Rabu, 8 Oktober 2014

BERJALAN DEMI KESIHATAN

Kenapa berjalan kaki baik untuk kesihatan?

Jika sukar untuk anda berikan komitmen sepenuhnya kepada rutin senaman atau ke gimnasium, ada cara mudah untuk anda keluarkan peluh adalah dengan memaksimakan langkah iaitu semudah berjalan kaki. 

Tambah durasi berjalan dalam sehari seperti parkir lebih jauh dari destinasi, naik turun tangga, ringankan tulang berjalan ke meja rakan sepejabat berbanding menelefon atau tawarkan diri untuk hantarkan pekeliling pejabat adalah antara cara mudah untuk lebihkan langkah. 

Selain itu, jadikan rutin berjalan-jalan sekitar kawasan perumahan dan ya berjalan keliling shopping mall juga boleh dikira (tetapi anda sukar berpeluh oleh kerana penghawa dingin).

Di sini saya senaraikan mengapa berjalan juga baik untuk kesihatan dan kebaikannya untuk tubuh secara keseluruhan.  

Baik untuk otak
Berjalan meningkatkan kadar endorfin dalam otak, ia adalah kimia “gembira” yang boleh membuat anda rasa kurang stres dan hilangkan rasa lesu. Menurut laporan kajian di sebuah universiti, mereka yang kemurungan mendapati diri lebih tenang dan ceria hanya selepas berjalan santai selama 10 minit. 

Baik untuk kulit
Seperti semua senaman kardio, berjalan membuatkan jantung aktif dan memperbaiki aliran darah. Jadi apabila aliran darah baik, kulit yang juga organ terbesar pada tubuh menerima darah yang kaya nutrien untuk kesihatan optimum. 

Baik untuk jantung
Hanya 30 minit berjalan lebih dari tiga kali seminggu akan menurunkan tekanan darah. Rutin berjalan mampu untuk mengurangkan kebarangkalian penyakit jantung bagi wanita dan sama efektif dengan senaman harian. 

Baik untuk tulang
Secara tidak langsung, berjalan menggalakkan kepadatan tulang dan mengurangkan risiko osteoporosis. Dan aktiviti berjalan turut membantu menguatkan sendi serta mengukuhkan saraf. 

Baik untuk imunisasi
Dengan hanya berjalan selama 45 minit lima kali sehari boleh mengurangkan risiko jangkitan demam selesema. Sesi berjalan yang menggalakkan aliran darah yang sihat membantu sel darah untuk melawan virus dan bakteria dengan lebih cepat dan berkesan. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan