki(suami) pula, situasi pengeluaran benih iaitu sperma berbeza daripada wanita. Organ pengeluaran sperma iaitu testis biasanya menghasilkan 50,000 sperma baru setiap hari apabila baligh sehingga lelaki itu berumur 70 tahun. Walaupun wanita hanya melepaskan satu telur setiap bulan, kaum lelaki mengeluarkan 1-3 juta sperma dalam satu ejakulasi. Persenyawaan bergantung kepada bilangan benih-benih lelaki itu mencukupi dan mempunyai kemampuan untuk bergerak. Keduanya, saluran-saluran peranakan wanita mempunyai bentuk yang normal dan tidak ada sekatan atau rintangan yang mungkin menghalang perjalanan benih-benih lelaki. Ovum biasanya boleh hidup selama 24-28 jam selepas ia dikeluarkan oleh ovari. Persetubuhan mestilah dilakukan dengan jayanya pada waktu yang tertentu, iaitu pada waktu kesuburan isteri, kerana pada ketika itu ovum dikeluarkan oleh ovari.

Punca masalah kesuburan wanita

Endometriosis
Penyakit endometriosis adalah satu keadaan luar biasa di mana tisu dari selaput dalam rahim yang digelar endometrium telah tumbuh di bahagian yang tidak sepatutnya iaitu di luar rahim seperti di sekeliling ovari, tiub fallopio, permukaan luar rahim, usus dan pelvic.
Punca penyakit endometriosis masih lagi tidak diketahui. Kebiasaannya, apabila kedatangan haid tisu-tisu endometrium di dinding rahim menebal dan untuk mambantu proses persenyewaan. Apabila tiada proses persenyewaan berlaku, diniding uterus akan luruh dan berlakunya pendarahan haid. Tetapi,sekiranya ada tisu-tisu endometrium di luar rahim seperti di ovari atau di usus, apabila berlaku kedatangan haid, tisu-tisu endometrium ini akan mengeluarkan darah tetapi darah ini tidak dapat mengalir keluar melalui faraj seperti biasa, akibatnya,  darah ini akan berkumpul menjadi gumpalan darah kotor yang boleh menyebabkan kerosakan kepada organ peranakan wanita.
Endometriosis ini juga boleh mengeluarkan beberapa jenis racun dan bakteria yang boleh mematikan benih sperma, telur atau janin. Ini menyebabkan kemandulan dan keguguran.

Kerosakan tiub fallopio
Saluran fallopio merupakan saluran yang penting dalam system reproduktif wanita. Melalui saluran inilah benih lelaki bergerak untuk menemui dan bercantum dengan ovum wanita untuk persenyewaan berlaku. Persenyewaan ini menghasilkan embryo dan saluran tiub fallopio memainkan peranan dalam membekalkan bahan-bahan makanan untuk pergerakan embryo kearah ruang rahim untuk implantasi. Kadang kala tiub fallopio tersumbat disebabkan oleh jangkitan kuman atau ketumbuhan seperti fibroid and endometriosis.

Hormon dan haid
Satu keseimbangan hormon seks (estrogen, progesteron, hormon luteinizing, hormon merangsang folikel) diperlukan untuk pertumbuhan dan tepat pada masanya pembebasan telur dari ovari (ovulasi).Ketidakseimbangan hormon boleh menyebabkan gangguan ovulasi di kalangan wanita dan punca yang paling biasa ketidaksuburan di kalangan wanita.

Fibroid
Fibroid adalah ketumbuhan yang berasal daripada tisu pada dinding rahim, khususnya pada lapisan otot.  Apabila ia membesar, fibroid boleh memberi pelbagai masalah kepada wanita seperti mengalami haid yang banyak, atau sakit semasa kedatangan haid. Fibroid boleh mengakibatkan masalah kesuburan tetapi terdapat juga ramai wanita yang mengalami masalah fibroid tetapi masih boleh mengandung dan melahirkan anak.

Hormon dan haid
Satu keseimbangan hormon seks (estrogen, progesteron, hormon luteinizing, hormon merangsang folikel) diperlukan untuk pertumbuhan dan tepat pada masanya pembebasan telur dari ovari (ovulasi).Ketidakseimbangan hormon boleh menyebabkan gangguan ovulasi di kalangan wanita dan punca yang paling biasa ketidaksuburan di kalangan wanita.

Sindrom Ovari Polisistik (Polycystic Ovarian Syndrome- PCOS)
Antara tanda utama PCOS termasuklah tiada ovulasi, ovary yang bengkak yang mengandungi cyst-cyst kecil didalamnya yang menyebabkan kitaran haid yang tidak menentu yang menyumbang kepada masalah kesuburan. Punca berlakunya PCOS masih tidak diketahui.

Punca masalah kesuburan lelaki

Masalah kekurangan sperma
Bilangan sperma yang rendah atau oligospermia adalah keadaan di mana bilangan sperma yang dikeluarkan semasa ejakulasi, Jumlah sperma yang dianggap lebih rendah daripada biasa jika semasa ejakulasi  bilangan sperma kurang daripada 15 juta sperma setiap mililiter air mani. Kadang kala, apabila ketiadaan langsung sperma di dalam air mani dipanggil “azoospermia”.
Punca kekurangan sperma atau ketiadaan sperma dalam air mani boleh disebabkan oleh jangkitan kuman seperti penyakit kelamin (gonorrhea, Chlamydia atau bengkak buah zakar disebabkan oleh masalah benguk (mumps) . selain itu, Saluran air mani yang mengalir daripada kilang testes boleh rosak atau tersumbat.
Ketidakseimbangan hormone juga mampu menyebabkan tiada pengeluaran air mani oleh seseorang lelaki. Terdapat banyak lagi punca-punca lain bagi masalah kekurangan sperma.

Rawatan masalah kesuburan

Terdapat pelbagai jenis rawatan moden bagi mengatasi masalah kesuburan seperti intrauterine insemination (IUI), invitro fertilization (IVF) dan Intracytoplasmic sperm injection (ICSI) dan gamete intrafallopian transfer (GIFT). Semua kaedah-kaedah ini adalah antara usaha yang perlu dilakukan oleh pasangan suami isteri yang mengalami kesukaran untuk mendapatkan zuriat.
Dari segi hukum syarak, proses-proses moden ini telah diluluskan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia. 

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-5 yang bersidang pada 16-17 Nov 1982 telah membincangkan Bayi Tabung Uji. Muzakarah telah memutuskan bahawa:Bayi Tabung Uji dari benih suami isteri yang dicantumkan secara "terhormat" adalah sah di sisi Islam. Sebaliknya benih yang diambil dari bukan suami isteri yang sah bayi tabung itu adalah tidak sah.Bayi yang dilahirkan melalui tabung uji itu boleh menjadi wali dan berhak menerima harta pesaka dari keluarga yang berhak.Sekiranya benih dari suami atau isteri yang dikeluarkan dengan cara yang tidak bertentangan dengan Islam, maka ianya dikira sebagai cara terhormat dan dibenarkan menurut syarak.

Berdasarkan  pengalaman saya mengubat kes-kes kesuburan, ada kes-kes yang melibatkan gangguan jin dan sihir. Salah satunya ialah sihir pemisah. Sihir ini dilakukan untuk memisahkan pasangan suami isteri atas sebab tertentu yang selalunya berkaitan dengan masalah peribadi, dengki, balas dendam, khianat dan sebagainya. Perpisahan suami dan isteri merupakan tumpuan iblis dan syaitan. Di dalam Surah Al-Baqarah, ayat 102, Allah swt ada menyatakan ilmu sihir yang boleh menceraikan antara seorang suami dengan isterinya.  Malah, didalam Tafsir Ibnu Kathir diceritakan dengan jelas bahawa syaitan amat menghargai golongan-golongan syaitan yang lain yang mampu memisahkan sepasang suami isteri. Ini membuktikan bahawa sihir jenis ini berlaku dari zaman dahulu dan bukanlah satu perkara yang baru. Selain dari sihir, gangguan saka juga boleh mengakibatkan masalah-masalah kesuburan dan keguguran. 

Anak-anak adalah penyambung kasih antara pasangan suami isteri. Sekiranya pasangan itu dikenakan sihir pemisah, adalah sukar untuk pasangan itu untuk mendapatkan anak sebab jin-jin yang ada di dalam badan pasangan suami isteri itu akan cuba sedaya upaya untuk mengelakkan pasangan itu mendapat zuriat. Sekiranya pasangan itu mendapat zuriat, maka susahlah jin dan iblis dalam badan pasangan suami isteri itu mencapai matlamat mereka untuk memisahkan suami isteri ini. Jin dan iblis ini akan cuba mengelakkan daripda persemaian janin berlaku.

