Sabtu, 24 Januari 2015

GLA COMPLEX

GLA COMPLEX

GLA Complex Shaklee merupakan kombinasi minyak borage yang mengandungi asid gamma linolenik (GLA), asid linolenik (LA), minyak bunga matahari dan vitamin E.

Kebiasaannya digunakan untuk regulate kitaran haid, simptom PMS, sakit kepala dan untuk mereka yang menopause.

Selain itu, GLA Complex ini amat bagus untuk skin texture, skin repair dan buat skin glowing.

Sabtu, 17 Januari 2015

MULTIVITAMIN DAN MINERAL

VITA-LEA

Multivitamin/multimineral seisi keluarga..
Sesuai sangat untuk mereka yang tak suka nak telan pills banyak-banyak..

Sebiji vita-lea dah ada 28 vitamin dan mineral penting untuk membantu memastikan keperluan mikronutrien tubuh dipenuhi.

Pendek kata VITA-LEA adalah untuk kesihatan menyeluruh.
Sebotol ada 120 pcs..
Sebiji sehari dah cukup..wow! Tahan 4 bulan tau! 

0189090120
Ready stock

Rabu, 14 Januari 2015

KENAPA KITA PERLU DETOX???

Kenapa Kita Perlu Detox?

Assalam buat semua..
Selamat tahun baru 2015..
Hari nie saya nak berkongsi tentang detox.
Sebab akhir-akhir nie ramai yang tanya saya tentang detox, perlu ker kita detox badan kita, dan macam-macam soalan lagi.

Apakah Detox?
Detoksifikasi adalah proses penyingkiran himpunan toksin yang terkumpul di dalam tubuh badan terutamanya di hati, kolon, ginjal, darah dan sistem limfotik. 
Tubuh manusia secara fitrahnya mempunyai kekuatan dalaman yang mampu mengawal kesihatan diri, tetapi mekanisme ini tidak akan berfungsi apabila tubuh anda telah dilonggokkan dengan terlalu banyak himpunan toksin.
Keadaan menjadi semakin serius apabila toksin ini tidak dapat dikeluarkan dengan sempurna dan badan juga tidak mendapat zat nutrien yang secukupnya (40 jenis nutrien).

Masalah berat badan berlebihan berpunca daripada perut. Untuk kekal langsing (dan sihat), sistem gastrointertinal mesti berfungsi dengan sempurna. Usus anda sebagai saluran paip longkang dalam sinki dapur anda.Gris dan lain-lain bahan buangan sentiasa mengalir keluar melaluinya. Jika ianya tidak selalu dibersihkan, bahagian dalam paip itu akan berlekat dan menjadi tersumbat.
Bila ini berlaku dalam usus, metabolisme anda akan menjadi perlahan dan tubuh akan kehilangan keupayaan untuk menyerap nutrien daripada bahan makanan yang anda makan (jadi ianya akan menghantar isyarat untuk mendapatkan lebih banyak makanan).
Anda akan rasa letih dan tidak bermaya dan tubuh anda akan menyimpan air dan anda menghadapi masalah berat badan.

Pembersihan saluran gastrointestinal mempengaruhi kesihatan dan membawa kesan terhadap perubahan berat badan. Jika tubuh anda sihat, sistem anda hanya perlukan masa antara 24 hingga 48 jam untuk mencerna makanan, menyerap nutrien dan mengeluarkan bahan buangan.
Pada masa ini kebanyakan orang mengambil 2, 3 atau 5 kali lebih lama daripada ini. Ini bererti bahan buangan berada dalam usus bagi jangkamasa yang amat lama.
Bahan buangan menjadi "berlekat" atau "termampat", ini membawa kepada masalah membuang air besar dan masalah berat badan.

Usus manusia berfungsi untuk menyerap nutrition termasuklah trace mineral, vitamin air adan sebagainya.Setiap hari kita makan dan makanan melalui usus besar kita. Dan akhirnya lebihan makanan yang diserap tersebut akan menjadi bahan buangan.
Malangnya, tidak semua bahan buangan tersebut dapat dibuang. Ia melekat di dinding usus tersebut.
Akibatnya sel yang menyerap nutrition tersebut tersumbat dan menyebabkan organ badan tidak mendapat bekalan nutrition tersebut.

Sebab itu banyak penyakit berpunca dari kolon yang dipenuhi toksin di dalam usus. Contohnya, jika sering sakit kepala, bermaksud sel di kepala gagal mendapat nutrition, puncanya tiada nutrition yang diserap oleh usus yang menyerap nutrition kerana tersumbat.

Apakah Manfaat Detox?
■Mencegah penyakit
■Mengistirehatkan organ tubuh
■Membersihkan bahagian dalam tubuh
■Membersihkan jerawat
■Melambatkan proses penuaan
■Meningkatkat kesuburan

Jom detox dengan Shaklee ...
Lebih selamat dan semulajadi..

0189090120

Selasa, 13 Januari 2015

MENGATASI MASALAH RESDUNG

Tips Atasi Masalah Resdung

Adakah anda pengidap resdung?
Boleh dikatakan rata2 kita ada masalah bersin di pagi hari, gatal di kawasan muka ataupun hidung berair.
Itu adalah antara simptom resdung.
Masalah ini sebenarnya mengganggu aktiviti kita seharian dan menyebabkan kita tidak selesa.

Biasanya mereka yang mengalami resdung akan berkawan rapat dengan tisu…memang la tidak menyenangkan…

Apa Punca resdung?

Resdung adalah radang pada saluran pernafasan. Ini disebabkan jangkitan pada rongga hidung

Keadaan ini menyebabkan banyak bendalir atau mukus dihasilkan dan tersumbat. Bila ini terjadi, kuman dan bakteria akan memenuhi mukus dan menyebabkan masalah kesihatan.

Pengidap resdung akan alah pada habuk terutamanya. Apabila menyapu atau mengemas rumah, habuk akan masuk dalam hidung menyebabkan kita akan bersin tanpa henti. Kadang2 bersin berserta dengan hidung berair. Seterusnya gatal2 pada bahagian muka.

Selain itu menyelam dalam air sungai yang kotor pun akan meyebabkan resdung dan sakit gigi disebabkan bakteria pun boleh menyebabkan penyakit ini.

Bila gatal… Allah saje yang tahu….rasa macam nak garu seluruh muka tapi tak boleh. Biasanya keadaan ini akan berlarutan sehingga ada yang kronik hingga mendapat jerawat dan selsema yang berterusan.

Perkara yang paling biasa kita dengar bila terkena resdung ialah terpaksa pantang makan terutama seafood. Emmm…hilang satu nikmat dunia…Terutama udang dan sotong,  perlu dielakkan kalau tidak muka akan gatal2 sehingga ada yang teruk hingga bengkak muka.

Banyak cara sebenarnya untuk mengatasi masalah ini. Biasanya banyak kita dengar merawat resdung menggunakan cara tradisional atau makan ubat rsdung.Anda tentu pernah menggunakan pelbagai cara untuk merawat resdung..

Sekarang ucapkan selamat tinggal kepada:

■asap rawatan resdung

■rasa pedih dan azab semasa rawatan resdung

■bersin di awal pagi dan semasa sejuk

■bersin tidak henti2 selpeas terhidu habuk dan debu

■rasa gatal pada muka dan kulit

■jerawat yang timbul sebab resdung

Seksanya hidup….apa kata kita cuba cara moden pula dengan menggunakan set resdung shaklee..
Caranya dengan meningkatkan daya tahan melawan penyakit.
Makan makanan tambahan yang kaya dengan zat penguat sistem imun badan.

Set Resdung Shaklee:

★Alfafa

★B complex

★Vitamin C

Perlu diingat supplemen ini bukan ubat, ia adalah supplemen untuk meningkatkan imunisasi badan.

★Alfafa

~melawan alahan-memperbaiki keadaan kulit dan hidung sensitif, kurap, bau badan dan ulat air dengan berkesan

~mempunyai manfaat mengurangkan keradangan disebabkan resdung dan lain-lain

★B Complex

~detoks sifikasi – meredakan alahan

~membantu mengawal stress. stress memberi kesan negatif kepada kekuatan imun badan. Ini seterusnya meningkatkan kekuatan melawan penyakit

★Vitamin C

~anti oksidan yang bagus. memusnahkan radikal bebas yang boleh menyebabkan kanser dalam badan

~meningkatkan antibodi dan imuniti seseorang

~memulihkan dan memastikan proses metabolik yang berlaku dalam badan berfungsi dengan baik.

Pilihan ada di depan mata. Anda hanya perlu buat pilihan yang terbaik. Jangan rasa rugi untuk mencuba sebab mungkin shaklee boleh membantu anda. Jangan dibiarkan resdung ini melarat takut akan menyebabkan penyakit yang lebih kronik.

Berapa harga set ini?

Alfafa (330 biji) RM 53.75

B complex (120 biji) RM 53.75

Vitamin C (180 biji) RM 92.50

Jumlah harga runcit set resdung ialah RM 200.

Mahal? Anda nak harga lebih murah. Boleh saje..

Daftar saje ahli di sini. Anda akan diberi penjimatan lebih kurang 5-20 %.  Jika anda berminat, anda pun boleh buat bisnes dengan bermodalkan RM75 sahaja.

Atau ada apa soalan boleh hubungi saya dengan segera. InsyaAllah boleh membantu anda

0189090120
ARIEDA WANDA
Wassap / call / sms

Ahad, 4 Januari 2015

SET KESIHATAN KANAK-KANAK

Set Vitamin Shaklee Untuk Kesihatan Kanak-Kanak

Perlu ke vitamin untuk anak2 ni?
Sejujurnya saya katakan, tidak perlu dengan syarat anak-anak tidak cerewet makan.
Makan ikan, daging, telur, sayur-sayuran, buah-buahan, kekacang dan hasil tenusu dengan lengkap seperti piramid makanan sesuai dengan keperluan hariannya dan betul cara penyediaannya.

Namun begitu, kebanyakkan kanak-kanak hari ni sangatlah memilih makanan... walaupun tidak semua begitu...
Ada setengahnya hanya nak makan nasi + telur + kicap sahaja... Macam dalam iklan tv tu... anaknya hanya nak makan hotdog je... huhuhu... macam mana mereka nak dapat khasiat yang lain?
Di sinilah pentingnya pengambilan vitamin anak2... Kanak-kanak yang sedang membesar memerlukan zat dan nutrien yang penting dalam pertumbuhannya.

Contohnya protein untuk tumbesaran, kalsium untuk membentuk tulang dan gigi yang kuat dan sihat, DHA untuk perkembangan otak dan mcm2 lagi...

Tahukah anda???Dari kelahiran hingga umur 3 tahun, perkembangan otak amat peka terhadap pemakanan bayi dan 75% daripada kapasiti otaknya berlaku dalam tempoh yang genting ini.
Selepas umur dua tahun, pengambilan makanan berlemak seharusnya diambil dalam kuantiti sederhana rendah untuk mengelakkan penyakit jantung, kegemukan dan masalah kesihatan yang lain.
Pada umur lima tahun, 90% daripada perkembangan otak kanak-kanak telah lengkap.
Antara umur 11 dan 16 tahun, satu peningkatan yang besar dalam tumbesaran biasanya berlaku dengan peningkatan berat badan dan pertumbuhan otot yang ketara.

Jangan salah anggap ye... Tidak semestinya perlu semua ini... Ia boleh diambil mengikut kesesuaian peringkat umur dan keperluan setiap anak... Iaitu:

*Kanak-kanak bawah 1 tahun – SUSU IBU.
*Kanak-kanak 1-3 tahun – MEALSHAKE & OMEGAGUARD.
*Kanak-kanak 4 tahun ke atas – MEALSHAKE/VITA-LEA    FOR CHIDREN, OMEGAGUARD, CHEWABLE VITA-C.

Jom lihat apakah khasiat vitamin-vitamin berkenaan....  

1. Meal Shakes
# Minuman berperisa vanila yang lazat dan disukai anak-anak
# Mengandungi 19 vitamin dan mineral penting
# Rendah lemak dan rendah glisemik
# Sumber protein dan kalsium
# Sesuai untuk hidangan sarapan pagi dan sebelum tidur

APAKAH KHASIAT MEALSHAKE INI?
* Meningkatkan sistem imun anak.Jadi anak tidak mudah mendapat penyakit.Jika sakit akan cepat sembuh.
* Meningkatkan selera makan anak.
* Membantu mengurangkan masalah eczema
* Kulit tidak mudah lekat parut. Jika berparut akan cepat hilang.
* Membantu mengatasi masalah sembelit anak.
* Membantu mencantikkan tekstur kulit.
* Menjadikan anak lebih sihat,bertenaga dan aktif sepanjang hari..
* Mengatasi alahan semasa mengandung dan membuka selera bg ibu yang tiada selera makan.
* Bagi ibu yang menyusukan,mealshake juga membantu melancarkan penyusuan ibu....

Nota : Setiap bancuhan Shaklee Meal Shake memberikan satu pertiga daripada US RDA dengan 19 vitamin/ galian yang diperlukan bersama dengan protein, galian dan 3gm serat. Ia adalah pemakanan tambahan yang lengkap.

2. OmegaGuard
# Penting bagi perkembangan dan fungsi otak# Meningkatkan sistem imunisasi
# Menapis segala virus dan bacteria daripada badan.
# Kanak-kanak yang mengambil Omega-3 sedari kecil dapat mengurangkan jangkitan pernafasan.

3. Chewable Vita-C @ 100mg
# Menguatkan Fungsi Imunisasi. Tubuh badan anda boleh melakukan banyak perkara, tetapi ia tidak boleh membuat atau menyimpan vitamin C.
# Membantu mengekalkan pertahanan semulajadi tubuh badan
# Membantu anda menjaga kesihatan gigi dan gusi serta struktur tulang. Ia sangat penting bagi gigi yang kuat dan gusi yang sihat
# Meningkatkan penyerapan zat besi daripada sumber bukan daging
# Untuk kesihatan tulang, gigi, gusi serta juga struktur am tubuh badan

4. Vita-Lea® for Children Chewable
# Menyediakan 19 vitamin dan mineral penting
# Sumber kalsium untuk pembinaan tulang
# Baik untuk kesihatan
# Sumber harian tambahan bagi vitamin B

Untuk yang berminat atau ada sebarang pertanyaan bagi mendapatkan set vitamin kanak2 ini anda boleh hubungi saya melalui: 

Sms/ call / wassap 0189090120
Facebook : Arieda Wanda

Jumaat, 12 Disember 2014

CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Assalamualaikum,
Berkongsi sedikit ilmu… dari JAKIM.

Mandi wajib yg betul…..
Mandi wajib merupakan perkataan yang mudah disebut, tetapi jangan terkejut jika dikatakan banyak umat Islam di tanahair kita yang tidak sah mandi wajibnya kerana tidak melakukannya dengan betul.
Untuk melakukan mandi wajib yang betul, seseorang itu tidak boleh melakukannya dengan hanya mandi secara berdiri atau duduk mencangkung sahaja.
Sebaliknya, ia mesti dilakukan dalam kedua2 keadaan bagi membolehkan seseorang itu meratakan air ke seluruh anggota badannya yang zahir.

Penolong Pengarah Bahagian Dakwah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Uztaz Haji Mat Jais Kamos, 49, menegaskan, bagaimanapun, berdasarkan pengalamannya sebagai bekas kadi di Pejabat Agama Islam Gombak Timur dan penceramah, didapati banyak umat Islam yang tidak mengetahui perkara ini.
“Akibatnya, mandi wajibnya menjadi tidak sah kerana tidak memenuhi salah satu rukun mandi wajib iaitu meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir. Apabila mandi wajib tidak sah, ibadat yang dilakukan oleh seseorang itu juga turut tidak sah. Itulah akibatnya jika tidak melakukan mandi wajib dengan betul,” tegas beliau ketika ditemui di rumahnya di Taman Sri Keramat Kuala Lumpur .

Mandi wajib yang juga sebagai mandi junub atau janabah tidak boleh dipandang ringan oleh umat islam. Setiap orang yang melakukannya mestilah mengetahui dan memenuhi rukun2nya. Jika tidak mandi wajib seseorang itu tidak akan sah. 

Rukun mandi wajib ada 3 perkara 
Pertama: niat. 
Kedua: menghilangkan najis di badan. 
Ketiga: meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir.

Niat mandi wajib: “Sahaja aku mengangkat hasar besar kerana Allah Taala.” Atau ” Sahaja aku mandi wajib kerana Allah Taala.”

Niat itu di dalam hati dan ia hendaklah disertakan ketika air sampai ke mana2 bahagian anggota badan.
Bagi perempuan yang habis haid, niat mandi wajib ialah: ” Sahaja aku mengangkat hadas haid kerana Allah Taala.” Manakala bagi perempuan yang habis nifas, niat mandi wajibnya ialah: ” Sahaja aku mengangkat hadas nifas kerana Allah Taala”.

Niat itu jika dilambatkan atau ketika seseorang itu memulakannya selepas dia telah membasuh salah 1 anggota badannya akan menjadikan mandi wajibnya tidak sah. Oleh itu dia mestilah memulakan kembali niatnya ketika dia mula menyampaikan air keseluruh anggota badannya. Sekiranya dia berniat sebelum air sampai ke badan, niat itu juga tidak sah. Oleh itu mandi wajibnya tidak sah.

Mengenai rukun mandi wajib yang ke2, iaitu menghilangkan najis yang ada pada badan , menurut Ustaz Haji Mat Jais, menurut Imam Nawawi, jika kita ada najis di badan, najis itu boleh dibasuh serentak dengan mandi wajib. Ertinya membasuh najis dengan mandi itu boleh disekalikan.

Sementara rukun mandi wajib yang ke3, iaitu meratakan air ke seluruh anggota badan yang zahir , meliputi kulit, rambut dan bulu yang ada di badan, sama ada bulu2 yang jarang atau lebat.
Jika rambut seseorang itu ditocang atau disanggul, sekiranya tidak sampai air ke dalamnya, tocang atau sanggul itu wajiblah dibuka. Bulu2 dalam lubang hidung pula, tidak wajib dibasuh kerana dianggap batin. Tetapi sekiranya, bulu2 di dalam hidung itu bernajis, ia wajiblah dibasuh.
Mengenai kuku pula, jika di dalam kuku ada kotoran yg boleh menghalang sampai air ke badan khususnya di bahagian bawah kuku, kotoran itu wajiblah dibuang. Membuang kotoran di dalam kuku itu pula boleh dilakukan ketika sedang mandi.

Tentang rambut yg diwarnakan pula selain inai, inilah yang merumitnya. Sebenarnya jika rambut seseorang itu diwarnakan dengan pewarna selain inai, mandi wajib seseorang itu tidak sah. Oleh itu, seseorang yang mewarnakan rambutnya dengan pewarna selain inai, jika dia hendak mandi wajib, dia mestilah membuang pewarna pada rambutnya terlebih dahulu. Tetapi untuk membuang pewarna itu pula bagaimana?.. Inilah yang rumitnya. Sedangkan pewarna pada rambut itu sebenarnya tidak boleh dibuang begitu mudah.Yang menyebabkan mandi wajib orang yang menggunakan pewarna pada rambutnya tidak sah kerana pewarna itu akan menyalut rambutnya yang menghalang air sampai ke rambut. Ini berbeza dengan inai. Inai sebenarnya akan meresap ke rambut, tetapi pewarna pula akan menyalut rambut menyebabkan air terhalang ke rambut.Tetapi dalam hal ini, jangan pula ada yang salah faham. Sebenarnya pewarna itu jika dikeluarkan sijil halal oleh JAKIM dan sekiranya pewarna itu tidak bernajis, bukanlah bermaksud menjadi tidak sah.

Dalam hal ini, sukalah saya menyatakan bahawa sembahyang dan mandi wajib itu berbeza. Jadi, mestilah dipandang dari sudut yg berbeza.Dalam hal ini juga, sukalah saya menyatakan, huraian mengenai rukun mandi wajib seperti yang telah saya nyatakan ini adalah merupakan perbezaan sah atau tidak mandi wajib.
Jadi, ia perlulah diberikan perhatian yang lebih oleh umat Islam.

Mengenai sebab2 seseorang itu wajib mandi wajib pula, Ustaz Haji Mat Jais menegaskan, sebab2nya terdiri daripada 6 sebab.
3 sebab melibatkan lelaki dan perempuan iaitu kerana bersetubuh walaupun tidak keluar air mani, keluar air mani dan mati.
Manakala 3 sebab lagi hanya melibatkan kaum perempuan sahaja, iaitu keluar darah haid, nifas dan melahirkan anak(wiladah).

Mandi wajib boleh dilakukan di mana2 dengan menggunakan air mutlak sama ada air telaga, air paip, sungai laut dan tasik. Bagi pasangan suami isteri yang bersetubuh pula, mereka tidak semestinya mandi selepas bersetubuh, tetapi diwajibkan mandi ketika ingin beribadat.Selepas bersetubuh pula, jika ia dilakukan pada waktu malam, jika tidak mahu mandi wajib, seelok2nya ambillah wuduk sebelum tidur itu adalah sunat, manakala tidak berwuduk sebelum tidur adalah makruh.

Panduan Tambahan :

1. Agar wajah selalu segar, berseri-seri dan cantik, cucilah minima 5 kali sehari dengan air wudhu. Jangan langsung dikeringkan, biarkan menitis dan kering sendiri. Lalu ambillah sajadah, shalat, berdzikir, dan berdo’a.
2. Untuk menghilangkan stress, perbanyaklah ‘olahraga’. Cukup dengan memperbanyakkan solat. Ketika solat, kita mengerakkan seluruh tubuh. Lalu berkonsultasilah pada Allah SWT dengan dzikir dan doa.
3. Untuk pelembab, agar awet muda, gunakanlah senyuman. Tidak hanya di bibir tapi juga di hati. Jangan lupa bisikkan ‘kata kunci’, “Allahuma Kamma Hassanta Khalqii Fahassin Khuluqii” (Ya Allah sebagaimana engkau telah memperindah kejadianku, maka perindah pula akhlaqku). (HR Ahmad).- (DOA TENGOK CERMIN).
4. Untuk punya bibir cantik, bisikkan kalimat-kalimat Allah, tidak berbohong atau menyakiti hati orang lain, tidak menyombongkan diri atau takbur.
5. Agar tubuh langsing, mulus, diet yang teratur dengan berpuasa seminggu 2 kali, Isnin dan Khamis. Jika kuat, lebih bagus lagi puasa Nabi Daud AS i.e. selang satu hari. Makanlah makanan halal, perbanyak sayuran, buah-buahan, dan air putih.
6. Untuk mengembangkan diri, sebarkan salam dan sapaan. Dengan demikian kita akan banyak dikenal dan disayangi.

Rahsia 13
Inilah dia rahsia as-solat, sebagai peringatan bagi yang sudah tahu atau panduan bagi yang baru tahu……

1. Niat Sembahyang Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.
2. Berdiri Betul Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.
3. Takbir-ratul Ihram Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.
4. Fatihah Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.
5. Ruqu’ Sebagai tikar kita di dalam kubur.
6. I’tidal Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika di dalam kubur.
7. Sujud Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.
8. Duduk antara 2 Sujud Akan menaung panji-panji nabi kita di dalam kubur.
9. Duduk antara 2 Sujud (akhir) Menjadi kenderaan ketika kita di padang Mahsyar.
10.Tahhiyat Akhir Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir di dalam kubur.
11.Selawat Nabi Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.
12.Salam Memelihara kita di dalam kubur.
13.Tertib Akan pertemuan kita dengan Allah S.W.T.

Dari Abdullah bin ‘Amr R. A., Rasulullah S. A. W.bersabda : “Senarai di atas adalah salah satu sebab mengapa orang Yahudi / Kafir tidak sukakan angka 13 dan juga Hari Jumaat. Itulah sebab mengapa mereka mencipta cerita yang begitu seram sekali iaitu ” FRIDAY the 13th ” jika ada di kalangan kamu yang perasan!!!”

Wassalam.
“Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat…”
Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manafa’at kepada manusia lain…

PROMOSI AL-QURAN DIGITAL FOCUS 1

Al-Quran Digital Murah (RM155)

Model Al Quran Digital Read Pen Model Focus 1 

Model Eksecutive Terbaru 2014
Memperkenalkan read pen digital yang boleh membaca sepatah demi sepatah ayat Al Quran bagi tujuan pembelajaran sama ada untuk anda,anak-anak,ibu bapa dan sesiapa sahaja.Ianya juga amat sesuai bagi mereka yang belum lancar bacaan agar setiap ayat dapat disebut dengan makhraj dan tajwid dengan betul.

Fungsi Al-Quran ini adalah sama dengan Al-Quran yang lain,keistimewaannya ialah teknologi read pen yang membaca ayat per ayat dan surah per surah.Sentuh saja mata pen pada mana mana Ayat atau Surah,read pen ini akan mengeluarkan bacaan mengikut Qari pilihan kita.

 

 Kenapa Model Focus 1  ?

>>MODEL TERBAIK dipasaran dunia, Kualiti Tinggi, Lengkap, Asli pada Harga Termurah!

>>SETANDING, malah LEBIH BAIK dari model tempatan/import dipasaran.

>>PALING LENGKAP! PQ15, bentuk/kotak sama, cuma lebel kotak berlainan.

>>Keluaran ENMAC EGINEERING LIMITED, produk import terpilih dari serata dunia.

>>NO1, Pelopor Produk Digital Islamic dunia selama 10 tahun (since 2002)

>>PENGELUAR ASAL, jenama lain seperti 8990, 786, MyQalam dll.

Berikut adalah antara Qari pilihan dalam Al Quran Digital ini 

       o    Sheikh Abdul Basit ‘Abd us-Samad       
        o    Sheikh Maher Bin Hamad Al-Mueaqly

       o    Sheikh Ahmed Al-Ajmy

       o    Sheikh Saad Al-Ghamdi

       o    Sheikh Mohamed Siddiq Al-Minshawi

       o    Sheikh Mishary bin Rashid Al-Afasy

       o    Sheikh Mahmoud Khalil Al-Hussary

       o    Sheikh Ali Abdul Rahman Al Huzaifi

       o    Sheikh Abdul Rahman Al-Sudais


Pakej Dalam Produk Al-Quran Ini Adalah :

[1] Al-Quran Saiz A5 (6 Qari, 3 Bahasa Terjemahan)

[2] Kotak Eksekutif Brief Case 2014[3] Pena Pembaca (ReadPen 4GB)

[4] Charger (Cas 2-3 jam, Running 4-5 jam)

[5] Kabel USB

[6] Fon Telinga

[7] Kad Index (Short cut)

[8] Qaida Noorania (Muqaddam)*

[9] Panduan Haji/Umrah, Solat/Doa*

[10] Kamus Terjemahan Bahasa (14 Negara)*

[11] Sahih Al Bukhari *

[12] Tasbih Digital(PERCUMA)

* Kesemua 4 buah buku tambahan boleh dibaca oleh PEN DIGITAL

Firman Allah Dalam Surah Al An’aam ayat 155 – 157 Yang Bermaksud :

Dan Al-Quran itu adalah kitab yang Kami turunkan yang diberkati, maka ikutilah dia dan bertakwalah agar kamu diberi rahmat,(Kami turunkan al-Quran itu) agar kamu (tidak) mengatakan: “Bahwa kitab itu hanya diturunkan kepada dua golongan saja sebelum kami, dan sesungguhnya kami tidak memperhatikan apa yang mereka baca .Atau agar kamu (tidak) mengatakan: “Sesungguhnya jikalau kitab ini diturunkan kepada kami, tentulah kami lebih mendapat petunjuk dari mereka.” Sesungguhnya telah datang kepada kamu keterangan yang nyata dari Tuhanmu, petunjuk dan rahmat. Maka siapakah yang lebih zalim daripada orang yang mendustakan ayat-ayat Allah dan berpaling daripadanya? Kelak Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang berpaling dari ayat-ayat Kami dengan siksa yang buruk, disebabkan mereka selalu berpaling.Al An’aam 155-157