Ahad, 21 September 2014

TIPS KESIHATAN BUAT WANITA 30-AN


Tips Kesihatan Buat Wanita 30-an



Sedetik menjangkau umur 30-an, anda sebenarnya disarankan untuk lebih kerap dan teliti dalam menjalankan pemeriksaan kesihatan agar kesihatan tubuh badan kita boleh dijaga dan diberi perhatian dengan sepenuhnya.

Ini kerana setelah menjangkau umur 30-an, tubuh badan kita akan mula menimbulkan kesan negatif jika tidak dijaga dengan baik melalui pemakanan dan aktiviti yang dilakukan.
Ketahui tentang realiti tentang kesihatan yang anda perlu fokuskan menjangkau umur 30-an.  

♥Lakukan pemeriksaan kesihatan



Inilah masanya untuk anda melakukan pemeriksaan kesihatan dengan lebih kerap. Lakukan ujian pap-smear, tekanan darah dan ujian darah untuk mengenal pasti tahap kolesterol dalam darah. Ini kerana dalam melakukan ujian dan pemeriksaan kesihatan dengan lebih kerap dapat menjaga kesihatan anda dengan lebih baik. Apatah lagi jika anda mempunyai penyakit keluarga melalui genetik, ia haruslah lebih diberikan penekanan agar ia boleh di jaga dengan lebih awal.
★Dulu saya paling malas ke klinik atau hospital..
Tapi sekarang...dengan mudahnya menyerah diri..
Kesedaran itu datang seiring usia..jagalah kesihatan.★

♥Senaman




Tahukah anda bahawa semakin meningkat umur kita, semakin rendah metabolisme dalam badan kita. Ini bermakna risiko untuk anda menjadi obesiti adalah tinggi sekaligus menaikkan risiko anda untuk mendapat penyakit diabetes, penyakit jantung dan arthritis.Lakukan senaman fizikal dengan lebih kerap sekurang-kurangnya sekali seminggu.
★Dulu saya paling tak suka bersenam...memang malas sangat2..tapi banyak faktor yang mendorong saya untuk bersenam..berjogging...salah satu faktornya adalah umur dan kesihatan...nak tak nak..saya kena buat aktiviti keluarkan peluh dari badan.★

♥Amalkan makan sihat



Apabila metabolisme anda berkurang ini bermakna bahawa anda tidak lagi digalakkan untuk memakan makanan ringan tanpa perlu berkira bila dan sekerap mana kerana ia akan memberi impak kepada badan anda menjadi obesiti. Banyakkan memakan buah-buahan, sayur-sayuran, ikan segar dan sumber protein yang sepatutnya. Kulit anda juga akan lebih cantik dan sihat dengan pengambilan makanan yang sihat.
★Sejak 3series ni..saya amat cerewet bab makan..
Selera makan sudah banyak berubah...makanan ringan saya pandang sebelah mata je sekarang..bukan tak makan langsung..tapi jarang2 sahaja..Air manis pun dah kurang..sekarang ni memang banyak minum air kosong jer..
Ais langsung tak pandang sekarang ni..huhu★

♥Ambil kalsium



Adakah anda mengambil kalsium yang cukup? Anda tidak akan lihat kebaikan mengambil kalsium sebelum menjangkau umur 30-an. Setelah umur anda menjangkau 30-an, risiko untuk tulang menjadi kurang berdaya tahan apabila sedikit demi sedikit kalsium hilang dari dalam tulang. Ia boleh menaikkan risiko untuk mendapat penyakit osteoporosis. Sebaiknya ambil sekurang-kurangnya 100mg kalsium setiap hari seperti mengambil yogurt, keju dan susu yang diperkaya dengan kalsium dan Vitamin D.
★Dulu saya amat liat minum susu tepung..tapi sekarang sejak umur dah meningkat..saya paksakan diri minum..
Sekarang dah jadi menu wajib setiap pagi... Selain tu saya ambil sumber kalsium melalui suplemen Ostematrix Shaklee..lebih mudah★

♥Jaga kulit anda



Pada tahap umur 30-an, kulit akan lebih menimbulkan kedutan, kesan sinaran matahari, dan garis halus. Ini kerana pembikinan kolagen dalam badan berkurang apabila umur kita kian meningkat. Tetapi ia tidak terlambat untuk menjaga dan memulihkan kulit anda. Elak kesan buruk cahaya matahari dengan menggunakan pelembap dengan SPF 30 atau ke atas. Gunakan pencuci muka dua kali setiap hari dan pastikan anda mencuci mekap anda setiap hari sebelum tidur.
★Saya juga amat susah makan ubat..tak kiralah berbentuk kapsul atau serbuk.Tapi sejak 3 series ni..kesedaran itu datang sendiri..Saya mencuba pelbagai suplemen di farmasi sebelum saya konsisten dengan Shaklee..Saya ambil pelbagai jenis suplemen setiap hari..Vitamin A..C.. E.. B Complex..multivitamin..Omega..Protein..Kalsium.. collagen dan macam2 lagi...★





#jomsihatbersamashaklee
0189090120



Tiada ulasan:

Catat Ulasan