Berdasarkan pemerhatian saya, di dalam kes Puan Halimah ini, walaupun telah disahkan oleh pihak hospital yang beliau dan suami tiada masalah kesuburan dari aspek medikal, tetapi mereka masih gagal untuk mendapatkan zuriat. walaupun berlakunya persemaian tetapi jin dan iblis dalam badan isteri itu akan merosakkan janin dalam rahim dan berlakunya keguguran.  Mungkin inilah punca kepada masalah yang dialami oleh Puan Halimah.

Saya ingin menasihati agar pasangan suami isteri dapat memastikan mereka tidak ada gangguan jin dan sihir di dalam badan mereka sebelum melakukan proses rawatan IUI atau IVF. Telah banyak pasangan suami isteri yang saya temui, yang telah melakukan beberapa kali proses IUI dan IVF tetapi masih gagal mendapat zuriat. Hal ini kerana adanya unsur-unsur sihir di dalam badan mereka. Rawatan IUI dan IVF menelan kos rawatan yang mahal. Kos rawatan IUI dianggarkan antara RM500 hingga RM3000 bergantung kepada rawatan dilakukan di hospital kerajaan atau swasta.Manakala, rawatan IVF pula dianggarkan antara RM10,000 hingga RM 20,000. Memandangkan kos rawatan yang tinggi, adalah lebih baik sekiranya pasangan ini dapat memastikan tiada gangguan jin dan sihir di dalam badan mereka dahulu sebelum melakukan proses ini. 

Oleh itu, pasangan suami isteri digalakkan untuk datang ke klinik saya, Pusat Rawatan Islam Al-hidayah bagi memastikan tiada gangguan jin dan sihir di dalam badan mereka. Proses rawatan ini adalah mudah dan tidak memakan masa lama.

Ayat-ayat Al-Quran yang boleh diamalkan untuk mengeluarkan jin-jin dan sihir adalah seperti berikut: 

Surah Al-Mukminun, ayat 105 hingga 118
Surah Fussilat, ayat 25 hingga 44
Surah Al-Baqarah, ayat 165 hingga 186
Surah  Al-A’raf, ayat 40 hingga 62

Manakala, untuk pasangan yang mengalami masalah kesuburan yang bersifat Medical iaitu yang tidak ada kena mengena dengan masalah gangguan seperti penyakit endometriosis, PCOS, dan lain-lain, ayat-ayat Al-Quran yang selalu diamalkan di Pusat Rawatan Islam Al-Hidayah adalah seperti berikut:

Surah Maryam , ayat 31 hingga48
Surah An-Nahli, ayat 81 hingga 89
Surah Ibrahim, ayat 32 hingga 43
Surah Maryam, ayat 75 hingga 98
Surah An Nahli, ayat 66 hingga 74
Surah An Nisaa', ayat 127 hingga 140

Akhir sekali, nasihat dari saya, usahlah berputus asa dengan rezeki dari ALLAH. berikhtiarlah semampu kita, dan pastikan segala ikhtiar kita itu tidak bertentangan dengan syarak. ALLAH itu maha mendengar, berdoalah kepada-NYA. Tiada yang mustahil bagi ALLAH untuk menunaikannya seperti mana ALLAH telah menunaikannya untuk nabi Zakaria,

“Hai Zakaria, sesungguhnya Kami memberi kabar gembira kepadamu akan (beroleh) seorang anak yang namanya Yahya, yang sebelumnya Kami belum pernah menciptakan orang yang serupa dengan dia” -Maryam,7

Ingat, biar apa jua masalah kesuburan yang sedang dialami oleh anda dan pasangan, malah meskipun mengalami masalah mandul, ALLAH masuh mampu mengurniakan zuriat, seandainya kita terus berdoa dan berikhtiar..

“Zakaria berkata: "Ya Tuhanku, bagaimana akan ada anak bagiku, padahal isteriku adalah seorang yang mandul dan aku (sendiri) sesungguhnya sudah mencapai umur yang sangat tua."(Maryam, 8)

Mengapa saya berkata begini? Kerana telah banyak masalah kesuburan yang saya temui, dan alhamdulillah, ALLAH memperkenankan usaha kami dan doa para pasangan, sesungguhnya kita sebagai manusia hanya mampu berusaha dan berdoa.

Bukanlah mustahil untuk ALLAH mengkabulkan doa itu, kerana firman ALLAH...Tuhan berfirman: 
"Demikianlah." Tuhan berfirman: "Hal itu adalah mudah bagi-Ku; dan sesunguhnya telah Aku ciptakan kamu sebelum itu, padahal kamu (di waktu itu) belum ada sama sekali” -Maryam, 9

Sumber rujukan : Pusat Rawatan Islam Al-hidayah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan