Jumaat, 30 Januari 2015

KEPENTINGAN B COMPLEX

B COMPLEX PENTING UNTUK KESIHATAN

Adakah anda mendapat Vitamin B complex yang mencukupi?
Tekanan hidup, alkohol, dan ubat-ubatan preskripsi berunsurkan dadah berupaya meningkatkan risiko pengurangan Vitamin B complex dalam badan.

Vitamin B complex penting untuk keseluruhan fungsi tubuh yang baik sama ada daripada segi kesihatan jantung, sintesis DNA, menguruskan tekanan apatah lagi dalam membina tenaga metabolisma.

Kajian terbaru membuktikan bahawa Vitamin B complex berupaya meningkatkan penglihatan mata dan sistem pernafasan. Kekurangan vitamin B complex boleh menyebabkan prestasi badan merosot dan tidak berfungsi dengan baik.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan