Selasa, 14 Oktober 2014

AKHIRNYA AKU CUBA COLLAGEN POWDER

Kisah petang semalam...

PERFORMANCE DRINK baru bukak.. coz dah habis...
COLLAGEN POWDER ..first time bukak box..
First time jugak laaa cuba collagen..
Maklumlah..bila dah masuk 3 series ni...
Banyak benda nak kena jaga..
Nak kekalkan kesihatan..
Nak kekalkan kecantikkan luar dan dalam...
So Collagen Powder adalah pilihan yang terbaik dan selamat..

Semalam bancuh ESP  + PERFORMANCE DRINK + COLLAGEN POWDER ...
Fuhhhhh...memang sedapppp ..
Petang ni nak buat menu yang sama untuk berbuka nanti..
Sebab sedapppp..lalalala...

Start semalam juga...bertambah lagi koleksi suplemen Shaklee yang di ambil..

Hanya beberapa jenis jer lagi yang belum tiba masa untuk ku telan..

#jomsihatbersamashaklee
0189090120  |  Arieda Wanda

Isnin, 13 Oktober 2014

Perubatan Al-Quran untuk menyembuhkan masalah kesuburan

SUMBER : PUSAT RAWATAN ISLAM AL-HIDAYAH
Coretan : Haji Lokman

Perubatan Al-Quran untuk menyembuhkan masalah kesuburan

Soalan:

Saya Puan Halimah daripada Kuala Terengganu. Saya berumur 37 tahun dan sudah berumahtangga selama 12 tahun dan tidak mempunyai cahaya mata. Saya dan suami sudah menjalani permeriksaan di hospital dan doktor telah mengesahkan tidak ada masalah kesuburan pada diri saya dan suami saya. Kami telah menjalani proses IUI sebanyak 3 kali dan semua usaha ini gagal. Dua tahun yang lalu, atas nasihat doktor,  kami telah menjalani proses IVF. Melalui proses IVF ini, saya berjaya mengandung, tetapi selepas 2 bulan mengandung saya mengalami keguguran. Bolehkah Tuan Haji Lokman memberikan saya ayat-ayat Al-Quran untuk menolong kami mendapat zuriat?

Jawapan:

Terima kasih Puan Halimah atas soalan tersebut. Sememangnya setiap pasangan yang telah mendirikan hubungan rumah tangga, pastinya mengidamkan anak, sebagai lambang kebahagian sesebuah keluarga, dan dapat mengembangkan zuriat serta keturuan. Namun, bukan semua yang bernasib baik, ada pasangan yang sudah menimang cahaya mata biarpun baru setahun mendirikan rumah tangga. Ada pula pasangan yang terpaksa menunggu hampir belasan tahun untuk menerima “amanah” dari ALLAH ini. Pokoknya, anak adalah kurniaan serta rezeki dari ALLAH. ALLAH lebih mengetahui hikmah di atas tiap takdir darinya.Namun, itu bukanlah alasan untuk kita berdiam diri dan menyalahkan takdir, sebagai manusia kita disarankan berikhtiar dan memohon doa kepada ALLAH agar dikurniakan zuriat. Puan, seperkara yang puan perlu tahu adalah, Puan dan suami, bukanlah satu-satunya pasangan didunia ini yang menerima ujian sebegini. Ramai lagi pasangan di luar sana yang turut mengalami nasib serupa seperti puan. Hal ini bukanlah menunjukan tuhan tidak memberikan rezeki, namun ia lebih bersifat ujian.

Malah Nabi Zakaria dan nabi Ibrahim sendiri yang merupakan kekasih ALLAH, turut diuji dengan ujian yang sama. Apa yang lebih penting di sini adalah kita berikhtiar di samping berdoa kepada-NYA. Nabi ALLAH Zakaria pernah berdoa kepada ALLAH untuk mendapatkan zuriat, yang mana doa tersebut ALLAH rakamkan di dalam AL Quran, surah Al-Anbiya’ ayat 89
“Dan ingatlah kisah zakaria, tatkala menyeru TuhanNya: “ Ya Tuhanku, Janganlah engkau membiarkan aku hidup seorang diri( tidak mempunyai zuriat kerturunan) dan Engkaulah waris yang paling baik (diserahkan segala urusan kepadaMu) -Surah Al-Anbiya’: ayat 89    

Anak merupakan saham atau aset penting untuk setiap ibu bapa. Malah, anak yang soleh, mampu berjasa kepada ibu bapanya selepas dari ketiadaan mereka. Sabda Nabi Muhammad saw:

“Apabila wafatnya manusia, maka terputuslah darinya segala amalan-amalannya (pahala) kecuali dari 3 perkara iaitu dari sedekah jariah (pahala yang mengalir), ilmu yang bermanfaat (kepada manusia lain yang masih hidup) atau anak soleh yang sentiasa mendoakan kebaikan kepadanya." - Hadis Riwayat Muslim"

Dalam hadis yang lain, Nabi Muhammad saw menggalakkan perkahwinan sehingga mendapat zuriat yang ramai. Rasulullah saw bersabda:

"Kahwinilah wanita yang melahirkan anak ramai dan memiliki kasih sayang yang tinggi, sesungguhnya aku berbangga dengan kamu (kerana umat yang ramai)". - Hadis Riwayat Abu Daud & An-Nasaei

Melalui dalil-dalil diatas, dapatlah kita  fahami bahawa Islam menggalakkan umatNya untuk melahirkan ramai zuriat. Tetapi, adakalanya pasangan suami isteri sukar untuk mendapat zuriat. Maka,  adalah kewajipan mereka untuk berusaha untuk mendapatkan zuriat melalui ikhtiar dengan perubatan moden atau melalui perubatan Islam disamping berdoa kepada ALLAH.

Statistik menunjukkan 1 dalam 6 pasangan suami isteri mengalami masalah kesuburan. Kira-kira 40 peratus daripada kes pasangan suami isteri yang mengalami masalah kesuburan adalah disebabkan oleh masalah kesuburan wanita, 40 peratus masalah kesuburan lelaki, dan sepuluh peratus melibatkan masalah kedua-dua pasangan, serta  baki selebihnya sepuluh peratus, adalah daripada punca yang tidak dapat diketahui oleh perubatan moden.

Banyak pasangan suami isteri yang datang ke Pusat Rawatan Islam Al-Hidayah untuk mendapatkan rawatan kesuburan. Antara masalah-masalah mereka adalah penyakit yang bersifat “medical” seperti :
Endometriosis ,Fibroid, Kerosakan tiub fallopio, Kitaran haid yang tidak menentu disebabkan oleh ketidakseimbagan hormon ,Masalah kekurangan sperma dan sebagainya.

Walaubagaimanapun, terdapat ramai juga pasangan yang sukar untuk mendapat zuriat disebabkan oleh gangguan jin dan sihir.  Perlu untuk kita fahami, rawatan kesuburan dengan menggunakan ayat-ayat suci Al Quran ini, bukanlah untuk penyakit kesuburan yang bersifat gangguan jin atau sihir semata-mata, malah kaedah suci ini, mampu untuk mengubati masalah kesuburan yang bersifat medical seperti yang saya senaraikan diatas tadi. 

Masalah untuk golongan wanita(isteri) adalah, Apabila janin yang berjantina perempuan terbentuk dalam rahim ibunya, ia dibekalkan dengan hampir 2 juta telur yang disimpan di dalam sepasang kilang telur atau ovari. Ovari wanita tidak mampu membuat telur baru dan pada hakikatnya, terdapat penurunan yang berterusan dalam jumlah bilangan telur setiap bulan. Menjelang masa seorang gadis mencapai umur baligh, hanya kira-kira 25% daripada jumlah telur itu kekal, iaitu kira-kira 300,000 telur. Penurunan jumlah telur ini disebabkan oleh telur yang tidak mencapai kematangan penuh dan mati disebabkan oleh proses yang dipanggil atresia. Semakin meningkat usia seseorang wanita itu, semakin berkurangan bekalan telur wanita sehingga menapous. Oleh itu, hanya kira-kira 300-500 telur (ovum) ini akan matang lebih jangka hayat wanita.     

Untuk kaum lelaki(suami) pula, situasi pengeluaran benih iaitu sperma berbeza daripada wanita. Organ pengeluaran sperma iaitu testis biasanya menghasilkan 50,000 sperma baru setiap hari apabila baligh sehingga lelaki itu berumur 70 tahun. Walaupun wanita hanya melepaskan satu telur setiap bulan, kaum lelaki mengeluarkan 1-3 juta sperma dalam satu ejakulasi. Persenyawaan bergantung kepada bilangan benih-benih lelaki itu mencukupi dan mempunyai kemampuan untuk bergerak. Keduanya, saluran-saluran peranakan wanita mempunyai bentuk yang normal dan tidak ada sekatan atau rintangan yang mungkin menghalang perjalanan benih-benih lelaki. Ovum biasanya boleh hidup selama 24-28 jam selepas ia dikeluarkan oleh ovari. Persetubuhan mestilah dilakukan dengan jayanya pada waktu yang tertentu, iaitu pada waktu kesuburan isteri, kerana pada ketika itu ovum dikeluarkan oleh ovari.

Punca masalah kesuburan wanita

Endometriosis
Penyakit endometriosis adalah satu keadaan luar biasa di mana tisu dari selaput dalam rahim yang digelar endometrium telah tumbuh di bahagian yang tidak sepatutnya iaitu di luar rahim seperti di sekeliling ovari, tiub fallopio, permukaan luar rahim, usus dan pelvic.
Punca penyakit endometriosis masih lagi tidak diketahui. Kebiasaannya, apabila kedatangan haid tisu-tisu endometrium di dinding rahim menebal dan untuk mambantu proses persenyewaan. Apabila tiada proses persenyewaan berlaku, diniding uterus akan luruh dan berlakunya pendarahan haid. Tetapi,sekiranya ada tisu-tisu endometrium di luar rahim seperti di ovari atau di usus, apabila berlaku kedatangan haid, tisu-tisu endometrium ini akan mengeluarkan darah tetapi darah ini tidak dapat mengalir keluar melalui faraj seperti biasa, akibatnya,  darah ini akan berkumpul menjadi gumpalan darah kotor yang boleh menyebabkan kerosakan kepada organ peranakan wanita.
Endometriosis ini juga boleh mengeluarkan beberapa jenis racun dan bakteria yang boleh mematikan benih sperma, telur atau janin. Ini menyebabkan kemandulan dan keguguran.

Kerosakan tiub fallopio
Saluran fallopio merupakan saluran yang penting dalam system reproduktif wanita. Melalui saluran inilah benih lelaki bergerak untuk menemui dan bercantum dengan ovum wanita untuk persenyewaan berlaku. Persenyewaan ini menghasilkan embryo dan saluran tiub fallopio memainkan peranan dalam membekalkan bahan-bahan makanan untuk pergerakan embryo kearah ruang rahim untuk implantasi. Kadang kala tiub fallopio tersumbat disebabkan oleh jangkitan kuman atau ketumbuhan seperti fibroid and endometriosis.

Hormon dan haid
Satu keseimbangan hormon seks (estrogen, progesteron, hormon luteinizing, hormon merangsang folikel) diperlukan untuk pertumbuhan dan tepat pada masanya pembebasan telur dari ovari (ovulasi).Ketidakseimbangan hormon boleh menyebabkan gangguan ovulasi di kalangan wanita dan punca yang paling biasa ketidaksuburan di kalangan wanita.

Fibroid
Fibroid adalah ketumbuhan yang berasal daripada tisu pada dinding rahim, khususnya pada lapisan otot.  Apabila ia membesar, fibroid boleh memberi pelbagai masalah kepada wanita seperti mengalami haid yang banyak, atau sakit semasa kedatangan haid. Fibroid boleh mengakibatkan masalah kesuburan tetapi terdapat juga ramai wanita yang mengalami masalah fibroid tetapi masih boleh mengandung dan melahirkan anak.

Hormon dan haid
Satu keseimbangan hormon seks (estrogen, progesteron, hormon luteinizing, hormon merangsang folikel) diperlukan untuk pertumbuhan dan tepat pada masanya pembebasan telur dari ovari (ovulasi).Ketidakseimbangan hormon boleh menyebabkan gangguan ovulasi di kalangan wanita dan punca yang paling biasa ketidaksuburan di kalangan wanita.

Sindrom Ovari Polisistik (Polycystic Ovarian Syndrome- PCOS)
Antara tanda utama PCOS termasuklah tiada ovulasi, ovary yang bengkak yang mengandungi cyst-cyst kecil didalamnya yang menyebabkan kitaran haid yang tidak menentu yang menyumbang kepada masalah kesuburan. Punca berlakunya PCOS masih tidak diketahui.

Punca masalah kesuburan lelaki

Masalah kekurangan sperma
Bilangan sperma yang rendah atau oligospermia adalah keadaan di mana bilangan sperma yang dikeluarkan semasa ejakulasi, Jumlah sperma yang dianggap lebih rendah daripada biasa jika semasa ejakulasi  bilangan sperma kurang daripada 15 juta sperma setiap mililiter air mani. Kadang kala, apabila ketiadaan langsung sperma di dalam air mani dipanggil “azoospermia”.
Punca kekurangan sperma atau ketiadaan sperma dalam air mani boleh disebabkan oleh jangkitan kuman seperti penyakit kelamin (gonorrhea, Chlamydia atau bengkak buah zakar disebabkan oleh masalah benguk (mumps) . selain itu, Saluran air mani yang mengalir daripada kilang testes boleh rosak atau tersumbat.
Ketidakseimbangan hormone juga mampu menyebabkan tiada pengeluaran air mani oleh seseorang lelaki. Terdapat banyak lagi punca-punca lain bagi masalah kekurangan sperma.

Rawatan masalah kesuburan

Terdapat pelbagai jenis rawatan moden bagi mengatasi masalah kesuburan seperti intrauterine insemination (IUI), invitro fertilization (IVF) dan Intracytoplasmic sperm injection (ICSI) dan gamete intrafallopian transfer (GIFT). Semua kaedah-kaedah ini adalah antara usaha yang perlu dilakukan oleh pasangan suami isteri yang mengalami kesukaran untuk mendapatkan zuriat.
Dari segi hukum syarak, proses-proses moden ini telah diluluskan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia. 

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-5 yang bersidang pada 16-17 Nov 1982 telah membincangkan Bayi Tabung Uji. Muzakarah telah memutuskan bahawa:Bayi Tabung Uji dari benih suami isteri yang dicantumkan secara "terhormat" adalah sah di sisi Islam. Sebaliknya benih yang diambil dari bukan suami isteri yang sah bayi tabung itu adalah tidak sah.Bayi yang dilahirkan melalui tabung uji itu boleh menjadi wali dan berhak menerima harta pesaka dari keluarga yang berhak.Sekiranya benih dari suami atau isteri yang dikeluarkan dengan cara yang tidak bertentangan dengan Islam, maka ianya dikira sebagai cara terhormat dan dibenarkan menurut syarak.

Berdasarkan  pengalaman saya mengubat kes-kes kesuburan, ada kes-kes yang melibatkan gangguan jin dan sihir. Salah satunya ialah sihir pemisah. Sihir ini dilakukan untuk memisahkan pasangan suami isteri atas sebab tertentu yang selalunya berkaitan dengan masalah peribadi, dengki, balas dendam, khianat dan sebagainya. Perpisahan suami dan isteri merupakan tumpuan iblis dan syaitan. Di dalam Surah Al-Baqarah, ayat 102, Allah swt ada menyatakan ilmu sihir yang boleh menceraikan antara seorang suami dengan isterinya.  Malah, didalam Tafsir Ibnu Kathir diceritakan dengan jelas bahawa syaitan amat menghargai golongan-golongan syaitan yang lain yang mampu memisahkan sepasang suami isteri. Ini membuktikan bahawa sihir jenis ini berlaku dari zaman dahulu dan bukanlah satu perkara yang baru. Selain dari sihir, gangguan saka juga boleh mengakibatkan masalah-masalah kesuburan dan keguguran. 

Anak-anak adalah penyambung kasih antara pasangan suami isteri. Sekiranya pasangan itu dikenakan sihir pemisah, adalah sukar untuk pasangan itu untuk mendapatkan anak sebab jin-jin yang ada di dalam badan pasangan suami isteri itu akan cuba sedaya upaya untuk mengelakkan pasangan itu mendapat zuriat. Sekiranya pasangan itu mendapat zuriat, maka susahlah jin dan iblis dalam badan pasangan suami isteri itu mencapai matlamat mereka untuk memisahkan suami isteri ini. Jin dan iblis ini akan cuba mengelakkan daripda persemaian janin berlaku.

Berdasarkan pemerhatian saya, di dalam kes Puan Halimah ini, walaupun telah disahkan oleh pihak hospital yang beliau dan suami tiada masalah kesuburan dari aspek medikal, tetapi mereka masih gagal untuk mendapatkan zuriat. walaupun berlakunya persemaian tetapi jin dan iblis dalam badan isteri itu akan merosakkan janin dalam rahim dan berlakunya keguguran.  Mungkin inilah punca kepada masalah yang dialami oleh Puan Halimah.

Saya ingin menasihati agar pasangan suami isteri dapat memastikan mereka tidak ada gangguan jin dan sihir di dalam badan mereka sebelum melakukan proses rawatan IUI atau IVF. Telah banyak pasangan suami isteri yang saya temui, yang telah melakukan beberapa kali proses IUI dan IVF tetapi masih gagal mendapat zuriat. Hal ini kerana adanya unsur-unsur sihir di dalam badan mereka. Rawatan IUI dan IVF menelan kos rawatan yang mahal. Kos rawatan IUI dianggarkan antara RM500 hingga RM3000 bergantung kepada rawatan dilakukan di hospital kerajaan atau swasta.Manakala, rawatan IVF pula dianggarkan antara RM10,000 hingga RM 20,000. Memandangkan kos rawatan yang tinggi, adalah lebih baik sekiranya pasangan ini dapat memastikan tiada gangguan jin dan sihir di dalam badan mereka dahulu sebelum melakukan proses ini. 

Oleh itu, pasangan suami isteri digalakkan untuk datang ke klinik saya, Pusat Rawatan Islam Al-hidayah bagi memastikan tiada gangguan jin dan sihir di dalam badan mereka. Proses rawatan ini adalah mudah dan tidak memakan masa lama.

Ayat-ayat Al-Quran yang boleh diamalkan untuk mengeluarkan jin-jin dan sihir adalah seperti berikut: 

Surah Al-Mukminun, ayat 105 hingga 118
Surah Fussilat, ayat 25 hingga 44
Surah Al-Baqarah, ayat 165 hingga 186
Surah  Al-A’raf, ayat 40 hingga 62

Manakala, untuk pasangan yang mengalami masalah kesuburan yang bersifat Medical iaitu yang tidak ada kena mengena dengan masalah gangguan seperti penyakit endometriosis, PCOS, dan lain-lain, ayat-ayat Al-Quran yang selalu diamalkan di Pusat Rawatan Islam Al-Hidayah adalah seperti berikut:

Surah Maryam , ayat 31 hingga48
Surah An-Nahli, ayat 81 hingga 89
Surah Ibrahim, ayat 32 hingga 43
Surah Maryam, ayat 75 hingga 98
Surah An Nahli, ayat 66 hingga 74
Surah An Nisaa', ayat 127 hingga 140

Akhir sekali, nasihat dari saya, usahlah berputus asa dengan rezeki dari ALLAH. berikhtiarlah semampu kita, dan pastikan segala ikhtiar kita itu tidak bertentangan dengan syarak. ALLAH itu maha mendengar, berdoalah kepada-NYA. Tiada yang mustahil bagi ALLAH untuk menunaikannya seperti mana ALLAH telah menunaikannya untuk nabi Zakaria,

“Hai Zakaria, sesungguhnya Kami memberi kabar gembira kepadamu akan (beroleh) seorang anak yang namanya Yahya, yang sebelumnya Kami belum pernah menciptakan orang yang serupa dengan dia” -Maryam,7

Ingat, biar apa jua masalah kesuburan yang sedang dialami oleh anda dan pasangan, malah meskipun mengalami masalah mandul, ALLAH masuh mampu mengurniakan zuriat, seandainya kita terus berdoa dan berikhtiar..

“Zakaria berkata: "Ya Tuhanku, bagaimana akan ada anak bagiku, padahal isteriku adalah seorang yang mandul dan aku (sendiri) sesungguhnya sudah mencapai umur yang sangat tua."(Maryam, 8)

Mengapa saya berkata begini? Kerana telah banyak masalah kesuburan yang saya temui, dan alhamdulillah, ALLAH memperkenankan usaha kami dan doa para pasangan, sesungguhnya kita sebagai manusia hanya mampu berusaha dan berdoa.

Bukanlah mustahil untuk ALLAH mengkabulkan doa itu, kerana firman ALLAH...Tuhan berfirman: 
"Demikianlah." Tuhan berfirman: "Hal itu adalah mudah bagi-Ku; dan sesunguhnya telah Aku ciptakan kamu sebelum itu, padahal kamu (di waktu itu) belum ada sama sekali” -Maryam, 9

Sumber rujukan : Pusat Rawatan Islam Al-hidayah

Ahad, 12 Oktober 2014

RESEPI PISANG GORENG CHEESE COKLAT YANG SEDAP

RESEPI PISANG GORENG CHEESE YANG SANGAT SEDAP


Pisang panas.. pisang panas...

Wahhhh..sekarang ni sana sini orang duk cakap pasal pisang cheese..sedap sangat ke...
Sampai berpuluh kilo boleh jual dalam sehari..
Memang terlajak larissss laa..

Dulu masa ke jakarta dan bandung..
Pernah la merasa pisang cheese ni..
Sedap sebab ada cheese kut..
Sekarang tengah meletup2 kat malaysia...

So hasil google saya dapatlah resepi kat bawah...
Senang je rupanya...
Jom kita masak2 pisang goreng cheese coklat...

Bahan-bahan :

Sebiji Pisang Tanduk.. pisang tanduk ni besar..hokayyyy.. (kalau buat 2 biji, gandakan adunan2 di bawah)
Sebenarnya selain pisang tanduk.. boleh guna pisang nangka..pisang abu.. dll.. asalkan pisang ;)
4 sudu besar tepung gandum
2 sudu besar tepung beras
sebiji telur (saiz kecil)
Sedikit serbuk kunyit/pewarna kuning (untuk adunan warna kekuningan)
1sk mentega
Air secukupnya (jangan cair sangat dan pekat sangat)
Garam secukup rasa
Minyak masak untuk menggoreng
Parutan Keju Cheddar secukupnya
Susu Pekat Manis secukupnya
Parutan coklat atau coklat rice secukupnya


Cara-cara :

Gaulkan tepung gandum, tepung beras, serbuk kunyit, mentega, telur dan air sehingga sebati (air masuk sikit-sikit, takut terlebih cair).
Potong pisang mengikut ketebalan yang anda suka. Gaulkan pisang ke dalam bancuhan tepung.
Panaskan minyak dalam kuali.
Goreng sehingga agak garing (suka hati anda).
Angkat dan toskan pisang goreng . Susun dalam pinggan.
Tuang susu perlahan-lahan atas pisang goreng.
Taburkan Keju Cheddar (kalau guna cheddar yang putih, goreng pisang akan lebih terserlah).
Dan taburlah sedikit parutan coklat atau choc rice.


Tadaaaa..dah siap...
Sedap hingga menjilat pinggan hokayyyy :)


DI SINI LAHIRNYA SEBUAH CINTA

DI SINI LAHIRNYA SEBUAH CINTA

Ini gambar produk pertama yang saya guna.. 
Untuk kurus + kesuburan..
Saya memang zero pasal shaklee..
Dapat info dari mr google dan join ahli dengan mok Cksabihah Wmsafwan pun hasil carian mr google..
Alang2 order sy terus join ahli..

Walaupun tak berjaya kurus dan pregnant.. saya tetap consume shaklee sebab saya dpt kebaikan2 lain antaranya keputihan dah say bye bye.. kulit lebih sekata.. kulit lebih lembap ..sengugut pun dah kurang .. parut dah hilang.. tapak kaki licin dan banyak lagi kesan lain yang saya dapat..
Saya juga happy dapat tolong dan bantu org dengan shaklee.

Shaker shaklee memudahkan saya untuk bancuh esp ..pd.. cinch..
Setiapkali travel memang saya akan bawak sekali..
Begitu juga dengan pil box..dpt jimat space.. boleh ltk mcm2 suplemen dlm 1 pil box tu..

Saya share dengan kawan2 kat fb dan blog..
Saya share apa yg makan..apa yang saya minum.. apa kelebihan yang saya dapat..
Kat rumah saya susun botol2 shaklee yang dah guna..letak atas troli...so bila ada tetamu.. sedara mara dtg..dapat saya promosi sekali.

Saya memang berpuashati dengan shaklee..

#shakleeeffect
#ymseffect

Sabtu, 11 Oktober 2014

DIET TINGGI PROTEIN

Diet Tinggi Protein, Perlukah?

Diet tinggi protein telah menjadi trend masa kini. Populariti diet ini tidak dapat disangkal lagi terutamanya dalam kalangan pengamal yang ingin menurunkan berat badan.

Pengambilan protein untuk diet jenis ini adalah sangat tinggi iaitu hampir 50% daripada jumlah kalori harian. Diet seharian sepatutnya membekalkan protein (berdasarkan Saranan Pengambilan Nutrien - RNI Malaysia) sebanyak10% hingga 15% daripada jumlah kalori.

Pengamal diet tinggi protein sememangnya mengambil protein dalam  jumlah yang berlipat kali ganda daripada keperluan asal tubuh.
Diet ini juga sangat rendah karbohidrat iaitu 10% sehingga 40% daripada jumlah kalori berbanding saranan normal iaitu 55% sehingga 65%.

Apakah Sebenarnya Diet Tinggi Protein?
Diet ini menggalakkan pengambilan protein yang sangat tinggi setiap hari.Selain itu, diet jenis ini menyekat pengambilan makanan berkarbohidrat (berkanji) dan juga sekatan ke atas pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran.

Contoh makanan berkanji adalah :nasi roti dan makanan yang diperbuat daripada tepung mee / mihun / spagetti.
Sayur-sayuran pula dihadkan kepada jenis tertentu sahaja.
Sarapan pagi dan makan malam biasanya digantikan oleh minuman berprotein.
Diet tinggi protein ini mungkin rendah kalori tetapi tinggi lemak dan/atau lemak tepu dan juga kolesterol.

Selain itu, diet ini juga rendah serat,vitamin dan mineral akibat sekatan pengambilan karbohidrat, buah-buahan dan sayur-sayuran.
Ia juga kurang variasi dan tidak memenuhi Saranan Pengambilan Nutrien (RNI) Malaysia, 2005. 

Adakah Diet Ini Berkesan Untuk Penurunan Berat Badan?
Penyelidik mengakui bahawa diet ini dapat menurunkan berat badan. Walau bagaimanapun, tahap keselamatan untuk jangka masa panjang adalah diragui. 

Bagaimanakah Berat Badan Dapat Diturunkan Melalui Diet Ini?
Apabila makanan berkanji diambil dalam kuantiti yang minimum, berat badan akan berkurangan disebabkan oleh kehilangan air daripada tubuh.
Bekalan karbohidrat (kanji) yang terhad ini menyebabkan simpanan gula (glikogen) dalam hati dan otot digunakan sebagai sumber tenaga. Setiap 1 gram glikogen ini diikat bersama 2 gram air. Apabila ia dipecahkan, air akan turut hilang. Hampir 100 gram glikogen disimpan di hati, manakala 400 gram disimpan di otot. Penggunaan glikogen ini menyebabkan kehilangan berat sebanyak hampir 1 kg.Apabila simpanan glikogen ini habis digunakan, badan terpaksa mencari punca tenaga alternatifiaitu lemak. Apabila lemak dipecahkan akan wujud keadaan yang dipanggil “ketosis”.Ketosis akan membuatkan pengamal diet tidak rasa lapar. Ketosis mempunyai banyak kesan sampingan seperti :
pening,mudah marah,lesu, loya,muntah,termasuklah rasa tidak selesa kepada pengamal diet tersebut. 

Apakah Kebaikan Diet Tinggi Protein?
Rasa kenyang yang lebih lama memberikan kepuasan kepada pengamal diet tinggi protein. Protein akan berada di dalam perut lebih lama berbanding dengan karbohidrat dan lemak.

Oleh itu, sesiapa yang mengambil banyak makanan berprotein akan berasa kenyang lebih lama. Berat akan berkurangan disebabkan pengamal diet tidak perlu kerap makan.
Walau bagaimanapun, ini hanyalah kesan jangka masa pendek.Biasanya berat badan akan mula bertambah setelah pengamal berhenti atau tidak lagi mengambil diet tinggi protein. 

Apakah KEBURUKAN Diet Tinggi Protein?
Berat yang hilang pada peringkat awal bagi pengamal diet ini hanyalah akibat kehilangan air.

Diet ini dikaitkan dengan pelbagai masalah kesihatan seperti :

Penyakit jantung :
Pengambilan protein yang tinggi terutamanya daripada sumber haiwan menggalakkan kenaikan aras lemak tepu di dalam darah.Lemak tepu yang tinggi akan menambahkan risiko.

Strok :
Sekatan pengambilan sayur dan buah akan mengurangkan pengambilan serat harian seseorang. Serat boleh membantu kawalan aras kolesterol.

Gout :
Pengambilan protein yang tinggi juga boleh meningkatkan aras asid urik di dalam darah. Pengumpulan asid urik dikaitkan dengan penyakit gout.

Masalah buah pinggang dan hati :
Diet tinggi protein untuk jangka masa yang lama akan membebankan buah pinggang dan hati.Kedua-dua organ ini perlu bekerja lebih untuk mengeluarkan ketone yang terhasil untuk dikumuhkan melalui urin.

Sembelit:
Kekurangan pengambilan serat juga akan mengakibatkan masalah sembelit.

Kanser:
Sumber tumbuhan juga kaya dengan fotokimia (phytochemical) dan anti pengoksida (antioxidant) yang berupaya membantu mengurangkan risiko kanser.Sekatan makanan berkanji akan mengurangkan bahan ini di dalam tubuh, yang sepatutnya membantu pertahanan tubuh daripada penyakit.

Kekurangan vitamin dan mineral:
Sayur dan buah membekalkan vitamin dan mineral, sekatan ke atas kedua-dua jenis makanan ini secara tidak langsung menyebabkan badan tidak dapat bekalan vitamin dan mineral yang mencukupi. 

Adakah Terdapat Kajian Saintifik Tentang Diet Tinggi Protein?
Dalam satu kajian yang dinamakan Nurses’ Health Study melibatkan 1,624 wanita dan mengambil masa 11 tahun (1989-2000), didapati individu yang mempunyai buah pinggang yang lemah dan mengambil protein yang tinggi terutama daripada sumber haiwan berkecenderungan untuk kehilangan fungsi buah pinggang dengan lebih pantas. 

Berat Badan Yang Hilang, Bolehkah Dikekalkan?
Amalan diet tinggi protein biasanya sukar untuk diikuti untuk jangka masa panjang.Biasanya apabila pengamal diet tinggi protein ini berhenti dan bertukar kepada diet biasa, berat badan yang hilang akan naik semula.
Kenaikan berat badan yang banyak boleh berlaku selepas seseorang berhenti mengambil diet tinggi protein. 

Adakah Saya Perlu Mengamalkan Diet Tinggi Protein Untuk Kurus?
Tidak perlu !Amalkan gaya hidup sihat untuk menurunkan berat badan.Kurangkan pengambilan kalori harian dengan memilih makanan yang kurang berlemak.
Pastikan diet harian adalah seimbang iaitu dengan mengambil makanan daripada kumpulan makanan yang terdapat di dalam piramid makanan.
Diet harian perlu ada gabungan makanan seperti nasi, roti atau bijirin bersama-sama dengan sayur-sayuran dan buah-buahan.
Pilihlah makanan berprotein yang kurang berlemak (lean) dalam jumlah yang disarankan.
Senaman dan riadah juga perlulah dimasukkan ke dalam jadual harian seseorang yang ingin mencapai berat badan yang ideal. 

Penurunan berat badan secara beransur-ansur adalah digalakkan berbanding dengan penurunan yang mendadak.Oleh itu, ubahlah cara hidup ke arah yang lebih sihat serta amalkan senaman secara konsisten untuk mendapatkan berat badan yang ideal. 

Rujukan :
Knight EL, Stampfer MJ, Hankinson SE et al (2003) The impact of protein intake on renal function decline in women with normal renal function or mild renal insufficiency. Ann Intern Med 2003 Mar 18;138(6):151 

Semakan akhir:03 Disember 2013

Penulis:Datin Nor Sharita binti Mohd Saad 

CARA MINUM ESP SHAKLEE

Cara Minum ESP Shaklee

Salah satu soalan wajib yang customer atau bakal customer akan tanya saya bila nak beli ESP Shaklee adalah...

" Macam mana nak minum ESP Shaklee ni kak? "
jawapan yang selalu diberikan sama jek :P 

" ESP Shaklee ni dalam bentuk serbuk. Jadi ia perlu dibancuh dengan air. 
Boleh bancuh  dengan air suam/jus/milo/horlicks/susu  "

Resepi ESP :

1) ESP Shaklee + Air Suam
2) ESP Shaklee + Fresh Milk (Susu kotak atau susu tepung)
3) ESP Shaklee + Milo
4) ESP Shaklee + Twister Oren
5) ESP Shaklee + Fresh Milk + kurma (kurma tu rendamkan dulu dan boleh potong saja kecil2 mahupun blend)
6) ESP Shaklee + Ribena 
7) ESP Shaklee + Nesvita 3 in 1
8) ESP Shaklee + Susu Anmum
9) ESP Shaklee + campuran buah-buahan dan blend (boleh pilih buah kegemaran anda)
10) ESP Shaklee + Horlicks
11) ESP Shaklee + Nestle Bliss
12) ESP Shaklee + Meashake/Performance Drink/Cinch Shake

Cadangan Sukatan yang boleh digunakan dan Waktu yang sesuai untuk Minum ESP Shaklee ni adalah :

Sukatan : 1 sudu besar ESP + Air Kegemaran Anda (1 atau 2 kali sehari)  

Jika  anda bercadang untuk mengamalkan Dietary, anda boleh minum ESP pada awal-awal pagi sebelum pergi kerja, sebab awal-awal pagi lagi perut dah 'kroik' 'kroik' lapar.

Untuk yang ingin kuruskan badan, boleh mengambil ESP di antara waktu makan utama supaya perut rasa kenyang:) 

Tips ESP Shaklee
Jangan bancuh dengan air panas, air kafein atau air berkarbonat sebab boleh hapuskan nutrisi
Jangan ambil lebih dari 3 sudu sehari kerana ini akan membebankan ginjal
Gunakan tumbler atau shaker untuk menggoncang bancuhan ESP untuk lebih mudah larut.
Kalau guna sudu sahaja, nanti tak semua yang larut, jadi berketul-ketul.

Anda mesti cuba ESP Shaklee sekarang.

Hubungi saya untuk konsultasi percuma
0189090120 | Arieda

#readysyock
#posseluruhmalaysia

Jumaat, 10 Oktober 2014

KENAPA KITA PERLUKAN SUPLEMEN

Kenapa Kita Perlukan VITAMIN

Sesetengah orang merasakan mereka tidak perlu mengambil vitamin atau supplement sbb setiap hari mereka mengambil makanan yg seimbang..mengambil makanan seimbang mmg sgt2 bagus..tp adakah vitamin dan zat2 yang terkandung dalam makanan yg kita ambil itu sempurna???
Jika anda mengalami atau menghadapi salah satu dari keadaan di bawah, mungkin anda perlu pertimbangkan semula dengan untuk mengambil makanan tambahan/ vitamin.

~PENGHADAMAN MAKANAN YG TIDAK SEMPURNA.   
Penghadaman makanan yang tidak sempurna juga boleh menjadi sebab kita memerlukan vitamin tambahan seperti suplement. Bila kita tidak mengunyah makanan dengan secukupnya atau kita makan dengan kadar yang agak cepat,menyebabkan saiz makanan yang kita telan agak besar. Saiz partikel makanan yg agak besar tidak boleh dicerna dengan sempurna oleh sistem penghadaman kita. Orang yang memakai gigi palsu juga harus lebih berhati-hati dengan situasi ini.

~PEMAKANAN & MINUMAN  
Minuman yang terlalu panas atau pengambilan kopi,teh, jeruk dan rempah ratus yang berlebihan boleh menyebabkan berlakunya RADANG pada saluran penghadaman kita. Ini boleh menyebabkan penyerapan vitamin bekurangan.

~PROSES PEMASAKAN 
Makanan yang dimasak dengan lama boleh menyebabkan kehilangan vitamin-vitamin B kompleks dan C. Ada juga vitamin B yang dirosakkan oleh radiasi yang dihasilkan  oleh ketuhar gelombang mikro.

~MAKANAN YANG DIPROSES 
Penyejukbekuan makanan yang mengandungi vit E mengurangkan kandungannya bila dikeluarkan dari freezer.

~PENGAMBILAN ANTIBIOTIK 
Antibiotik membunuh semua kuman termasuk kuman-kuman baik dalam perut. Kuman-kuman ini membantu menghasilkan vitamin-vitamin B.

~SAKIT 
Pembedahan menyebabkan badan kita memerlukan lebih zink, vitamin E dan sebagainya. Tulang yang pernah patah memerlukan kalsium, vit D dan C yang lebih banyak.

~TEKANAN 
Badan kita memerlukan lebih vitamin B kompleks dan C bila anda dalam keadaan tertekan (stress).

~PMT (Pre - Menstrual Symdrome) 
Tanda-tanda sperti sakit kepala dan sebagainya semasa dtg haid dapat dikurangkan dengan pengambilan vit B.

~MENGANDUNG 
Keperluan semasa mengandung adalah lebih tinggi. Kita perlu lebih vitamin B (termasuk asid folik), A,D,E dan mineral-mineral kalsium, zat besi, magnesium,zink dan phosporus.

~KURANG PENDEDAHAN PADA CAHAYA MATAHARI. 
Golongan ini kekurangan vitamin D yang penting dalam metabolisma kalsium.

~MEROKOK 
Sekiranya anda seorang perokok,keperluan vit C dalam badan anda meningkat. Sebatang rokok dikatakan menyebabkan kehilangan 30mg vit C.

~PENGAMBILAN JULAP 
Pengambilan julap atau laxatif yang berlebihan menyebabkan penyerapan vitamin berkurangan. ini adalah kerana makanan yang diambil dibuang dgn cepat- waktu transit untuk penyerapan berkurangan. Penggunaan paraffin dan minyak mineral yg lain meneyebabkan kehilangan vitamin larut minyak seperti vitamin A dan E.

~PENGAMBILAN ALKOHOL 
Alkohol yang berlebihan merosakkan hati dan pankreas. Organ-organ ini penting dalam proses penghadaman makanan. Pengambilan alkohol yang banyak dan berterusan meningkatkan keprluan vitamin-vitamin thiamin, niacin, pyridoxin,asid folik, vitamin B12, vitamin C dan vitamin A.